Wednesday 17 October 2012

Video Pergaduhan Pemain-Pemain England Dan Serbia Bawah 21 Tahun

Jurulatih England,Steve Wigley Bertengkar Dengan Pemain Serbia dan Pengurusan Serbia

 ASSALAMUALAIKUM.MEMALUKAN!..Itu sahaja yang boleh Daus komen tentang insiden ini.Well its started with racism chant.Masalah perkauman ini sebenarnya telah lama menjadi duri dalam daging dalam sukan bolasepak malah pernah menumpahkan darah dan meragut nyawa.Untuk itu,badan pengelola Bolasepak terutamanya FIFA mesti mengambil tindakan yang sangat tegas tentang perkara ini atau perkara ini akan berulang pada masa hadapan.Dah sampai masanya untuk pemain-pemain,peminat/penonton dan pihak pengurusan pasukan hanya memfokuskan kepada bolasepak dan tidak melibatkan perkara-perkara lain didalamnya.

[VIDEO PERGADUHAN PEMAIN ENGLAND U-21 DAN SERBIA U-21]



  Mass Brawl ini telah berlaku dalam perlawanan diantara pasukan England Bawah 21 dan Serbia Bawah 21 bagi pusingan kelayakan Piala Eropah Bawah 21 2013.Dalam perlawanan ini,Connor Wickham menjaringkan satu-satunya gol bagi England dan melayakkan mereka ke pusingan akhir tahun hadapan dengan agregat 2-0.Dan pergaduhan ini dikatakan berlaku sejurus selepas Wickham menjaringkan gol tersebut.Danny Rose dikenakan kad merah dalam perlawanan ini.Daus tidak mahu komen lebih-lebih sebab Daus tidak berada disana.Tetapi dilaporkan oleh akhbar bahawa selepas gol tersebut,penyokong2 Serbia mula membaling objek kedalam padang dan memulakan pergaduhan ini.Pergaduhan ini even melibatkan jurulatih dan pasukan pengurusan kedua-dua pasukan..LOL Really?

Sumber dari MIRROR FOOTBALL

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk