Showing posts with label West Brom VS Liverpool FC. Show all posts
Showing posts with label West Brom VS Liverpool FC. Show all posts

Wednesday, 26 September 2012

West Bromwich Albion Vs Liverpool FC: Preview,Barisan Kemungkinan Dan Live Streaming Links

  Assalamualaikum WBT.Setelah semalam telah berlangsungnya 10 perlawanan peringkat ketiga Piala Liga Inggeris atau kini dikenali sebagai Capital One Cup,awal pagi nanti 6 lagi perlawanan dijadualkan berlangsung.Antara perlawanan yang dijangka menarik ialah pertemuan di antara Newcastle United menentang Manchester United di Old Trafford.Tetapi sebagai penggemar Liverpool FC,Daus akan menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan kegemaran Daus menentang West Brom di The Hawtorns.YES prestasi team sekarang tidak berapa baik tetapi yang pastinya LFC ialah juara bertahan bagi Piala ini.The more reason why Liverpool FC must win tonight.

WBA VS LFC...The Hawtorns
  
  Awal pagi nanti,manager WBA yang juga bekas staf LFC sendiri iaitu Steve Clark masih lagi tidak dapat menggunakan khidmat Peter Odemwingie kerana dia masih perlu menjalani penggantungan selepas menerima kad merah sebelum ini.selain itu,Steve juga tidak dapat menurunkan ramai pemain awal pagi nanti kerana masalah kecederaan antaranya James Morrison,Jerome Thomas yang mengalami kecederaan lutut dan Goran Popov berserta Steven Reid yang mengalami kecederaan Hamstring ketika bertemu Liverpool juga pada pembukaan musim BPL baru-baru ini.WBA dan Steve dilihat akan cuba meneruskan rentak cemerlang mereka yang setakat ini menghuni tangga keempat BPL seterusnya cuba untuk mengalahkan juara bertahan piala ini:Liverpool FC.

  Brendan Rodgers,pengurus LFC pula sudah hampir pasti tidak dapat menurunkan Jonjo Shelvey yang menerima kad merah ketika menentang Manchester United 3 hari lepas.Seperti Steve Clark di kem WBA juga,kecederaan turut menghantui kem LFC dimana pemain-pemain seperti Daniel Agger,Fabio Borini dan Martin Kelly tidak mungkin dapat digunakan kerana masing-masing mendapat kecederaan yang agak serius ketika menentang MU baru-baru ini.Jadi Rodgers besar kemungkinan akan utilise sepenuhnya bakat muda yang dimiliki skuad LFC sekarang bagi menghadapi perlawanan ini.Risky move tetapi baik untuk masa depan LFC's youngsters.Brendan Rodgers juga berharap skuadnya akan menemui rentak terbaik dalam perlawanan ini sebelum mengharungi baki-baki perlawanan BPL.


BARISAN KEMUNGKINAN WEST BROMWICH ALBION

Foster,Jones,Olsson,Ridgewell,McAulley,Yacob,Mulumbu,Gera,Dorrans,Long,Lukaku

BARISAN KEMUNGKINAN LIVERPOOL FC

Jones,Wisdom,Carragher,Coates,Enrique,Assaidi,Henderson,Sahin,Downing,Morgan,Suarez


[LIVE STREAMING LINKS] Kick-Off On 3 AM MYT

Saturday, 18 August 2012

Match Preview : West Bromwich Albion Vs Liverpool FC

  Assalamualaikum WBT..Kelab kegemaran Daus,Liverpool Fc akan memulakan kempen liga perdana musim ini dengan bertandang ke The Hawtorns menentang West Bromwich Albion yang kini dibimbing oleh bekas first team coach LFC sendiri,Steve Clark.Dalam pada itu,perlawanan pembukaan ini juga merupakan perlawanan BPL pertama dibawah kendalian pengurus baru bagi kedua-dua pasukan,perlawanan pertama Brendan Rodgers sebagai pengurus LFC dan Steve Clark sebagai manager WBA.

WBA VS LFC
  Liverpool FC yang menurut Brendan Rodgers akan mengutamakan prestasi dalam liga berbanding piala pada musim turut dijangka akan menurunkan 2 pemain yang baru dibeli,Fabio Borini dan Joe Allen.Sayang sekali pemain paling baru diperolehi oleh LFC iaitu Oussama Assaidi tidak dapat diturunkan kerana beliau ingin berhari raya bersama keluarga.Perlawanan ini dijangka tidak mudah bagi LFC kerana kebiasaannya LFC sentiasa menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri pada opening fixture ditambah pula dengan adanya Steve Clark yang begitu arif dengan pemain2 LFC..Apa2 pun Daus tetap berharap LFC bermain dengan baik dan bermula dengan kemenangan..Any score will do..Be it 1-2,2-3.


PROBABLE LINE-UPS WEST BROMWICH ALBION - Ben Foster,Billy Jones,Liam Ridgewell,Jonas Olsson,Gareth McAuley,Graham Dorrans,Youssuf Mulumbu,Chris Brunt,James Morrison,Peter Odemwingie,Romelu Lukaku

LFC XI- Reina,Kelly,Skrtel,Agger.Johnson,Lucas,Gerrard,Allen,Downing,Borini,Suarez

Terbaik Dari Busuk