Tuesday 18 September 2012

Highlight Pilihan Hari Ini: Everton 2-2 Newcastle United

Everton Vs Newcastle United
 Assalamualaikum WBT.Untuk segmen highlight pilihan hari ini,mari kita bersama-sama mengimbas sedikit babak-babak menarik dalam satu-satunya perlawanan BPL yang berlangsung pagi semalam.Perlawanan tersebut ialah diantara pasukan Everton menentang Newcastle United yang mana perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.Agak membanggakan juga apabila,Demba Ba,seorang muslim yang mewakili pasukan Newcastle telah menjaringkan kedua-dua gol tersebut.


E-Nกดแ by morkovnik


 Everton terlebih dahulu berada didepan menerusi gol jaringan Leighton Baines pada minit ke-15 selepas dia bermain satu-dua cantik dengan rakan sepasukannya.Separuh masa pertama tamat dengan Everton didepan 1-0 walaupun banyak peluang untuk menambah gol bagi kedua-dua pasukan pada separuh masa pertama.4 minit selepas separuh masa kedua bersambung,pada minit ke-49,Demba Ba berjaya menyamakan kedudukan bagi Newcastle selepas dia bijak menyudahkan hantaran kepadanya.Minit ke-88,Victor Anichebe seperti bakal memberikan 3 mata penuh tetapi sekali lagi digagalkan oleh Ba apabila dia sekali lagi menjaringkan  gol penyamaan bagi Newcastle pada minit terakhir perlawanan.Entertaining Match walaupun pada hakikatnya terdapat beberapa keputusan match officials terutamanya linesman yang boleh dipertikaikan dalam perlawanan ini.

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk