Thursday 13 September 2012

It's Finally Here - Apple iPhone 5 Officially Announced

 Assalamualaikum WBT.Finally phew,Apple inc baru sahaja kira-kira setengah jam yang lepas mengumumkan generasi keenam iPhone mereka yang dinamakan iPhone 5,sama seperti rumors yang banyak sebelum pengumumannya.Bentuk akhir iPhone 5 juga tidak jauh berbeza dengan 'Leaked Images' yang telah agak lama tersebar di internet lantas menimbulkan persoalan bagaimana Apple menyimpan rahsia produksi mereka sehinggakan boleh dileakskan sebegitu rupa.Dikatakan iPhone 5 ini merupakan iPhone yang paling banyak tertiris ke arena internet sebelum pelancarannya.

Apple iPhone 5 Officially Unveiled
 Berbanding model terdahulu,iPhone 4s,iPhone 5 terbaru ini 18% lebih nipis dan 20% lebih ringan berkemungkinan kerana binaan badannya yang terdiri daripada aluminium dan kaca sepenuhnya.Menurut Apple juga,iPhone ini merupakan iPhone paling nipis yang pernah dipasarkan mereka dengan paparan skrin baru retina Apple yang bersaiz 4 Inci dengan resolusi 1136 X 640.Skrin iPhone 5 yang lebih 'panjang' ini membolehkan lebih banyak ikon dipaparkan pada homescreen dan antara spesifikasi menarik lain yang turut terdapat pada iPhone generasi terbaru ini ialah fungsi radio yang katanya diperbaharui.Dan yang paling mencuri tumpuan pastinya chip A6 baru yang terdapat dalam iPhone ini yang katanya 2 kali ganda lebih pantas/lebih berkuasa berbanding chip A5 yang terdapat pada 4s.iPhone 5 juga didatangkan bagi versi LTE untuk negara-negara yang menyokong signal ini.Kredit kepada Amanz.my dan engadget.com

MORE TO FOLLOW..

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk