Sunday 29 September 2013

Sunderland Vs Liverpool: Preview Dan Link Live Streaming

Sunderland Vs Liverpool,Stadium Of Light, 11 PM
  LIVE STREAMING SUNDERLAND VS LIVERPOOL| Assalamualaikum WBT.Dah agak lama jugak Daus tidak kongsikan/buat preview perlawanan melibatkan pasukan kesayangan Daus,Liverpool ni kan.Hari ini,The Mighty Reds akan berkunjung ke Stadium of Light untuk berhadapan dengan Sunderland bagi perlawanan ke-6 BPL bagi kedua-dua pasukan untuk musim ini.Sebelum perlawanan bermula,pasukan Sunderland menghuni tangga tercorot liga dan tidak berpengurus sementara Liverpool pula berada di tangga ke-6 dan berharap untuk terus memanjat liga.

  Bagi pasukan tuan rumah,situasi semasa tidak memihak kepada mereka kerana baru sahaja kehilangan pengurus mereka,Paulo Di Canio yang dipecat baru-baru ini.Tuan rumah akan melayan kunjungan Liverpool dibawah bimbingan pengurus sementara,Kevin Ball yang sebenarnya terdesak untuk menjelmakan kemenangan pertama bagi Black Cats musim ini.Dan untuk merealisasikannya,Ball akan bergantung harap kepada penyerangnya Jozy Altidore dan Cattlemore yang beraksi cemerlang dalam Capital One Cup pertengahan minggu lalu.Phil Bardsley dan Wes Brown masih lagi tercedera sementara Fabio Borini tidak boleh disenaraikan tetapi bekas pemain Liverpool,Andrea Dossena mungkin akan diturunkan.

  Di kem Liverpool pula,Rodgers sudah hampir pasti mahukan anak-anak buahnya segera bounce back dari 2 kekalahan berturut-turut ditangan Southampton dan United dan mempamerkan aksi terpuji dalam kunjungan ke Stadium of Light kali ini.Rodgers berharap,prestasi LFC ketika bertemu United dapat diteruskan dan seterusnya berjaya membawa pulang 3 mata penuh.Perlawanan ini juga,menjadi pentas kepulangan Luis Suarez ke kancah BPL setelah penggantungan 10 perlawanannya telah tamat.Pun begitu,krisis kecederaan terutamanya melibatkan barisan pertahanan sedikit menggusarkan Rodgers apabila Glen Johnson,Cissokho dan Agger yang masih lagi cedera termasuklah juga Phillipe Coutinho.Gandingan Sturridge-Suarez diharap dapat menggempur kubu Black Cats malam ini.


[LIVE STREAMING LINK SUNDERLAND VS LIVERPOOL FC]

*Kick-Off pada jam 11 malam waktu Malaysia.

LINK 1  LINK 2  LINK 3

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk