Showing posts with label Europa League Live Streaming. Show all posts
Showing posts with label Europa League Live Streaming. Show all posts

Thursday, 25 October 2012

Liverpool FC Vs Anzhi Makhachkala: Preview,Barisan Kemungkinan & Live Streaming Links

 Assalamualaikum WBT.Selepas akhirnya mendapat juga much-needed kemenangan di Anfield baru-baru ini,pasukan kesayangan Daus,Liverpool akan sekali lagi turun beraksi awal pagi nanti bagi kempen Liga Europa pula.Namun kali ini,tugas lebih getir menanti anak-anak buah Brendan Rodgers apabila akan turun menentang Anzhi kira-kira jam 3 nanti.Selepas gagal mengutip sebarang mata ketika menentang Udinese baru-baru ini,Liverpool FC dan pengurus berharap LFC akan kembali kepada trend menang sekaligus mencerahkan peluang LFC ke peringkat seterusnya.

  Walaupun perlawanan Derbi Merseyside akan berlangsung hujung minggu nanti,Rodgers dikatakan tetap akan memperjudikan barisan terkuat kerana menyedari perlunya kemenangan menentang Anzhi ini untuk mencerahkan peluang pasukan layak ke peringkat seterusnya.Pun begitu,masalah kecederaan menjadi masalah utama bagi Rodgers apabila dijangka tidak dapat menggunakan khidmat Pepe Reina,Martin Kelly dan Fabio Borini yang mengalami kecederaan jangka panjang (kecuali Reina).Jadi besar kemungkinan Rodgers akan menurunkan Brad Jones di gawang gol selain pemain-pemain seperti Coates,Carragher dan Downing.

 Pasukan yang berbelanja besar,Anzhi pula dijangka akan menurunkan barisan terkuat mereka diketuai oleh kapten pasukan,Samuel Eto'o,Yuri Zhirkov dan Samba.Pasukan yang diurus oleh pengurus lagenda,Guus Hiddink dan juga pendahulu semasa Liga utama Russia itu.Hiddink walaubagaimanapun tidak dapat menurunkan Lassana Diara kerana kecederaan buku lali dan dia mengharapkan Eto'o untuk mengetuai serangan Anzhi sambil dibantu Lacina Traore.

Liverpool Vs Anzhi..Anfield

BARISAN KEMUNGKINAN LIVERPOOL FC

Jones,Wisdom,Carragher,Coates,Enrique,Henderson,Sahin,Shelvey,Downing,Suarez,Assaidi


BARISAN KEMUNGKINAN ANZHI MAKHACHKALA

Gabulov,Agalarov,Samba,Tagirbekov,Zhirkov,Jucilei,Shatov,Carcela-Gonzales,Bousoffa,Traore,Eto'o


[Live Streaming Links] *Kick-Off On 3 Am MYT



*Link-link tambahan akan diupdate kemudian

Thursday, 4 October 2012

Liverpool FC Vs Udinese: Preview,Barisan Kemungkinan Dan Live Streaming Links

LIVERPOOL VS UDINESE..ANFIELD
   
  Assalamualaikum WBT.Awal pagi nanti atau lebih tepat lagi  jam 3 pagi 5 Oktober waktu Malaysia,pasukan kegemaran Daus,Liverpool FC akan melayan kunjungan kelab dari Itali,Udinese untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan bagi kejohanan Liga Europa atau Europa League.Selepas memenangi perlawanan pembukaan kumpulan menentang BSC Young Boys tempoh hari,anak didik Brendan Rodgers dilihat akan cuba untuk mengumpul mata maksimum dari 2 perlawanan awal ini seterusnya mengukuhkan kedudukan The Reds di puncak kumpulan A.

  Pun begitu anak didik Rodgers cannot afford to make any silly mistakes kerana Udinese walaupun tidak sekaliber Juventus tetap berbahaya lebih-lebih lagi penyerangnya Antonio Di Natale.Untuk perlawanan awal pagi nanti,Rodgers masih lagi tidak dapat menurunkan Martin Kelly (Knee) dan Lucas (Thigh) tetapi mungkin memasukkan Joe Cole yang agak lama tidak beraksi bersama skuad utama.Jose Enrique pula masih belum tentu akan diturunkan tetapi memandangkan Kelly cedera mungkin dia akan diturunkan juga.

  Di kem pelawat,Udinese pula jurulatih,Francesco Guadolin besar kemungkinan akan merehatkan penyerang bintang,Di Natale dan sebaliknya menggunakan Matias Renegie untuk mengetuai barisan serangan mereka.Pun begitu,Guadolin dikatakan mempunyai pasukan yang hampir lengkap untuk berdepan Reds di Anfield pagi nanti..SO Liverpool Definately Cannot take Udinese lightly.


BARISAN KEMUNGKINAN LIVERPOOL FC

Jones,Wisdom,Carragher,Coates,Enrique,Shelvey,Henderson,Sahin,Suso,Borini,Assaidi

BARISAN KEMUNGKINAN UDINESE

Padelli,Danilo,Domizzi,Benatia,Armero,Faraoni,Bado,Lazarri,Pereya,Willians,Renegie


[LIVE STREAMING LINKS] Kick Off On 3:00 AM MYT 



*Link-link tambahan akan ditambah dari semasa ke semasa..So stay tuned =)

*Untuk keputusan perlawanan ini dan perlawanan-perlawanan lain,KLIK SINI

Thursday, 20 September 2012

BSC Young Boys Vs Liverpool FC: Preview Perlawanan,Barisan Kemungkinan Dan Live Streaming Links

BSC Young Boys Vs Liverpool Fc..Stade De Suisse,Berne
  Assalamualaikum WBT.Awal pagi nanti marks kepulangan pasukan kesayangan Daus,Liverpool Fc ke kancah bolasepak Eropah setelah musim lepas tidak terlibat dengan apa-apa kejohanan continental iaitu kejohanan Liga Europa/Europa League.Walaupun kejohanan ini prestijnya agak kurang jika dibandingkan dengan Liga Juara-Juara Eropah,ianya tetap mempunyai kelebihannya tersendiri dan dikira sebagai salah satu kejohanan utama lebih-lebih lagi dengan peningkatan taraf pasukan-pasukan yang bertanding masa kini.

 Bagi pasukan Liverpool yang memulakan kempen baru EPL mereka dengan agak kurang baik,pengurus,Brendan Rodgers dilihat akan cuba mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam kejohanan EL musim baru ini.Jadi malam ini,skuad Liverpool akan bertandang di Stade De Suisse,Berne,Switzerland bagi memulakan kempen Piala Europa mereka menentang pasukan tuan rumah,BSC Young Boys.Yang jelas Rodgers opted untuk merehatkan beberapa pemain senior seperti kapten Steven Gerrard,Luis Suarez,Pepe Reina,Joe Allen dan ramai lagi untuk persiapan menentang Man United di Anfield hujung minggu nanti.Oleh itu,pemain-pemain muda LFC akan dijangka beraksi awal pagi nanti termasuklah Jon Flanagan,Adam Morgan dan Raheem Sterling.Dan mungkin juga Samed Yesil dan Oussama Assaidi akan diberikan 'First-Team Debut' mereka awal pagi nanti.

 Di Kem BSC pula,mereka dijangkakan akan menurunkan barisan terkuat untuk melayan kunjungan skuad 'muda' LFC awal pagi nanti.BSC sepertinya akan menyandarkan tugas menjaringkan gol ke bahu Raul Bobadilla yang mempunyai rekod jaringan gol yang agak baik sejak akhir-akhir ini.


BARISAN KEMUNGKINAN BSC YOUNG BOYS

Wolfli,Gonzalez,Nef,Ojala,Spycher,Farnerud,Constanzo,Schnuewly,Nuzzolo,Frey,Bobadilla


BARISAN KEMUNGKINAN LIVERPOOL FC

Jones,Flanagan,Carragher,Coates,Enrique,Sahin,Henderson,Shelvey,Morgan,Yesil,Assaidi


[LIVE STREAMING LINKS] 


*Kick-Off pada jam 1 pagi [21 Sept] waktu Malaysia

Terbaik Dari Busuk