Friday 10 August 2012

Highlights Pilihan Hari Ini - Liverpool FC 3-0 FC Gomel

  Assalamualaikum WBT..Berikut merupakan video highlight kemenangan pasukan fevret Daus Liverpool FC keatas FC Gomel untuk perlawanan ini semalam.Dalam perlawanan ini,Reds menang mudah 3 gol tanpa balas.Apa yang positif dari game ini ialah LFC sudah mula menyesuaikan diri dengan taktikal baru dan pengurus baru,Brendan Rodgers setakat ini telah berjaya mengemudi LFC.



  Apa yang menarik lagi,Fabio Borini,satu-satunya pemain baru yang ditandatangani oleh kelab telah menjaringkan gol sulungnya dalam his Anfield debut ini.Ini menjadikan tradisi pemain baru menjaringkan gol pada Anfield debut berterusan bermula dari Torres,Suarez dan yang terbaru Borini.Look good.Dalam perlawanan ini,LFC berada didepan 1-0 pada minit ke 21 jaringan Fabio Borini hasil satu gerakan menarik dari Luis Suarez.3 minit sebelum separuh masa pertama tamat,kapten LFC,Steven Gerrard menjadikan kedudukan LFC 2-0 Gomel yang mana jaringan tersebut merupakan jaringan ke-150 beliau sebagai pemain LFC.Gol terakhir LFC dijaringkan oleh Glen Johnson pada minit ke 72 melalui satu voley kaki kiri cantik dari luar kotak penalti.Liverpool menang selesa 3-0 dalam perlawananan.Apa yang boleh Daus katakan,permainan LFC pagi tadi cukup baik sekarang cuma perlu menambahkan keserasian dan mengekalkan konsentrasi.

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk