Wednesday 12 September 2012

Highlight Pilihan Hari Ini - England 1-1 Ukraine

Brazil 2014
 Assalamualaikum WBT..Untuk segmen highlight pilihan hari ini,Daus memilih untuk mengulas sedikit (poyo) perlawanan antara England-Ukraine semalam.Daus sudah menjangkakan sebenarnya England berdepan tugas sukar dalam perlawanan ini dan terbukti England yang berada di rangking ketiga dunia ketika ini hanya mampu seri dengan Ukraine.Itu pun nasib baik England berjaya mendapat gol penyamaan menerusi penalti selepas pasukan Ukraine terlebih dahulu berada di hadapan.

 Untuk perlawanan ini,Ukraine sebenarnya terlebih dahulu berada didepan dengan jaringan yang agak menarik dari Yevhen Konoplyanka pada minit ke-38 perlawanan.Diawal permainan ternyata skuad Ukraine yang dijangka akan tempang tanpa bekas kapten mereka,Shevchenko berjaya mengimbangi permainan England terutamanya menerusi Konoplyanka sendiri selain Yarmolenko.Sebelum gol pertama Ukraine dihasilkan, agak memeranjatkan apabila gol jaringan Defoe untuk England tidak disahkan pengadil kerana pada dasarnya sentuhan Defoe keatas salah seorang pertahanan Ukraine bolehlah dikatakan 'soft touch' dan sepatutnya diberikan advantage.

 Mujurlah 3 minit sebelum permainan tamat,minit ke87 England dihadiahkan sepakan penalti dan Lampard sekali lagi tidak melakukan kesilapan untuk menyamakan kedudukan bagi England seterusnya menyelamatkan maruah England dari tercalar ditempat sendiri.Dan seminit selepas itu,kapten England,Steven Gerrard pula dibuang padang setelah menerima 2 kad kuning dan akan terlepas peluang untuk beraksi dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.Perlawanan seterusnya bagi kedua-dua pasukan ialah pada 12 Oktober : England menentang San Marino manakala Ukraine pula berkunjung ke Moldova.

VIDEO HIGHLIGHTS:

  

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk