Assalamualaikum WBT.Selepas akhirnya mendapat juga much-needed kemenangan di Anfield baru-baru ini,pasukan kesayangan Daus,Liverpool akan sekali lagi turun beraksi awal pagi nanti bagi kempen Liga Europa pula.Namun kali ini,tugas lebih getir menanti anak-anak buah Brendan Rodgers apabila akan turun menentang Anzhi kira-kira jam 3 nanti.Selepas gagal mengutip sebarang mata ketika menentang Udinese baru-baru ini,Liverpool FC dan pengurus berharap LFC akan kembali kepada trend menang sekaligus mencerahkan peluang LFC ke peringkat seterusnya.
Walaupun perlawanan Derbi Merseyside akan berlangsung hujung minggu nanti,Rodgers dikatakan tetap akan memperjudikan barisan terkuat kerana menyedari perlunya kemenangan menentang Anzhi ini untuk mencerahkan peluang pasukan layak ke peringkat seterusnya.Pun begitu,masalah kecederaan menjadi masalah utama bagi Rodgers apabila dijangka tidak dapat menggunakan khidmat Pepe Reina,Martin Kelly dan Fabio Borini yang mengalami kecederaan jangka panjang (kecuali Reina).Jadi besar kemungkinan Rodgers akan menurunkan Brad Jones di gawang gol selain pemain-pemain seperti Coates,Carragher dan Downing.
Pasukan yang berbelanja besar,Anzhi pula dijangka akan menurunkan barisan terkuat mereka diketuai oleh kapten pasukan,Samuel Eto'o,Yuri Zhirkov dan Samba.Pasukan yang diurus oleh pengurus lagenda,Guus Hiddink dan juga pendahulu semasa Liga utama Russia itu.Hiddink walaubagaimanapun tidak dapat menurunkan Lassana Diara kerana kecederaan buku lali dan dia mengharapkan Eto'o untuk mengetuai serangan Anzhi sambil dibantu Lacina Traore.
Liverpool Vs Anzhi..Anfield |
BARISAN KEMUNGKINAN LIVERPOOL FC
Jones,Wisdom,Carragher,Coates,Enrique,Henderson,Sahin,Shelvey,Downing,Suarez,Assaidi
BARISAN KEMUNGKINAN ANZHI MAKHACHKALA
Gabulov,Agalarov,Samba,Tagirbekov,Zhirkov,Jucilei,Shatov,Carcela-Gonzales,Bousoffa,Traore,Eto'o
[Live Streaming Links] *Kick-Off On 3 Am MYT
*Link-link tambahan akan diupdate kemudian
0 Orang Komen Sini =):
Post a Comment
Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)