Thursday 9 August 2012

Kamen Rider 2012-2013 : KAMEN RIDER WIZARD


  HAPPY BIRTHDAY Kamen Rider Wizard !!.[ Kougami Style].Kamen Rider (KR) Wizard merupakan sebuah drama tokusatsu  jepun yang akan datang pada bulan september nanti.KR Wizard ini merupakan salah satu instalment dalam siri Kamen Rider oleh syarikat TOEI,yang ke-14 dalam era heisei dan ke 23 dalam keseluruhan siri Kamen Rider.Trademark "Kamen Rider Wizard" ini telah difailkan oleh Toei dalam database trademark Jepun pada 21 Jun lepas dengan ID 2012-42681.Ia akan mula ditayangkan pada 2 september nanti,seminggu selepas berakhirnya siri kamen rider sekarang iaitu Kamen Rider Fourze.KR Wizard ini akan muncul buat pertama kalinya (debut appearance) didalam filem musim panas KR Fourze,"Kamen Rider Fourze The Movie : Everyone,Sapce Is Here! " yang mana dalam filem ini KR Wizard akan membantu KR Fourze dan KR Meteor yang berhadapan dengan kesemua Horoscopes dalam filem tersebut.Dalam siri ini KR Wizard akan menentang 'Phantoms'.

SEDIKIT BERKENAAN KAMEN RIDER WIZARD:

1-Protagonis/kamen rider dalam siri ini bernama Haruto Souma yang dilakonkan oleh Shunya Shiraishi,pemenang Junon Contest.




2-Bertukar/tranforms/henshin menjadi kamen rider menggunakan WizarDriver dan Wizard Rings.WizarDriver ini diberikan kepada Haruto oleh White Wizard yang melihat potensi magis dalam dirinya.

WizarDriver
3-Wizard Rings terbahagi kepada beberapa jenis,cincin untuk tangan kiri,'Shabadoobie rings' dan cincin utk tangan kanan 'Lupachi rings'.Shabadoobi rings/Transformation Rings [Henshin Ringu] ini akan membenarkan Hotaru transform kepada KR dan menukar bentuk/form KR.Shabadoobi rings ini pula terbahagi kepada 2 iaitu normal rings dan dragon system rings.

4-Senjata utama KR Wizard dinamakan WizardSwordGun,satu senjata magik yang boleh digunakan samada sebagai pedang atau pistol.Hotaru boleh summon senjata ini menggunakan connect ring.Elemen/style yang berbeza akan memberikan serangan berelemen berbeza.Untuk melakukan the finisher,Haruto akan mengangkat 'ibu jari' yang terdapat pada WizardSwordGun kemudian scan cincin semasa yang digunakannya ketika itu.

5-Terdapat 4 jenis normal 'shabadoobie' rings.Cincin2 inilah nanti yang akan menentukan bentuk/form KR Wizard kelak.Dalam siri ini, bentuk-bentuk rider disebut 'style':

A-Flame Ring - Cincin ini diperlukan oleh Hotaru untuk bertukar kepada bentuk     asas,Flame style.Cincin ini juga membenarkan senjata Wizard,WizardSwordGun melakukan serangan berasaskan api.


Flame Ring

KR Wizard Flame Style
B-Water Ring - Penggunaan cincin ini akan menukar form Wizard ke water style dan turut membenarkan WizardSwordGun melepaskan serangan berelemen air.

KR Wizard Water Style
C-Hurricane Ring - Akan menukar bentuk Wizard ke Hurricane style dan juga membenarkan serangan berasaskan angin digunakan oleh WizardSwordGun.


Hurricane Ring

KR Wizard Hurricane Style
D-Land Ring - Digunakan untuk menukar bentuk Wizard ke bentuk Land Style seterusnya membenarkan WizardSwordGun mengakses elemen tanah untuk membuat serangan.
Land Ring

KR Wizard Land Style..Oh I Loves This Style...

6-3 jenis 'Dragon System' Shabadoobie rings pula adalah Flame Dragon Ring [ Yang akan mengubah bentuk Wizard dari Flame Style kepada Flame Dragon Style], Water Dragon Ring [Yang akan mempertingkatkan bentuk Wizard dari Water Style kepada Water Dragon Style] dan Hurricane Dragon Ring yang mana akan mempower-up Wizard Hurricane Style kepada Hurricane Dragon Style.Land Dragon Ring pula akan menaik taraf wizard land style kepada Land Dragon Style.

7-Dan ini merupakan preview awal KR Wizard oleh stesen TV Jepun:


Monolog: Ohhh i cant wait to see this KR series..gonna be fun..trust me =)

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk