Saturday 9 November 2013

Liverpool FC Vs Fulham : Preview Perlawanan Dan Link Live Streaming

Liverpool Vs Fulham, Anfield 9th November 2013
 LIVE STREAMING LIVERPOOL VS FULHAM NOV 2013| Assalamualaikum WBT.Perlawanan BPL terakhir buat masa sekarang sebelum memberi laluan kepada aksi antarabangsa.Perlawanan ke-11 Liverpool musim ini menemukan tuan rumah dengan The Cottagers bimbingan Martin Jol.Yang pasti LFC mahu segera bangkit dari kekalahan kepada Arsenal minggu lepas sementara Fulham pula bertandang ke Anfield berharap dapat memperbaiki kedudukan mereka dalam liga.Sebelum turun menentang Fulham malam nanti,LFC berada di tangga ke-3 sementara Fulham pula berada di kedudukan ke-15.

  Jika LFC menang mlm ini dan Chelsea tidak mendapat 3 mata penuh, mereka akan naik ke tangga ke-2 dan itulah yang difikirkan oleh pengurus, Brendan Rodgers yang inginkan anak didiknya bingkas bangkit dari kekalahan sebelumnya.Untuk itu, Rodgers menyandarkan harapannya kepada gandingan SAS nya terutamanya Daniel Sturridge dapat mengulangi aksinya ketika meledakkan hatrik terhadap lawan sama musim lepas.Pada masa sama, kepulangan Glen Johnson kedalam skuad sangat melegakan hati Rodgers kerana menurutnya Liverpool tempang tanpanya.

  Martin Jol pula bertandang ke Anfield, dengan risiko akan dipecat kerana aksi buruk Fulham setakat ini.Dalam 10 perlawanan sebelum ini,Cottagers hanya mampu menang 3 darinya dan hanya 2 mata diatas zon penyingkiran.Kapten Fulham, Hangeland mungkin akan kembali diturunkan menurut pengendali dari belanda itu tetapi Sascha Riether pula tidak dapat diturunkan kerana penggantungannya.Hugo Rodallega pula masih tercedera dan masih tidak mampu digunakan dalam perlawanan ini.


[LIVERPOOL FC VS FULHAM FC LIVE STREAMING LINKS]


*Kick-Off On 11 PM Malaysia Time

LINK 1   LINK 2   LINK 3

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk