Monday 10 January 2011

Pemain Terbaik Dunia:Anda Rasa Siapa??

  Pasti semua kaki bola diseluruh dunia sekarang ini sedang mencongak-congak siapakah yang akan dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia untuk tahun 2010.Malah tak kurang juga ada yang menjadi nujum bolasepak separuh masa.Beberapa jam dari sekarang,tumpuan dan mata warga dunia terutamanya 'hantu' bola akan tertumpu ke Kongresshaus,Zurich,Switzerland untuk mengikuti dengan penuh minat pengumuman pemenang anugerah paling tinggi dan berprestij dalam sukan bolasepak iaitu anugerah pemain tahunan terbaik,Anugerah FIFA Ballon d'or. Buat pertama kalinya anugerah pemain terbaik tahunan Fifa digabungkan dengan anugerah Ballon d'or kerana sebelum ini kedua-dua anugerah itu setahu saya di anugerahkan secara berasingan.Anugerah berprestij ini akan disempurnakan dalam satu majlis gala seperti tahun-tahun sebelumnya.Selain anugerah pemain terbaik lelaki,anugerah-anugerah lain yang bakal turut disampaikan pada gala tersebut ialah seperti Anugerah Pemain Wanita Terbaik Tahunan,Jurulatih terbaik tahunan lelaki dan wanita,Kesebelasan FIFA/FIFro,Anugerah Puskas[The Puskas Award],Anugerah Presiden FIFA[FIFA Presidential Award],Anugerah Fair Play FIFA,Lev Yashin Award dan sebagainya.Timbul tanda tanya..mampukah pemenang edisi lepas,Leo Messi mempertahankan anugerah yang disandangnya tahun lepas atau rakan-rakan sepasukannya dari FC Barcelona iaitu Xavi Hernandes atau Andreas Iniesta yang akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah baru?.Tak kurang hebat juga
bersaingan untuk merebut anugerah jurulatih tahunan terbaik antara tiga mastermind berpengaruh dalam arena bolasepak dunia iaitu Vicente Del Bosque,Josep Guardiola dan Special One,Jose Maurinho.Sama-samalah kita nantikan.Untuk lebih info lawati website rasmi FIFA

Trio Catalan:Siapa yang akan dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia?

Gambar dari fifa.com

2 comments:

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk