Wednesday 8 August 2012

SAH!! El-Pistolero Kekal Di Anfield Sehingga 2016

  Assalamualaikum WBT.Berita baik untuk peminat Liverpool FC/Reds seantero dunia,our 'precious' Luis Suarez telah sah membuat keputusan bijak dengan menandatangani kontrak jangka panjang baru dengan LFC yang mana kontrak ini bakal mengekalkannya Di Anfield sekurang-kurangnya untuk 4 tahun lagi.Hell yeah!.Dengan berita pelanjutan kontrak Luis ini,dijangka akan menamatkan spekulasi perpindahannya yang sejak akhir-akhir ini dikatakan diburu oleh kelab Juventus dan Paris Saint Germain (PSG).Good move there mate.

  Luis Suarez memberitahu laman web rasmi LFC,liverpoolfc.com "untuk menandatangani kontrak baru dengan kelab seperti LFC ini sangat sukar dipercayai oleh saya" menunjukkan betapa dia punya tugas yang belum selesai di Anfield.Pada perkiraan Daus,LS masih lagi mahu membantu LFC kembali kepada zaman gemilangnya dan untuk tujuan peribadi pula,beliau ingin menutup mulut-mulut yang mengkritiknya serapat-rapatnya dengan memberikan persembahan yang majestic pada musim baru akan datang.Beliau juga turut menyatakan dalam laman web LFC "dia dan keluarganya sangat gembira berada di bandar Liverpool,dan peminat-peminat LFC merupakan pemain ke 12 bagi kelab.".Beliau juga menyatakan keinginannya untuk kekal lama di Anfield.

  Luis juga telah berjumpa dengan pengurus baru LFC,Brendan Rodgers sejurus sekembalinya beliau ke kem LFC di Melwood dari Olimpik London.Dia juga telah memberikan pandangan berkenaan pengurus baru tersebut dan dia mengatakan BR merupakan seorang pengurus yang baik dan berkemampuan dan beliau tiada masalah untuk bekerja dengan pengurusnya yang baru itu.Brendan Rodgers pula menyatakan beliau tidak sabar untuk melihat aksi Suarez di padang dan menyatakan kemungkinan untuk menurunkan LFC number 7 itu pada perlawanan kelayakan Piala Europa menentang FC Gomel awal pagi Jumaat ini di Anfield.Dalam pada itu,kem LFC juga turut melakukan persiapan bagi menyambut kepulangan Sammi Hyypia ke Anfield bagi satu perlawanan persahabatan menetang FC Bayern Laverkusen yang dibimbing Hyypia sendiri pada 12 ogos ini sebagai persiapan terakhir sebelum memulakan kempen baru Liga Perdana Inggeris pada 18 ogos akan datang.

Luis Suarez via Getty Images


0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk