Thursday 9 August 2012

Highlight Pilihan Hari Ini - Real Madrid CF 5-1 Ac Milan [ Herbalife World Football Challenge 2012 ]

 Assalamualaikum WBT..Video yang berikutnya ini merupakan video highlight bagi perlawanan antara Real Madrid dan AC Milan ini  yang merupakan sebahagian dari siri Herbalife World Football Challenge 2012.Antara perlawanan-perlawanan terdahulu yang merupakan sebahagian dari siri ini ialah perlawanan antara Chelsea menentang Seattle Sounders dan match antara As Roma bertemu Liverpool.


  Walaupun tiada apa-apa at stake dalam perlawanan ini,Real Madrid tetap memandang perlawanan ini dengan serius.Buktinya mereka menang bergaya 5-1 ke atas AC Milan,yang bukan calang-calang lawan.Angel Di Maria memulakan pesta gol Madrid pada minit ke-24 perlawanan sebelum disamakan oleh Robinho pada minit ke-33.Separuh akhir pertama berakhir dengan Real Madrid 1-1 Ac Milan.

  4 Minit selepas perlawanan bersambung pada babak kedua,Cristiano Ronaldo meletakkan Madrid 2 gol didepan pada minit ke-49.Ronaldo sekali lagi membuktikan ketajamannya didepan gol apabila menjaringkan gol kedua peribadi dan ketiga bagi Madrid pada minit ke-66.Pesta gol Real Madrid tidak berhenti setakat itu sahaja,sebaliknya bek tengah Madrid,Sergio Ramos turut menjaringkan gol menjadikan kedudukan 4-1 pada minit 81.Pesta gol Madrid ditutup oleh callejon yang menjaringkan gol kelima Madrid satu minit sebelum perlawanan tamat..Madrid menang 5-1.
  

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk