Saturday 1 June 2013

Pahang Vs Johor Darul Takzim: Preview,Barisan Kemungkinan Dan Link Live Streaming

 LIVE STREAMING PAHANG VS JOHOR DARUL TAKZIM FC 1 JUN 2013| Assalamualaikum WBT.Satu slot final Piala FA Malaysia 2013 telahpun diketahui iaitu dimiliki oleh Pasukan TRW,Kelantan.Pasukan Daus,Terengganu sangat tidak bernasib baik selepas tersingkir di peringkat SF walaupun mempamerkan aksi terpuji di KT baru-baru ini.Dan malam ini pula,satu lagi slot ke final Piala FA akan diburu oleh samada Pahang atau JDT.Perlawanan ini sememangnya akan dijangka sengit dan hangat selepas perlawanan ini sepatutnya berlangsung selasa lalu tetapi terpaksa ditangguhkan kerana isu keselamatan.

  Sudahnya,malam ini FAM memutuskan supaya perlawanan semula antara kedua pasukan ini dilangsungkan di venue berkecuali iaitu Stadium Bukit Jalil,satu kerugian buat Pahang walaupun diperuntukkan dengan lebih banyak tiket nanti.Pahang,walaupun tidak bermain di Darul Makmur dijangka akan menggunakan sepenuhnya kelebihan penyokong yang lebih ramai untuk memadam kelebihan 1 gol yang diperolehi oleh JDT untuk mara ke pentas final kali ini.Khidmat dan sentuhan Matias Conti tetap ditagih Dollah Salleh dan sumbangan Alex dan Gopi sangat diperlukan oleh pasukan Pahang malam nanti.Kemungkinan besar juga,Fauzi Roslan turut akan diturunkan malam ini dan dipasangkan dengan Conti di bahagian serangan Tok Gajah.

 Anak buah Fandi Ahmad pula akan turun dengan semangat tinggi malam nanti selepas berjaya memperolehi satu gol di Larkin pada pusingan pertama temph hari,namun mereka tetap sedar sebarang kesilapan akan membawa padah kepada mereka.Bahagian serangan JDT seperti biasa dikemudi oleh Nunez dan Matyo sambil dibantu Awe dan Ezrie dibahagian Flank dan Andrezinho di jentera tengah.Tugas menjaga gawang pula dijangka terus diberikan kepada Al-Hafiz


BARISAN KEMUNGKINAN PAHANG FA

Yan-Jalal-Stewart-Razman-Shahrizan-Surendren-Amirul-Faizol-Gopi-Alex-Conti.


BARISAN KEMUNGKINAN JOHOR DARUL TAKZIM

Al Hafiz-Ramli-Aidil-Kamarul-Nazri-Ezrie-Jasazrin-Andrezinho-Roya-MatYo-Nunez.



[LIVE STREAMING LINKS PAHANG VS JDT PIALA FA 2013]

*Kick-Off On 8:45PM kalau tidak ditangguhkan lagi XD.Ha Ha


LINK 1  LINK 2  LINK 3  LINK 4  [LINK Dari Ubola Network]


*Jadi oleh kerana Daus dah jadi rakyat Pahang sekarang,Daus sokong Tok Gajah lah ini malam..Amuk Tok Gajah Amuk..HITAM PUTIH TAK AKAN PADAM.

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk