Showing posts with label Liverpool. Show all posts
Showing posts with label Liverpool. Show all posts

Sunday, 29 September 2013

Sunderland Vs Liverpool: Preview Dan Link Live Streaming

Sunderland Vs Liverpool,Stadium Of Light, 11 PM
  LIVE STREAMING SUNDERLAND VS LIVERPOOL| Assalamualaikum WBT.Dah agak lama jugak Daus tidak kongsikan/buat preview perlawanan melibatkan pasukan kesayangan Daus,Liverpool ni kan.Hari ini,The Mighty Reds akan berkunjung ke Stadium of Light untuk berhadapan dengan Sunderland bagi perlawanan ke-6 BPL bagi kedua-dua pasukan untuk musim ini.Sebelum perlawanan bermula,pasukan Sunderland menghuni tangga tercorot liga dan tidak berpengurus sementara Liverpool pula berada di tangga ke-6 dan berharap untuk terus memanjat liga.

  Bagi pasukan tuan rumah,situasi semasa tidak memihak kepada mereka kerana baru sahaja kehilangan pengurus mereka,Paulo Di Canio yang dipecat baru-baru ini.Tuan rumah akan melayan kunjungan Liverpool dibawah bimbingan pengurus sementara,Kevin Ball yang sebenarnya terdesak untuk menjelmakan kemenangan pertama bagi Black Cats musim ini.Dan untuk merealisasikannya,Ball akan bergantung harap kepada penyerangnya Jozy Altidore dan Cattlemore yang beraksi cemerlang dalam Capital One Cup pertengahan minggu lalu.Phil Bardsley dan Wes Brown masih lagi tercedera sementara Fabio Borini tidak boleh disenaraikan tetapi bekas pemain Liverpool,Andrea Dossena mungkin akan diturunkan.

  Di kem Liverpool pula,Rodgers sudah hampir pasti mahukan anak-anak buahnya segera bounce back dari 2 kekalahan berturut-turut ditangan Southampton dan United dan mempamerkan aksi terpuji dalam kunjungan ke Stadium of Light kali ini.Rodgers berharap,prestasi LFC ketika bertemu United dapat diteruskan dan seterusnya berjaya membawa pulang 3 mata penuh.Perlawanan ini juga,menjadi pentas kepulangan Luis Suarez ke kancah BPL setelah penggantungan 10 perlawanannya telah tamat.Pun begitu,krisis kecederaan terutamanya melibatkan barisan pertahanan sedikit menggusarkan Rodgers apabila Glen Johnson,Cissokho dan Agger yang masih lagi cedera termasuklah juga Phillipe Coutinho.Gandingan Sturridge-Suarez diharap dapat menggempur kubu Black Cats malam ini.


[LIVE STREAMING LINK SUNDERLAND VS LIVERPOOL FC]

*Kick-Off pada jam 11 malam waktu Malaysia.

LINK 1  LINK 2  LINK 3

Saturday, 18 August 2012

Match Preview : West Bromwich Albion Vs Liverpool FC

  Assalamualaikum WBT..Kelab kegemaran Daus,Liverpool Fc akan memulakan kempen liga perdana musim ini dengan bertandang ke The Hawtorns menentang West Bromwich Albion yang kini dibimbing oleh bekas first team coach LFC sendiri,Steve Clark.Dalam pada itu,perlawanan pembukaan ini juga merupakan perlawanan BPL pertama dibawah kendalian pengurus baru bagi kedua-dua pasukan,perlawanan pertama Brendan Rodgers sebagai pengurus LFC dan Steve Clark sebagai manager WBA.

WBA VS LFC
  Liverpool FC yang menurut Brendan Rodgers akan mengutamakan prestasi dalam liga berbanding piala pada musim turut dijangka akan menurunkan 2 pemain yang baru dibeli,Fabio Borini dan Joe Allen.Sayang sekali pemain paling baru diperolehi oleh LFC iaitu Oussama Assaidi tidak dapat diturunkan kerana beliau ingin berhari raya bersama keluarga.Perlawanan ini dijangka tidak mudah bagi LFC kerana kebiasaannya LFC sentiasa menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri pada opening fixture ditambah pula dengan adanya Steve Clark yang begitu arif dengan pemain2 LFC..Apa2 pun Daus tetap berharap LFC bermain dengan baik dan bermula dengan kemenangan..Any score will do..Be it 1-2,2-3.


PROBABLE LINE-UPS WEST BROMWICH ALBION - Ben Foster,Billy Jones,Liam Ridgewell,Jonas Olsson,Gareth McAuley,Graham Dorrans,Youssuf Mulumbu,Chris Brunt,James Morrison,Peter Odemwingie,Romelu Lukaku

LFC XI- Reina,Kelly,Skrtel,Agger.Johnson,Lucas,Gerrard,Allen,Downing,Borini,Suarez

Friday, 17 August 2012

LFC Latest Addition : Oussama Assaidi

  Assalamualaikum WBT..Baru balik dari solat Jumaat ni ada perasaan nak up entri pulak.Thehehe..Tak tahu lah kenapa semenjak 2 menjak ni rajin pulak rasanya nak mengupdate blog sekangkang kera ni.Dah ada skop kan baik update,ni pun dah dikira lambat sebenarnya.Nama yang tiba2 muncul entah dari mana-mana,Oussama Assaidi telah dikhabarkan berjaya ditandatangani oleh pengurus baru Liverpool FC,Brendan dengan yuran perpindahan khabarnya sebesar 3 juta pound.Bagus jugak taktik BR ni,senyap2 je sebab taknak bagi media kecoh.Assaidi ni telah ditandatangani dari kelab Hereenveen yang berpengkalan di Belanda.Dan untuk peringkat antarabangsa pula,Assaidi yang berumur 24 tahun ini telah mewakili Morocco sebanyak 22 kali.Posisi natural beliau ni ialah sayap and frankly speaking mamat ni boleh tahan laju jugak sehingga digelar the Ferrari.Oh ya pembelian Assaidi ini menjadikannya pemain ketiga yang berjaya ditandatangani oleh Brendan selepas Fabio Borini dan Joe Allen.

Assaidi dalam kit Morocco
 Seperti kebanyakan peminat lain selepas kelab kegemaran mereka sign player baru,Daus pun usha kat youtube video mamat ni dan boleh dikatakan pembelian Rodgers kali ini agak bijak dan berbaloi.Bijak sebab sekarang LFC memang perlukan creative,pacy dan brave winger untuk supply cross untuk striker.Berbaloi pula sebab Oussama ni masih muda dan yuran perpindahan yang munasabah.Kehadiran Assaidi dalam rank pemain Liverpool diharap dapat menambahkan variety serangan LFC nanti dan kehadirannya sangat lah dialu-alukan oleh Daus dan semua LFC fans pastinya.Liverpool FC sepatutnya boleh berbangga dengan pembelian ini kerana pemain ini lebih memilih untuk berpindah ke Liverpool untuk mengembangkan kariernya berbanding kelab-kelab lain yang turut mengintai tandatangannya termasuklah Ajax,Spartak Moscow,Galatasaray dan Fulham..Sedikit aksi beliau ketika mewakili Hereenveen.


  Get in there Oussama! All The Best boy and You'll Never Walk Alone.Cant wait to see you in action. =)

Monday, 13 August 2012

Highlights Pilihan Hari Ini - LFC 3-1 Bayer Leverkusen & Manchester City 3-2 Chelsea

  Assalamulaikum WBT..Apa nak dikata lagi..Line wifi down 2 3 hari ini..banyak skop tak sempat nak up kat blog ni...wuwuwuwu..But hey i'm back with bang!..This awesome videos for starters..Did'nt you know yet? im just loves football so much at the same time im suck at it..im enjoy watching it but not playing it..hahaha

  First up,we have video highlight untuk game persahabatan kelab fevret Daus yang menentang kelab german,Bayer Leverkusen yang juga dibimbing oleh salah seoarang lagenda Liverpool sendiri,Sami Hyypia.Dalam perlawanan ini Liverpool menang 3-1 and im really impressed with Sterling's first goal for Liverpool.Simply astounding.Sterling terima bola dari tepi bawak ke tengah and finish it..Future young gun untuk LFC im really glad about it.


  Next we have video highlight perlawanan perisai komuniti Inggeris 2012/2013 antara penyandang juara BPL,Man City menentang Chelsea yang berlangsung di Villa Park.Perlawanan ini sepatutnya berlangsung di Wembley tetapi venue itu masih digunakan untuk sukan Olimpik yang sudahpun menutup tirainya semalam.Dalam perlawanan yang dicemari satu kad merah ini,3 gol dalam masa 12 minit oleh Man City membolehkan mereka menang 3-2 dan memenangi Perisai yang sudah lama mereka tidak julang itu.Walaupun Chelsea bermula baik dengan berada di depan menerusi Torres pada minit ke 40,pemain the blues hilang fokus sehingga membenarkan gawang gol mereka ditembusi 3 kali dalam masa 12 minit sahaja.Gol-gol city telah disempurnakan oleh Yaya Toure pada minit ke-53,Carlos Tevez pada minit ke-59 dan Samir Nasri pada minit ke-65.Satu lagi gol saguhati Chelsea telah dijaringkan oleh Ryan Bertrand.Dengan kejuaraan awal musim ini,Man City telah melaungkan amaran awal kepada pencabar-pencabarnya walaupun tidak seaktif pasukan lain dalam musim perpindahan kali ini.



Friday, 10 August 2012

Highlights Pilihan Hari Ini - Liverpool FC 3-0 FC Gomel

  Assalamualaikum WBT..Berikut merupakan video highlight kemenangan pasukan fevret Daus Liverpool FC keatas FC Gomel untuk perlawanan ini semalam.Dalam perlawanan ini,Reds menang mudah 3 gol tanpa balas.Apa yang positif dari game ini ialah LFC sudah mula menyesuaikan diri dengan taktikal baru dan pengurus baru,Brendan Rodgers setakat ini telah berjaya mengemudi LFC.



  Apa yang menarik lagi,Fabio Borini,satu-satunya pemain baru yang ditandatangani oleh kelab telah menjaringkan gol sulungnya dalam his Anfield debut ini.Ini menjadikan tradisi pemain baru menjaringkan gol pada Anfield debut berterusan bermula dari Torres,Suarez dan yang terbaru Borini.Look good.Dalam perlawanan ini,LFC berada didepan 1-0 pada minit ke 21 jaringan Fabio Borini hasil satu gerakan menarik dari Luis Suarez.3 minit sebelum separuh masa pertama tamat,kapten LFC,Steven Gerrard menjadikan kedudukan LFC 2-0 Gomel yang mana jaringan tersebut merupakan jaringan ke-150 beliau sebagai pemain LFC.Gol terakhir LFC dijaringkan oleh Glen Johnson pada minit ke 72 melalui satu voley kaki kiri cantik dari luar kotak penalti.Liverpool menang selesa 3-0 dalam perlawananan.Apa yang boleh Daus katakan,permainan LFC pagi tadi cukup baik sekarang cuma perlu menambahkan keserasian dan mengekalkan konsentrasi.

[Kelayakan Europa League 2012/2013] Liverpool Fc Vs FC Gomel - Preview,Probable Line Up & Live Streaming Links


  Assalamualaikum WBT.Liverpool FC,pasukan kegemaran Daus akan turun menentang FC Gomel dari Belarus untuk pusingan kedua kelayakan piala europa untuk musim baru akan datang.Pagi ini LFC dilihat akan cuba untuk secure tempat mereka ke Piala Europa musim depan,menandakan kembalinya LFC ke kancah bolasepak Eropah walaupun hanya bersaingan dalam second-tier tournament.Pada perlawanan pusingan pertama di Belarus minggu lalu,LFC menang tipis 1-0 hasil jaringan Steward Downing dan bekalan hanya 1 gol itulah yang dibawa skuad Brendan Rodgers ke Anfield awal pagi nanti.Perlawanan akan berlangsung di stadium anfield jam 3 pagi waktu Malaysia.

  Kembalinya pemain-pemain seperti Luis Suarez dan Sebastian Coates yang baru pulang dari Olimpik dan Pepe Reina menjadikan LFC mempunyai skuad hampir sempurna untuk menghadapi perlawanan ini.Mereka ini mungkin akan diturunkan sebagai persiapan menghadapi musim baru BPL yang akan bermula tidak lama lagi.Perlawanan kali ini juga mungkin menyaksikan Fabio Borini,LFC's sole new signing so far akan melakukan Anfield debutnya jika BR menurunkannya..I certainly hope so.Dengan skuad yang hampir terkuat,tidak banyak yang Daus risaukan cuma masalah penyesuaian pemain dengan taktik baru sahaja yang tidak berapa bagus dan jika ini tidak diperbaiki dalam match ini bisa gawat.heh.Daus jugak sangat berharap Liverpool and Redmens akan bermain bermatian-matian dan JANGAN sekali-kali memandang rendah pihak lawan.I certainly hope Liverpool menang sekurang-kurangnya 2 gol margin.


PROBABLE LINE-UPS LIVERPOOL:

Reina ,Johnson ,Skrtel ,Agger ,Enrique ,Shelvey ,Gerrard ,Lucas ,Downing ,Suarez ,Borini

PROBABLE LINE-UPS FC GOMEL :

Bushma ,Matveychik, Kirilchik, Kaveshki, Kilmovich, Vornonkov, Kozeka, Lipatkin, Levitski, Platonov, Alumona


LIVE STREAMING LINKS [ KICK-OFF JAM 3:00 a.m MYT]


Wednesday, 1 August 2012

Highlight Pilihan Hari Ini - Team GB U-23 1-0 Uruguay U-23

 To be truth tak tgok pun game ni.Hahaha..Saje buat2 macam tengok..Boleh sambung melalut kat sini ha..keh3.Sebab letak highlight ni kat sini? ha sebab ada dua pemain Liverpool FC main untuk kedua-dua negara ni,Great Britain dan Uruguay dalam acara bolasepak Olimpik tahun ini.Graig Bellamy mewakili pasukan Team GB manakala forward LFC,Luis Suarez bermain dengan Uruguay Olympic Team.Kedua-duanya sama,mewakili pasukan masing2 sebagai salah seorang pemain lebih usia yang dibenarkan dalam pasukan dan yang pastinya Suarez lah lebih muda..Err.Buang masa jer..Jom layan video highlights game semalam..Meh..


в-у footyroom.com by 


  Fascinating sebenarnya melihat dua rakan sepasukan di Liverpool bertembung sesama sendiri dalam game antara negara seperi summer olimpik ni.Daus sendiri berharap kedua-dua team ni layak ke suku akhir dan pergi jauh tapi ternyata nasib lebih memihak kepada Graig Bellamy bersama Team GB..Poor Suarez.Banyak jugak percubaan menarik dari Suarez dan Uruguay cuma Team GB was the better team that night.Gol Team GB dijaringkan oleh Daniel Sturridge pada minit ke-45 yang melayakkan Team GB ke peringkat suku akhir dan dijangka akan bertemu pasukan Korea Selatan U-23 pada QF nanti.Satu lagi pasukan yang layak dari kumpulan A ini ialah Pasukan U-23 Senegal yang berjaya menduduki tempat kedua dalam kumpulan.Uruguay U-23 gagal mara setelah hanya setakat berpuas hati di tempat ketiga pada peringkat kumpulan.Ah dan ada pesta kad kuning semalam yang menyaksikan 7 kad kuning telah dilayangkan 2 untuk pemain Team GB dan 5 kepada pemain Uruguay.


Terbaik Dari Busuk