Sunday 23 September 2012

Liverpool FC Vs Manchester United: Preview,Barisan Kemungkinan Dan Live Streaming Links

Liverpool Vs Man United..Anfield 8:30 PM
  Assalamualaikum WBT.Malam nanti jam 8 setengah,pasukan pujaan Daus,Liverpool Fc akan menanti kunjungan Bitter Rival,Manchester United di Anfield.Seperti yang kita semua telah sedia maklum,tiada perlawanan dalam kalender bolasepak inggeris tahunan yang lebih besar dari perlawanan ini.Penuh dengan emosi dan yang lebih penting tempo perlawanan yang cukup tinggi dan menarik.Setelah kedua-dua pasukan telah memenangi perlawanan masing-masing dalam kempen eropah pertengahan musim ini,expect perlawanan yang mendebarkan malam nanti.

  Pengurus LFC,Brendan Rodgers berharap pasukan bimbingannya dapat mengekalkan momentum ketika menewaskan Young Boys 5-3 sebelum kedalam perlawanan ini seterusnya memberikan kemenangan sulung LFC dalam kempen BPL 2012/13.Jika LFC benar-benar ingin mencabar kejuaraan atau sekurang-kurangnya finish the season at fourth place,kemenangan dalam perlawanan ini wajar dijadikan pemangkin.Dijangkakan Rodgers akan melakukan hanya satu pertukaran berbanding skuad menentang Sunderland baru-baru ini iaitu memasukkan Jose Enrique bagi menggantikan Martin Kelly.Fabio Borini dan Raheem Sterling juga dijangka akan memulakan perlawanan ini sebagai kesebelasan utama disamping kembalinya pemain-pemain utama yang direhatkan seperti kapten,Steven Gerrard,Luis Suarez,Joe Allen dan Pepe Reina.Joe Cole dan Lucas masih lagi berehat panjang.

  Dikem Manchester United pula,Sir Alex Ferguson dijangka masih lagi tidak dapat menggunakan khidmat ayam tambatannya,Wayne Rooney yang masih belum cukup fit setelah tercedera.Ashley Young juga set to miss this big fixture tonight.Jadi besar kemungkinan barisan offensive MU akan dikemudi oleh Kagawa dan Van Persie serta dibantu oleh Scholes dan Carrick.


BARISAN KEMUNGKINAN LIVERPOOL FC

Reina,G.Johnson,Agger,Skrtel,Enrique,Allen,Gerrard,Shelvey,Suarez,Borini,Sterling


BARISAN KEMUNGKINAN MANCHESTER UNITED

D.Gea,Rafael,Ferdinand,Vidic,Buttner,Carrick,Scholes,Valencia,Nani,Kagawa,Van Persie


[LIVE STREAMING LINKS] Kick-Off On 8:30 PM MYT


*Untuk keputusan perlawanan ini dan juga perlawanan-perlawanan lain KLIK DISINI

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk