Showing posts with label iPhone 5. Show all posts
Showing posts with label iPhone 5. Show all posts

Thursday, 13 September 2012

It's Finally Here - Apple iPhone 5 Officially Announced

 Assalamualaikum WBT.Finally phew,Apple inc baru sahaja kira-kira setengah jam yang lepas mengumumkan generasi keenam iPhone mereka yang dinamakan iPhone 5,sama seperti rumors yang banyak sebelum pengumumannya.Bentuk akhir iPhone 5 juga tidak jauh berbeza dengan 'Leaked Images' yang telah agak lama tersebar di internet lantas menimbulkan persoalan bagaimana Apple menyimpan rahsia produksi mereka sehinggakan boleh dileakskan sebegitu rupa.Dikatakan iPhone 5 ini merupakan iPhone yang paling banyak tertiris ke arena internet sebelum pelancarannya.

Apple iPhone 5 Officially Unveiled
 Berbanding model terdahulu,iPhone 4s,iPhone 5 terbaru ini 18% lebih nipis dan 20% lebih ringan berkemungkinan kerana binaan badannya yang terdiri daripada aluminium dan kaca sepenuhnya.Menurut Apple juga,iPhone ini merupakan iPhone paling nipis yang pernah dipasarkan mereka dengan paparan skrin baru retina Apple yang bersaiz 4 Inci dengan resolusi 1136 X 640.Skrin iPhone 5 yang lebih 'panjang' ini membolehkan lebih banyak ikon dipaparkan pada homescreen dan antara spesifikasi menarik lain yang turut terdapat pada iPhone generasi terbaru ini ialah fungsi radio yang katanya diperbaharui.Dan yang paling mencuri tumpuan pastinya chip A6 baru yang terdapat dalam iPhone ini yang katanya 2 kali ganda lebih pantas/lebih berkuasa berbanding chip A5 yang terdapat pada 4s.iPhone 5 juga didatangkan bagi versi LTE untuk negara-negara yang menyokong signal ini.Kredit kepada Amanz.my dan engadget.com

MORE TO FOLLOW..

iPhone 5 Media Event Live Streaming

The Stage Is Set For..iPhone 5
  Assalamualaikum WBT..Tinggal lebih kurang sejam lagi sebelum bermulanya acara yang Daus percaya dinantikan ramai orang,iaitu acara memperkenalkan generasi keenam iPhone, Apple iPhone 5 baru yang dijadualkan berlangsung di San Francisco.Pastinya awal pagi nanti, jutaan mata umat manusia akan menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada acara tersebut terutamanya penggemar tegar produk-produk Apple.Daus yakin 'Apple Fanboys dan Fangirls' akan sanggup bersengkang mata menyaksikan acara bersejarah ini kerana dikatakan acara ini bukan sahaja untuk memperkenalkan generasi baru tetapi juga untuk memperkenalkan iPod Touch baru dan juga tidak ketinggalan iTunes baru.DAN Daus dengan ini berbesar hati ingin mengongsikan live streaming bagi  anda yang ingin menyaksikan acara tumpuan ini.Daus jumpa Stream ni dekat satu site dan Daus just embed jer dekat blog Daus ini.KHAS untuk anda ..

IPHONE 5 MEDIA EVENT LIVE STREAMING [MULA 1 A.M MYT]



Live video by Ustream

Thursday, 6 September 2012

It's Almost Here - Apple iPhone 5 Teaser

  Assalamualaikum WBT.Yet another so-called informative entri by me.Duh.Angka 12 atau lebih tepat lagi tarikh 12 september ini dinantikan penuh minat dan sabar oleh sebahagian besar umat manusia di seluruh dunia terutamanya pengikut tegar teknologi.Sebab? pada tarikh keramat tersebut telah disahkan bahawa much-awaited iPhone 5 akan dilancarkan di sebuah event di San Francisco.Tarikh pelancaran iPhone generasi baru ini sebenarnya telah lama di bincangkan dan ianya telah disahkan dengan jemputan rasmi oleh Apple inc kepada pihak media.

iPhone 5 Media Invitation

  Jemputan rasmi melalui email tersebut hanya menyatakan mesej 'Its Almost Here' dengan angka 12 dibawahnya.Membayangi angka 12 itu ialah nombor '5' yang bersaiz besar menguatkan lagi andaian yang mengatakan event tersebut diadakan untuk unveil next-gen iPhone yang telah lama dinantikan terutamanya oleh penggemar produk berkualiti dari Apple.Penggemar produk apple usah lagi khuatir kerana iPhone generasi baru ini indeed dinamakan iPhone 5 dan bukan lagi another 'the new' seperti 'the new ipad' yang telahpun dilancarkan baru-baru ini.Dengan pelancaran iPhone ini dijangkakan unit penjualan produk akan meningkat lantas menghangatkan perang teknologi/telefon antara Apple dan Samsung.Ha apa lagi,kepada mereka yang bercadang-cadang nak beli iPhone 4s tu baik tunggu dulu nanti gigit jari..Just saying =)

Sumber dari Tech Watch dan Yahoo News

Terbaik Dari Busuk