Saturday 22 September 2012

Rumors: Siri Kamen Rider Wizard Akan Mempunyai Lebih Dari 2 Kamen Rider?

Wizard's Flame Style
  Assalamualaikum WBT.Selepas hampir 4 minggu siri Kamen Rider baru,Kamen Rider Wizard ditayangkan,kini rumors berkenaan Riders lain yang akan muncul dalam siri ini kelak telah mula kedengaran.Walaubagaimana pun kesahihan rumors ini masih belum dapat dipastikan.Dah namanya pun rumors kan..Deal with it..

Perhatian !! Ini Hanya Rumors

1-Dunia yang melatari siri Kamen Rider Wizard ini mirip kepada dunia dalam siri Kamen Rider Hibiki.Dimana dunia tersebut dipenuhi dengan wizard dan magicians.Dikatakan 5 dunia berbeza akan muncul dalam siri ini kelak.

2-Kamen Rider Wizard dikatakan akan mempunyai 2 bentuk terakhir [Final Forms] yang mana batu cincin untuk final forms ini ialah 'Adamantite' dan 'Aricalum' yang merupakan galian lagenda yang hanya wujud dalam mitos sahaja.

3-Kamen Rider kedua akan dikenali sebagai Kamen Rider Witch.Menariknya kamen rider kedua kali ini dikatakan seorang perempuan,menjadikannya sebagai perempuan pertama yang menjadi second rider.Imej hampir menyerupai Wizard kecuali helmetnya yang lebih berbentuk 'topi ahli sihir' [Mengarut rite? yes].Senjatanya merupakan sebatang halberd yang berbentuk penyapu [Broom-Styled Halberd] yang boleh bertukar kepada sniper.What?

4-Kamen Rider ketiga pula akan membawa motif magician Jepun/penilik nasib jepun.Bentuk helmetnya dikatakan mirip kepada bentuk kepada KR Fourze dan mempunyai 2 Styles/Forms: 'Samurai Form' dan 'Summoner Form'.'Samurai Form' akan membolehkan KR ketiga ini bergerak dengan pantas tetapi untuk masa yang singkat sahaja.Manakala dalam 'Summoner Form' KR ini boleh menyeru kembali phantoms yang ditewaskannya dalam bentuk 'Samurai' dan mengawal phantoms tersebut.Looks like a bad Rider already.

5-Filem musim panas akan datang bagi Kamen Rider Wizard ini akan menunjukkan bagaimana Haruto berlatih dengan gurunya dan bagaimana dia bertukar/henshin buat pertama kalinya.Dalam filem tersebut juga dijangkakan satu bentuk akhir Wizard akan muncul dan Kamen Rider ketiga juga akan melakukakan debut dalam filem tersebut.Should be interesting.

Sumber dari JeFusion.Com

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk