Saturday 2 November 2013

Arsenal Vs Liverpool : Preview Perlawanan Dan Link Live Streaming

Clash Of The Titans..Emirates 
 LIVE STREAMING BPL ARSENAL FC VS LIVERPOOL FC NOVEMBER 2013| Assalamualaikum WBT.Lupakan perlawanan-perlawanan lain kerana pertembungan top of the table antara Arsenal dan Liverpool awal pagi nanti merupakan perlawanan through and through.Clash of The Titans if you're ask me.Pemenang dalam perlawanan ini berpeluang cerah mengetuai carta liga bergantung kepada perlawanan melibatkan Chelsea yang bermula awal.Pertembungan awal pagi nanti juga bakal mempertemukan attacking unit yang paling berbahaya dalam BPL setakat ini.Yang pastinya,kedua-dua jurulatih dan pasukan ini akan mengharungi pertemuan ini sebagai penguat untuk mereka mencabar kejuaraan liga kelak.

  Pasukan tuan rumah,Arsenal pastinya turun melayan kunjungan Liverpool di Emirates dengan kelebihan 2 mata berbanding LFC dan Arsene Wenger percaya itu boleh dijadikan sebagai pembakar semangat kepada anak-anak buahnya yang tentunya ingin kembali menemui rentak kemenangan setelah kalah dalam 2 perlawanan terakhir mereka sebelum ini.Nama-nama seperti Wojciech Szczesny,Per Mertesacker,Olivier Giroud dan Mesut Ozil hampir pasti akan kembali kedalam kesebelasan utama dan Arteta juga boleh kembali diturunkan setelah penggantungan satu perlawanannya selesai.Pun begitu,terdapat ramai lagi pemain Arsene Wenger yang masih tercedera dan ini sedikit sebanyak akan menganggu rentak pasukannya seperti Theo Walcott,Alex-Oxlade,Yaya Sanago,Lukas Podolski,Matheu Flamini dan yang terbaru Jack Wilshere juga akan terlepas perlawanan penting ini.

  Pasukan pelawat pula mendapat khabar berita baik apabila perancang berbakat mereka,Phillipe Coutinho disahkan sempat cergas untuk diturunkan dalam perlawanan awal pagi nanti seterusnya diharap dapat memantapkan lagi barisan hadapan Liverpool.Gandingan SAS seperti biasa akan diandalkan oleh Rodgers untuk membedil pertahanan Arsenal dan harapan Rodgers,kepulangan Cout dapat menajamkan lagi serangan Liverpool.The Reds juga dilihat determine untuk meneruskan rekod baik mereka di Emirates dan turut ingin mengekalkan 'Away Record' mereka yang agak baik.Pun begitu,Brendan Rodgers tidak dapat menggunakan Jose Enrique yang masih cedera.


[LIVE STREAMING LINKS ARSENAL VS LIVERPOOL FC NOV 2013]


*Perlawanan akan bermula pada jam 1:30 AM Malaysia Time.


0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk