Wednesday 8 August 2012

Highlights Pilihan Hari Ini - Separuh Akhir Bolasepak Lelaki Olimpik London 2012

  Assalamulaikum WBT.So bertemu lagi kita..aktif betul Daus blogging sekarang..Keh3.So untuk kedua-dua game separuh akhir semalam,yang ini dan yang ini juga,ramalan dan harapan Daus tak ada satu pun yang dipenuhi..sob2..Jepun U-23 tewas kepada Mexico U-23 1-3 manakala Korea Selatan U-23 pula dibelasah Brazil U-23 0-3..Jadi Untuk final bolasepak olimpik lelaki nanti yang dijadualkan pada 11  ogos akan datang,Mexico U-23 akan menentang Brazil U-23 bagi menentukan siapa pemilik pingat emas untuk edisi kali ini.

Highlight separuh akhir 1 [ Mexico U-23 Vs Japan U-23 ]


m 3-1 j by footyroom


  Japan yang dijangka memberi saingan sengit dalam perlawanan ternyata tidak mampu mengekang kehebatan pasukan dari amerika tengah ini.Walaupun sebenarnya pada satu ketika Japan mendahului dengan 1-0 hasil jaringan Otsu seawal minit ke 12 permainan lagi,mereka tidak mampu mengekalkan fokus dan membenarkan lawan mereka mendapat 3 gol hasil jaringan M.Fabian (31'),O.Peralta (65') dan J.Coates pada minit akhir perlawanan.Mexico U-23 menang keatas Japan U-23 dengan keputusan 3-1.

Highlight separuh akhir 2 [ South Korea U-23 Vs Brazil U-23]


K-B footyroom.com by

  Kombinasi Neymar-Damiao-Oscar ternyata berada pada kelas tersendiri dan sukar digugat oleh pemain-pemain Korea Selatan walaupun to be fair pada awal permainan Korea lebih dahulu mengancam kubu Brazil dengan beberapa percubaan bahaya.Neymar dalam perlawanan ini lebih banyak bertindak sebagai playmaker dan feeder manakala Damiao akan menyudahkannya.3 gol Brazil dijaringkan oleh Romulo,38' dan damiao,57' dan 64'.Seandainya Brazil U-23 mampu mengekalkan corak permainan seperti mana yang telah ditunjukkan dalam perlawanan ini,mereka bolehlah dianggap firm favourite untuk memenangi pingat emas bolasepak olimpik buat pertama kalinya dalam sejarah penglibatan mereka dalam Olimpik.

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk