Thursday 13 September 2012

Barisan Produk Baru Apple Secara Ringkas [Bahagian 1]


 Assalamualaikum WBT..Selamat pagi semua..Hehehe.Wouldn't you just know it,syarikat gergasi teknologi dunia,Apple inc telahpun mengumumkan/melancarkan barisan produk terbaru mereka pada awal pagi semalam waktu Malaysia.Acara pelancaran besar-besaran serentak di San Francisco dan New York itu antara lainnya memperkenalkan much-anticipated iPhone 5 selain turut memperkenalkan iPod Nano,iPod Touch dan Apple iTunes versi terbaru.Kenyataannya Apple iPhone 5 is indeed an awesome gadget pada pandangan Daus yang bukan fanboy ni.Selepas pelancarannya semalam,pelbagai reaksi global telah disuarakan : nada positif kerana iPhone 5 akhirnya diumumkan dan nada negatif kerana pada dasarnya tidak banyak perubahan diantara iPhone 4s dengan iPhone 5 terbaru yang mana sebenarnya andaian awal tersebut adalah premature dan tidak benar sama sekali.YES design luarannya hampir sama tetapi binaan dalaman dan hardwarenya jauh lebih berkuasa berbanding iPhone 4s,terima kasih kepada chip A6 terbaru yang digunakan untuk iPhone 5 kali ini.

 Walaubagaimanapun,ianya masih terlalu awal untuk menilai kualiti/persembahan iPhone 5 dan produk-produk baru Apple yang lain kerana ianya masih belum diedarkan untuk pasaran umum lagi.To tell you the truth Daus,agak impress dengan aksesori-aksesori baru seperti earpods baru dan Lightning yang turut diperkenalkan Apple semalam kerana ianya sangat inovatif,sesuai dengan imej Apple yang sentiasa mahu menonjol [Speak like a true Fanboy..sighhh.]..Dah la mari kita lihat serba sedikit barisan produk-produk baru yang diumumkan semalam..Dimulakan dengan MAIN COURSE..


1-Apple iPhone 5

Gambar Dari Amanz.my

SPESIFIKASI KUNCI iPHONE 5:

-Dimensi 123.8 X 58.6 X 7.6 mm dengan berat sekitar 112 g sahaja.

-Menggunakan paparan retina baru Apple bersaiz 4 Inch dengan resolusi 640 X 1136 Pixels memberikan ppi sebanyak 326 ppi Pixel Density.

-Pilihan 16/32/64 GB memori dalaman dengan 1GB RAM TANPA slot kad tambahan.

-Kamera utama 8MP lensa Aperture f/24 yang turut mampu merakam video pada 1080P.Kamera kedua 1.2 MP untuk FaceTime.

-Sistem Operasi (OS) - Apple iOS 6 terbaru.Dijana oleh cip Apple A6 terbaru juga.

-Fungsi menarik lain -Sokongan HD untuk FaceTime,Lightning [Adapter/Charger] yang bersaiz lebih kecil untuk keselesaan pengguna,perisian iTunes 11 baru dan LTE/ultrafast Wireless bagi kawasan yang mempunyai coverage LTE.


2-Apple iPod Touch Baru

iPod Touch Baru Gambar Dari Engadget.com

SPESIFIKASI KUNCI iPOD TOUCH BARU:

-Dimensi -tebal 6.1 mm dengan berat 88 g sahaja

-Menggunakan display/skrin yang sama dengan iPhone 5,new 4-Inch Apple Retina Display dengan resolusi sama 640 X 1136 Pixels.

-Pilihan memori 32/64 GB.

-Kamera iSight 5MP dibahagian belakang yang dipertingkatkan.Juga berkemampuan merakam video pada 1080P.Kamera hadapan 720P untuk FaceTime.

-Menggunakan cip A5 dari Apple.Juga menjalankan iOS 6.

-Fungsi menarik lain -Fungsi Panorama untuk kameranya,Shared photo stream,iPod Touch Loop (iPod Strap),aksesori EarPods baru dan sokongan Siri terbina dalaman pertama untuk non-iPhone device.

Sumber dari Engadget dan Amanz.my

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk