Showing posts with label LFC Season 2012/2013. Show all posts
Showing posts with label LFC Season 2012/2013. Show all posts

Saturday, 18 August 2012

Match Preview : West Bromwich Albion Vs Liverpool FC

  Assalamualaikum WBT..Kelab kegemaran Daus,Liverpool Fc akan memulakan kempen liga perdana musim ini dengan bertandang ke The Hawtorns menentang West Bromwich Albion yang kini dibimbing oleh bekas first team coach LFC sendiri,Steve Clark.Dalam pada itu,perlawanan pembukaan ini juga merupakan perlawanan BPL pertama dibawah kendalian pengurus baru bagi kedua-dua pasukan,perlawanan pertama Brendan Rodgers sebagai pengurus LFC dan Steve Clark sebagai manager WBA.

WBA VS LFC
  Liverpool FC yang menurut Brendan Rodgers akan mengutamakan prestasi dalam liga berbanding piala pada musim turut dijangka akan menurunkan 2 pemain yang baru dibeli,Fabio Borini dan Joe Allen.Sayang sekali pemain paling baru diperolehi oleh LFC iaitu Oussama Assaidi tidak dapat diturunkan kerana beliau ingin berhari raya bersama keluarga.Perlawanan ini dijangka tidak mudah bagi LFC kerana kebiasaannya LFC sentiasa menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri pada opening fixture ditambah pula dengan adanya Steve Clark yang begitu arif dengan pemain2 LFC..Apa2 pun Daus tetap berharap LFC bermain dengan baik dan bermula dengan kemenangan..Any score will do..Be it 1-2,2-3.


PROBABLE LINE-UPS WEST BROMWICH ALBION - Ben Foster,Billy Jones,Liam Ridgewell,Jonas Olsson,Gareth McAuley,Graham Dorrans,Youssuf Mulumbu,Chris Brunt,James Morrison,Peter Odemwingie,Romelu Lukaku

LFC XI- Reina,Kelly,Skrtel,Agger.Johnson,Lucas,Gerrard,Allen,Downing,Borini,Suarez

Friday, 17 August 2012

LFC Latest Addition : Oussama Assaidi

  Assalamualaikum WBT..Baru balik dari solat Jumaat ni ada perasaan nak up entri pulak.Thehehe..Tak tahu lah kenapa semenjak 2 menjak ni rajin pulak rasanya nak mengupdate blog sekangkang kera ni.Dah ada skop kan baik update,ni pun dah dikira lambat sebenarnya.Nama yang tiba2 muncul entah dari mana-mana,Oussama Assaidi telah dikhabarkan berjaya ditandatangani oleh pengurus baru Liverpool FC,Brendan dengan yuran perpindahan khabarnya sebesar 3 juta pound.Bagus jugak taktik BR ni,senyap2 je sebab taknak bagi media kecoh.Assaidi ni telah ditandatangani dari kelab Hereenveen yang berpengkalan di Belanda.Dan untuk peringkat antarabangsa pula,Assaidi yang berumur 24 tahun ini telah mewakili Morocco sebanyak 22 kali.Posisi natural beliau ni ialah sayap and frankly speaking mamat ni boleh tahan laju jugak sehingga digelar the Ferrari.Oh ya pembelian Assaidi ini menjadikannya pemain ketiga yang berjaya ditandatangani oleh Brendan selepas Fabio Borini dan Joe Allen.

Assaidi dalam kit Morocco
 Seperti kebanyakan peminat lain selepas kelab kegemaran mereka sign player baru,Daus pun usha kat youtube video mamat ni dan boleh dikatakan pembelian Rodgers kali ini agak bijak dan berbaloi.Bijak sebab sekarang LFC memang perlukan creative,pacy dan brave winger untuk supply cross untuk striker.Berbaloi pula sebab Oussama ni masih muda dan yuran perpindahan yang munasabah.Kehadiran Assaidi dalam rank pemain Liverpool diharap dapat menambahkan variety serangan LFC nanti dan kehadirannya sangat lah dialu-alukan oleh Daus dan semua LFC fans pastinya.Liverpool FC sepatutnya boleh berbangga dengan pembelian ini kerana pemain ini lebih memilih untuk berpindah ke Liverpool untuk mengembangkan kariernya berbanding kelab-kelab lain yang turut mengintai tandatangannya termasuklah Ajax,Spartak Moscow,Galatasaray dan Fulham..Sedikit aksi beliau ketika mewakili Hereenveen.


  Get in there Oussama! All The Best boy and You'll Never Walk Alone.Cant wait to see you in action. =)

Terbaik Dari Busuk