Tuesday 11 September 2012

Samsung Galaxy Note II - First Official Hands-On Video

 Assalamualaikum WBT.Baru-baru ini gergasi teknologi Korea,Samsung telahpun memperkenalkan keluarga baru peranti bersaiz mega mereka,Samsung Galaxy NOTE II.Galaxy Note II ini dikatakan bakal menjadi generasi kedua Phablet yang dikeluarkan oleh Samsung dan bolehlah dianggap sebagai penaiktarafan mini kepada model Galaxy Note Terdahulu.Apa yang pasti nanti,Galaxy Note II ini bakal menjalankan versi terbaru android iaitu V4.1 JellyBean disamping didatangkan dengan skrin yang bersaiz jauh lebih besar dari 'abang sulungnya'.5.5 Inch untuk Galaxy Note II dan 4.8 Inch untuk Galaxy Note asal.'Monster' ini bakal dijana oleh cip pemprosesan 4-teras (Quad-Core) 1.6Ghz Cortex-A9.

Samsung Galaxy Note II From GSMARENA.Com

SPESIFIKASI KUNCI SAMSUNG GALAXY NOTE II :

1-Berdimensi 151.1 X 80.5 X 9.4 mm dengan berat sekitar 180 g.

2-Paparan skrin Super AMOLED Capacitive Touchscreen bersaiz 5.5 Inch [16M colors,720 X 1280 Pixels,267 ppi Pixel Density] dengan sokongan multitouch.Corning Gorilla Glass 2 untuk protection.

3-Pilihan 16/32/64 GB memori dalaman dengan slot kad tambahan micro SD sehingga 64 GB berserta 2GB RAM.

4-Kamera utama 8 MP dengan LED flash.Berkemampuan merakam video pada 1080P.Kamera kedua 1.9 MP.

5-Sistem Operasi (OS) - Google Android OS v4.1 Jelly Bean.Dikuasakan oleh cip pemprosesan empat-teras Cortex-A9 1.6 GHz.

6-Spesifikasi menarik lain - Bateri 3100 mAh,S-Pen yang lebih panjang dan tebal untuk keselesaan,Fungsi baru 'Air view' untuk stylus S-Pen tersebut.


VIDEO HANDS-ON RASMI DARI SAMSUNG :



 Sangat menarik kan telefon pintar 'raksasa' dari Samsung ini?.Penggemar telefon pintar diseluruh dunia pasti mendambakannya..Di Malaysia pun semestinya tidak terkecuali.Sama-samalah kita nantikan ketibaannya ke Malaysia dalam sebulan dua lagi.Daus? mampu tengok sahaja..kih3 =P.

Kredit kepada Amanz.my

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk