Saturday 26 October 2013

Liverpool Vs West Bromwich Albion : Preview Dan Link Live Streaming

Liverpool Vs WBA..ANFIELD
  LIVE STREAMING BPL LIVERPOOL VS WEST BROMWICH ALBION 26 OCT 2013| Assalamualaikum WBT.Straight to the point,untuk perlawanan ke-9 BPL kali ini,Liverpool akan menerima kunjungan West Bromwich Albion di Anfield.Nampak mudah kan? tidak sebenarnya.2-3 pertemuan dengan WBA sebelum ini menyaksikan persembahan LFC agak gopoh ketika berdepan dengan WBA,mungkin salah satu faktornya disebabkan oleh jurulatih WBA,Steve Clark yang juga merupakan bekas staf kejurulatihan Liverpool ketika dibawah kendalian Kenny Dalglish,2 musim yang lalu.Yang jelas kedua pasukan akan turun dengan misi yang sama tapi berbeza.

  Pasukan Liverpool kendalian Brendan Rodgers semestinya mahu menghapuskan badi kekalahan kepada WBA seterusnya terus memperbaiki kedudukan mereka di dalam Liga.Jadi Rodgers tahu,jika pasukannya berhajat memenangi perlawanan ini,dia perlu memastikan gandingan penyerang berbisanya Suarez-Sturridge menjadi malam nanti.Lucas Leiva dijangka akan kembali mengambil posisinya dihapadan barisan pertahanan selepas penggantungan 1 perlawanannya selesai.Phillipe Coutinho walaupun sudah mula kembali menjalani latihan tetap tidak dapat diturunkan pada perlawanan ini kerana masih belum sepenuhnya dari kecederaan bahu yang dialaminya baru-baru ini.Turut tidak dapat diturunkan oleh LFC ialah Jose Enrique yang masih cedera.Pada masa yang sama,Rodgers mengatakan dia sedar akan kebolehan WBA kerana WBA akan turun ke Anfield dengan rekod 5 perlawanan tanpa kalah  termasuklah menewaskan United di Old Trafford.

  Steve Clark pula kepingin pasukannya berjaya memenangi perlawanan ketiga mereka di Anfield.Pun begitu Clark sedar Liverpool yang akan ditentang pasukannya nanti merupakan pasukan yang sedang berada dalam keadaan terbaik dan dilihat bersemangat untuk terus memungut mata penting.Dia sedar pasukannya nanti akan turun dengan skuad yang agak tempang dengan beberapa pemainnya masih tercedera termasuklah Zoltan Gera,Scott Sinclair,Ben Forster dan George Thorne.
  

[LIVERPOOL FC VS WEST BROMWICH ALBION LIVE STREAMING LINKS]

*Perlawanan akan dimulakan pada jam  10 PM waktu Malaysia.

LINK 1   LINK 2   LINK 3

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk