Tuesday 18 September 2012

Armadillo: Maskot Rasmi Piala Dunia FIFA 2014

World Cup 2014 Mascot...Unveiled
  Assalamualaikum WBT.Meet/memperkenalkan Armadillo,seekor tenggiling rasanya yang masih belum diberi nama yang mana ianya kelak akan menjadi maskot rasmi bagi Piala Dunia Brazil pada tahun 2014 nanti.Tenggiling yang dipilih sebagai maskot kali ini ialah dari spesies 'Tolypeutes Tricinctus' yang biasa ditemui dibahagian timur Brazil yang kini diancam kepupusan.Maskot comel ini telahpun diperkenalkan sendiri oleh tidak lain dan tidak bukan salah seorang lagenda bolasepak Brazil iaitu Ronaldo [Neymar..who?] dalam satu rancangan TV.Dalam temubual selepas sesi memperkenalkan maskot tersebut,Ronaldo berkata "maskot ini akan memainkan peranan yang penting sebagai duta dalam masa 2 tahun akan datang."Selain itu,The Greatest Ronaldo percaya maskot itu akan memberikan inspirasi kepada ramai peminat-peminat cilik bolasepak di Brazil dan seluruh dunia dengan passion mereka terhadap bolasepak dan negara mereka masing-masing.

 Pihak FIFA memperuntukkan masa sehingga pertengahan November ini untuk peganjur Piala Dunia akan datang itu untuk menamakan Maskot tersebut samada 'Amijubi' yang bermaksud 'Representation Of Friendliness And Joy',atau 'Fuleco' serta 'Zuzeco' yang dikaitkan dengan 'Ecological Message'.Haiwan/Spesies Armadillo ini dipilih sebagai maskot kerana ianya merupakan salah satu hidupan yang semakin terancam di Brazil.Warna-warna yang melatari maskot ini merupakan warna-warna yang terdapat pada bendera Brazil itu sendiri.Badannya berwarna kuning dengan Shorts berwarna hijau serta cengkerang dan ekor yang berwarna biru..Baju putih yang dipakainya tertera tulisan 'Brasil 2014'.Colourful dan tersangatlah comel.Menurut Setiausaha Umum FIFA,Jerome Valke,pemilihan Armadillo yang merupakan salah satu spesies terancam di Brazil bertepatan dengan  salah satu objektif penganjuran Piala Dunia 2014 iaitu untuk menyedarkan masyarakat dunia tentang kepentingan alam sekitar dan ekologi yang baik.

Maskot Piala Dunia 2014 Hits Pantai di Brazil

              

 Cute isn't it?..Oh FIFA juga telah membuat satu site khas di laman web rasmi PIALA DUNIA 2014 untuk maskot comel ini.Check it..sangatlah interaktif lamannya..Kids will definately love it.Untuk melihat video pengenalan rasmi dari FIFA pula klik DISINI.Too bad FIFA telahpun disable the embed function for this video..Hihi

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk