Wednesday 17 October 2012

HTC J BUTTERFLY DIPERKENALKAN UNTUK PASARAN JEPUN

RED HTC J BUTTERFLY

 Assalamualaikum WBT.Rumors berkaitan peranti bersaiz 5 Inci dari HTC akhirnya menjadi kenyataan.KDDI hari ini akhirnya telah memperkenalkan/mempertontonkan (Unveils) HTC J BUTTERFLY.Dikatakan akan menjadi peranti pertama dengan skrin yang menyokong HD Penuh 1080P.Correct me if im wrong.Dengan PPI hampir mencapai 440,skrin HTC J ini jauh mengatasi skrin Retina pada iPhone 5.

 Walaupun saiz skrinnya tidaklah segedabak Samsung Galaxy Note II dengan 5.5 Inch,skrin HTC J yang bersaiz 'hanya' 5 Inci ini adalah dari jenis Super LCD 3 dengan resolusi 1920 X 1080 yang sangat memukau.Dengan dimensi peranti ini iaitu 143 X 71 X 9.1 mm dan seberat 140g,ianya lebih berat 10 g dan besar sedikit berbanding HTC One X.

 'MonsterPhone' ini akan dikuasakan oleh cip pemprosesan 4-Teras Qualcomm APQ8064 Snapdragon S4 menjadikannya antara ahli baru dalam keluarga peranti SnapDragon s4 Pro.Peranti ini nanti akan menjalankan Android V 4.1 JellyBean dengan 2 GB RAM,16 GB Memori dan pilihan slot kad tambahan.Satu-satunya kelemahan ketara yang dapat dikesan setakat ini pada HTC J ini ialah kapasiti baterinya yang hanya berkapasiti 2020 mAh yang mungkin tidak berapa sesuai digunakan pada peranti dengan skrin yang besar dan processor yang berkuasa agak tinggi.Badannya dust & Waterproof though.

 Lagi Update dan spesifikasi kunci berkenaan HTC J BUTTERFLY ini akan ditambah kemudian..But allow me to say this first.DOUBLE LUCKY Japanese..Dulu Samsung Galaxy SIII Alpha,sekarang HTC J Butterfly ni pulak.Huhu..Oh Ya..Peranti ini hanya akan mula dijual di Jepun pada Disember nanti Oleh KDDI.Samada HTC J ini akan dipasarkan untuk pasaran Malaysia atau tidak masih belum diketahui setakat ini tetapi apa yang positifnya,selepas ini we can expect more phones with stunning screen like this one akan menjengah pasaran.




Sumber Dari Amanz.My

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk