Saturday 1 June 2013

HTC Mengumumkan HTC One Dengan 'Stock Android'

HTC One Google Edition
 PENGUMUMAN HTC ONE DENGAN STOCK ANDROID OLEH HTC| Assalamualaikum WBT.Jika sebelum ini Samsung telah mengumumkan Galaxy S4 dengan Stock Android dan baru semalam mengumumkan pula Galaxy S4 Mini,HTC jugak tidak mahu ketinggalan mempamerkan sesuatu yang baru semalam.Syarikat yang berpengkalan di Taiwan itu semalam turut akhirnya mengumumkan akan menawarkan model flagship mereka tahun ini,HTC ONE dengan pengalaman 'Nexus'.Pengumuman ini akhirnya mengesahkan beberapa rumours di internet yang mengatakan HTC bakal menawarkan model dengan Stock Android.

 Pun begitu,model HTC One 'dengan pengalaman Nexus' ini hanya di jual di laman Google Play Store dan akan dimulakan jualannya menerusi laman itu di US terlebih dahulu dikatakan pada 26 Jun akan datang.Seperti model-model Nexus lain (walaupun sebenarnya model ini bukanlah termasuk dalam keluarga Nexus),HTC One ini akan didatangkan dengan UI asas Android dan akan menerima kemaskini langsung dari pihak Google sendiri.Dan seperti kebiasaan juga,pengguna model ini nanti akan menerima kemaskini terbaru dari Google lebih cepat berbanding pengguna model HTC One antarabangsa.
Beauty..
 Dikatakan,ketika pelancaran dan penjualannya nanti,model ini akan menjalankan Android V 4.2.2 JellyBean tanpa gangguan Sense UI oleh HTC yang terkenal itu dan kemungkinan besar juga akan dilancarkan tanpa beberapa fungsi/aplikasi menarik yang terdapat pada model antarabangsa/global seperti BlinkFeed,HTC Zoe dan IR Blaster.I bet pengguna atau bekas pengguna HTC Nexus One mesti menyukai model ini nanti.

4 comments:

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk