Thursday 20 September 2012

BSC Young Boys Vs Liverpool FC: Preview Perlawanan,Barisan Kemungkinan Dan Live Streaming Links

BSC Young Boys Vs Liverpool Fc..Stade De Suisse,Berne
  Assalamualaikum WBT.Awal pagi nanti marks kepulangan pasukan kesayangan Daus,Liverpool Fc ke kancah bolasepak Eropah setelah musim lepas tidak terlibat dengan apa-apa kejohanan continental iaitu kejohanan Liga Europa/Europa League.Walaupun kejohanan ini prestijnya agak kurang jika dibandingkan dengan Liga Juara-Juara Eropah,ianya tetap mempunyai kelebihannya tersendiri dan dikira sebagai salah satu kejohanan utama lebih-lebih lagi dengan peningkatan taraf pasukan-pasukan yang bertanding masa kini.

 Bagi pasukan Liverpool yang memulakan kempen baru EPL mereka dengan agak kurang baik,pengurus,Brendan Rodgers dilihat akan cuba mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam kejohanan EL musim baru ini.Jadi malam ini,skuad Liverpool akan bertandang di Stade De Suisse,Berne,Switzerland bagi memulakan kempen Piala Europa mereka menentang pasukan tuan rumah,BSC Young Boys.Yang jelas Rodgers opted untuk merehatkan beberapa pemain senior seperti kapten Steven Gerrard,Luis Suarez,Pepe Reina,Joe Allen dan ramai lagi untuk persiapan menentang Man United di Anfield hujung minggu nanti.Oleh itu,pemain-pemain muda LFC akan dijangka beraksi awal pagi nanti termasuklah Jon Flanagan,Adam Morgan dan Raheem Sterling.Dan mungkin juga Samed Yesil dan Oussama Assaidi akan diberikan 'First-Team Debut' mereka awal pagi nanti.

 Di Kem BSC pula,mereka dijangkakan akan menurunkan barisan terkuat untuk melayan kunjungan skuad 'muda' LFC awal pagi nanti.BSC sepertinya akan menyandarkan tugas menjaringkan gol ke bahu Raul Bobadilla yang mempunyai rekod jaringan gol yang agak baik sejak akhir-akhir ini.


BARISAN KEMUNGKINAN BSC YOUNG BOYS

Wolfli,Gonzalez,Nef,Ojala,Spycher,Farnerud,Constanzo,Schnuewly,Nuzzolo,Frey,Bobadilla


BARISAN KEMUNGKINAN LIVERPOOL FC

Jones,Flanagan,Carragher,Coates,Enrique,Sahin,Henderson,Shelvey,Morgan,Yesil,Assaidi


[LIVE STREAMING LINKS] 


*Kick-Off pada jam 1 pagi [21 Sept] waktu Malaysia

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk