Tuesday 11 September 2012

Malaysia Vs Vietnam [Persahabatan Antarabangsa 2012] - Preview Perlawanan Dan Link Live Streaming

  Assalamualaikum WBT.Setelah boleh dikatakan agak lama berehat dari beraksi,skuad utama/senior bolasepak kita [Harimau Malaya] akan turun beraksi malam ini di stadium Shah Alam.Lawan kali ini bukan calang-calang lawan:Vietnam.Banyak yang telah berubah bagi kedua-dua pasukan ini baik bagi Malaysia sendiri dan Vietnam juga sejak kali terakhir mereka berjumpa iaitu pada 18 Disember 2010 untuk kejohanan AFF 2010.Vietnam bukan sengaja dilabel sebagai lawan yang bukan calang-calang tetapi rangking mereka yang berada lebih tinggi berbanding Malaysia menunjukkan peningkatan pasukan tersebut dan tidak boleh diambil mudah oleh skuad K.Raja.


  Yang positif tentang Malaysia ialah kita turun malam ini dengan moral tinggi hasil dari kemenangan 2-0 keatas Singapura baru-baru.Jika tidak mahu berdepan sebarang kemungkinan kalah,semua pemain HM terutamanya barisan pertahanan Malaysia haruslah mengawal striker utama Vietnam iaitu Le Chong Vinh yang telah meledak 30 gol untuk 51 penampilannya bersama Vietnam.Kombinasi serangan HM Matyo + Safee Sali diharap kembali mampu menemui kembali 'taring' dalam perlawanan ini setelah agak lama juga pasangan ini tidak menjaringkan gol.Yang pasti penambahan pemain baru seperti Gary Steven Robbat,Christie Jayaselan dan Azamuddin Akil dilihat menambahkan lagi variasi serangan Malaysia seterusnya diharap mampu membuahkan gol kepada kem Malaysia Malam ini.Ayuh rakyat Malaysia..Keep Calm & Support Harimau Malaya.

BARISAN KEMUNGKINAN MALAYSIA

Farizal Marlias, Aidil Zafuan, Subramaniam, Azmi Muslim, Mahali Jasuli, Safiq Rahim, Wan Zack Haikal, Azamuddin Akil, Shakir Shaari, Safee Sali ,NorShahrul Idlan.


LIVE STREAMING LINKS [KICK-OFF 8:45 PM MYT]


P/S-Kredit untuk Ubola Network,Penyedia Livestreaming Links

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk