Wednesday 7 November 2012

Lakaran Imej Awal Jyuden Sentai Kyoryuger?

Could This Be..KyoryuRed?

 Assalamualaikum WBT.Gambar diatas dikatakan merupakan imej pertama Jyuden Sentai Kyoryuger yang sekarang sedang bertebaran di internet.Gambar kabur ini menunjukkan imej yang dipercayai akan dikenali dengan nama KyoryuRed kelak.Oh untuk mereka yang tidak membaca entri terdahulu,Jyuden Sentai Kyoryuger adalah Siri Super Sentai akan datang tahun depan menggantikan Siri semasa,Tokumei Sentai Go-Busters sekaligus merupakan siri ke-37 Super Sentai.Seperti dalam rumors-rumors terdahulu,siri kali ini akan bertemakan samada binatang primitif atau dinosaur digital.

 Rumors tambahan berkenaan Kyoryuger menyatakan kemungkinan bahawa mereka (Kyoryuger) akan melakukan debut/kemunculan pertama mereka dalam filem Tokumei Sentai Go-Busters Vs Gokaiger dan bertarung bersama-sama senior mereka sehingga penghujung filem ini.Mereka dikatakan akan bertukar bersama-sama Joe dan Don dari Gokaiger.Filem ini dikatakan akan ditayangkan di Jepun pada Januari 2013.

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk