Saturday 26 October 2013

Barcelona FC Vs Real Madrid CF : Preview Perlawanan Dan Link Live Streaming

El-Classico 27 OCT 2013
 FC BARCELONA VS REAL MADRID CF 'EL_CLASSICO' 27 OCT 2013 LIVE STREAMING| Assalamualaikum WBT.Its finally here.Dianggap sebagai perlawanan yang paling dinantikan oleh jutaan peminat bolasepak dunia,bagi pengikut La-Liga khasnya dan peminat sejagat amnya.Pertembungan 'El-Classico' tahun ini dijangka akan menjadi lebih menarik,lebih intense dan lebih memukau dari sebelumnya.Ini kerana,awal pagi nanti akan menyaksikan aksi sulung pemain termahal dunia ketika ini,Gareth Bale dalam  perlawanan mega ini.Begitu juga halnya dengan pemain superstar FCB,Neymar.Explosive.Kedua-dua jurulatih,Gerrardo Martino dan Carlo Ancelotti juga akan muncul pada El Classico pertama mereka.Lain-lain pemain yang akan turun beraksi dalam El Classico buat kali pertama termasuklah Aiser Illaramendi,Isco Dll.

  Selepas gagal mencapai kemenangan terhadap rival utama mereka selama 2 tahun,FC Barcelona akan menyasarkan untuk berbuat demikian awal pagi nanti lebih-lebih lagi akan bemain di Camp Nou.Kali terakhir The Catalans menewaskan Real ialah pada Disember 2011 dimana mereka bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Real 3-1 di Bernabeu.Turun sebagai satu-satunya pasukan yang belum pernah tewas dalam kancah La-Liga diharap dapat menaikkan semangat anak-anak buah Gerrardo Martino ini.Martino berharap gandingan Messi-Neymar akan menjadi bagi mengimbangi kekuatan Real Madrid awal pagi nanti.

  Real Madrid pula,yang kini berada pada kedudukan ke-3 liga,ketinggalan 3 mata di belakang FCB ingin menewaskan FCB untuk mengejar dan merapatkan jurang dengan pendahulu setakat ini.Walaupun tumpuan lebih terarah kepada dua pemain baru yang akan bertembung buat kali pertama awal pagi nanti,kesudahan perlawanan ini tetap ditentukan oleh 2 pemain terbaik dunia ketika ini,Ronaldo bagi Madrid dan Lionel Messi bagi The Catalans Giants.

[LIVE STREAMING LINKS FC BARCELONA VS REAL MADRID CF]

*Perlawanan ini akan bermula pada Jam 12 AM Waktu Malaysia


0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk