Friday 17 August 2012

LFC Latest Addition : Oussama Assaidi

  Assalamualaikum WBT..Baru balik dari solat Jumaat ni ada perasaan nak up entri pulak.Thehehe..Tak tahu lah kenapa semenjak 2 menjak ni rajin pulak rasanya nak mengupdate blog sekangkang kera ni.Dah ada skop kan baik update,ni pun dah dikira lambat sebenarnya.Nama yang tiba2 muncul entah dari mana-mana,Oussama Assaidi telah dikhabarkan berjaya ditandatangani oleh pengurus baru Liverpool FC,Brendan dengan yuran perpindahan khabarnya sebesar 3 juta pound.Bagus jugak taktik BR ni,senyap2 je sebab taknak bagi media kecoh.Assaidi ni telah ditandatangani dari kelab Hereenveen yang berpengkalan di Belanda.Dan untuk peringkat antarabangsa pula,Assaidi yang berumur 24 tahun ini telah mewakili Morocco sebanyak 22 kali.Posisi natural beliau ni ialah sayap and frankly speaking mamat ni boleh tahan laju jugak sehingga digelar the Ferrari.Oh ya pembelian Assaidi ini menjadikannya pemain ketiga yang berjaya ditandatangani oleh Brendan selepas Fabio Borini dan Joe Allen.

Assaidi dalam kit Morocco
 Seperti kebanyakan peminat lain selepas kelab kegemaran mereka sign player baru,Daus pun usha kat youtube video mamat ni dan boleh dikatakan pembelian Rodgers kali ini agak bijak dan berbaloi.Bijak sebab sekarang LFC memang perlukan creative,pacy dan brave winger untuk supply cross untuk striker.Berbaloi pula sebab Oussama ni masih muda dan yuran perpindahan yang munasabah.Kehadiran Assaidi dalam rank pemain Liverpool diharap dapat menambahkan variety serangan LFC nanti dan kehadirannya sangat lah dialu-alukan oleh Daus dan semua LFC fans pastinya.Liverpool FC sepatutnya boleh berbangga dengan pembelian ini kerana pemain ini lebih memilih untuk berpindah ke Liverpool untuk mengembangkan kariernya berbanding kelab-kelab lain yang turut mengintai tandatangannya termasuklah Ajax,Spartak Moscow,Galatasaray dan Fulham..Sedikit aksi beliau ketika mewakili Hereenveen.


  Get in there Oussama! All The Best boy and You'll Never Walk Alone.Cant wait to see you in action. =)

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk