Tuesday 11 September 2012

England Vs Ukraine [Kelayakan Piala Dunia 2014] - Preview,Probable Line-Ups & Live Streaming Links

  
  Assalamualaikum WBT.Awal pagi nanti pusingan kelayakan bagi Piala Dunia 2014,Brazil akan bersambung.Tidak kurang dari 35 perlawanan akan berlangsung samada awal pagi nanti atau pagi esok waktu Malaysia.Dan seperti kebiasaannya [Walaupun tidak power mana],perlawanan tumpuan terarah kepada pertembungan 'The Three Lions,' England dengan Ukraine.Diatas kertas England merupakan pasukan pilihan tetapi diatas padang segalanya boleh berlaku kerana pada dasarnya Ukraine bukanlah sebuah pasukan yang terlalu lemah dan mempunyai ramai pemain muda yang berbakat dan mampu menggugat England.

 Untuk perlawanan awal pagi ini,England dilihat cuba untuk meneruskan rentak kemenangan dalam peringkat kumpulan H setelah menang besar 5-0 keatas Moldova pada perlawanan pertama peringkat kumpulan baru-baru ini.Sementara itu,Ukraine pula akan cuba berjuang mencari tapak ke Brazil tanpa khidmat bekas kapten pasukan,Andriy Shevchenko yang mengumumkan persaraannya dari pentas antarabangsa baru-baru ini.

  Gary Cahill dijangka menggantikan John Terry yang tidak dapat diturunkan akibat mendapat kecederaan ketika perlawanan menentang Moldova dan dia dijangka bergandingan dengan Joleon Lescott untuk pertahanan tengah England.Untuk bahagian serangan pula,pengurus England,Roy Hodgson dijangka akan mengekalkan barisan yang digunakannya dalam kemenangan besar England sebelum ini termasuklah Jermain Defoe,Alex-Oxlade dan Tom Cleverley.

  Di kem Ukraine pula,pengurus Ukraine,Oleg Blokhin terpaksa merombak jentera serangan pasukan selepas persaraan dua pemain veteran dan berpengaruh dalam pasukan Ukriane,Shevchenko dan Voronin.Dia terpaksa mengharapkan bintang-bintang mudanya seperti Andriy Yarmolenko dan Yevhen Konoplyanka memberikan persembahan terbaik untuk melakukan upset dalam perlawanan ini serta mencuri mata penting dari England.


PROBABLE LINE-UPS ENGLAND :

Hart ,Johnson ,Cahill ,Lescott ,Baines ,Lampard ,Gerrard ,Milner ,Cleverley ,Oxlade-Chamberlain ,Defoe.

PROBABALE LINE-UPS UKRAINE :

Pyatov ,Husyev ,Mikhalik ,Khacheridi ,Selin ,Tymoshchuk ,Yarmolenko ,Garmash ,Konoplyanka ,Devic ,Zozulya.


LIVE STREAMING LINKS [KICK-OFF ON 3:00 AM MYT]


0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk