Thursday 11 October 2012

Samsung Galaxy Note II Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Galaxy Note II..Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

 Assalamualaikum WBT.Kira-kira 3 jam lepas,Amanz.my melaporkan bahawa Samsung Malaysia telahpun secara rasmi melancarkan peranti/phablet baru dari keluarga Note mereka iaitu Samsung Galaxy Note II untuk pasaran Malaysia.Peranti bersaiz gergasi ini bakal dijual pada 19 Oktober ini di pasaran tempatan dengan harga dikatakan RM 2299 seunit.3 gergasi utama telekomunikasi tempatan juga iaitu Celcom,Maxis dan DiGi dikatakan  turut akan menawarkan peranti terbaru ini bersama pelan masing-masing.

 Antara highlight untuk ahli terbaru note ialah saiz skrinnya yang amatlah besar.Bersaiz 5.5 Inci dengan 267 ppi.Selain itu,Note II juga turut didatangkan bersama bateri yang boleh dikatakan berkapasiti agak besar dengan kapasiti 3100 mAh dan dikuasakan oleh cip pemprosesan Cortex-A19 1.6 GHz.Dari segi sistem operasi pula,Galaxy Note II akan menggunakan Android V4.1 JellyBean,antara yang terbaru.Dari segi kamera,Galaxy Note II dilengkapi dengan kamera belakang 8MP dengan Led Flash dan kamera depan 1.9 MP.Fungsi-fungsi yang terdapat pada Galaxy III juga turut terdapat pada Galaxy Note II ini antara lainnya NFC,Samsung Beam dan fungsi 'Air View' baru untuk stylus.


[SAMSUNG GALAXY NOTE II INTRODUCTION VIDEO]



Untuk spesifikasi kunci 'gergasi' ini.KLIK SINI.Sumber dari Amanz.My

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk