Showing posts with label Highlight. Show all posts
Showing posts with label Highlight. Show all posts

Saturday, 3 November 2012

Vietnam 1-0 Malaysia Highlight [Video Gol Vietnam]

Vietnam-Malaysia

 Assalamualaikum WBT.Just a quick update here.Malaysia sekali lagi tumpas di tangan Vietnam kali ini di Hanoi pula,di Stadium My Dinh.Untuk rekod,prestasi pasukan kebangsaan Malaysia di Hanoi tidaklah berapa baik kerana sejak 1991 kerana Malaysia hanya mampu seri 2 perlawanan dan tewas 2 kali di Hanoi.Gol kemenangan Vietnam tadi telah dijaringkan oleh Trong Huang pada minit ke-74.Harapan Daus adalah supaya Malaysia mampu bangkit dalam 2 lagi siri perlawanan pemanas badan sebelum Kejohanan Piala AFF bermula hujung November ini.

[VIETNAM 1-O MALAYSIA GOAL HIGHLIGHT]



Wednesday, 19 September 2012

Highlight Pilihan Hari Ini: Real Madrid CF 3-2 Manchester City

Real Madrid...Emerge Victorious
  Assalamualaikum WBT..Me again.Sedih sebenarnya sebab tak tengok match yang giler menarik ni semalam.Sempat tengok 20 minit jer lepas tu tido tak tahan sangat mengantuk..Meaning tak sempat tengok satu pun gol dalam game ni..FUUU..Tapi Thank Allah,zaman sekarang ni dah canggih,mudah, tak sempat tengok game tengok highlight jer..apa ada hal..ekekeke.

HIGHLIGHT REAL MADRID CF VS MANCHESTER CITY



  Dalam perlawanan ini,pasukan pelawat,Manchester City yang terlebih dahului memperolehi kelebihan menerusi pemain gantian iaitu Edin Dzeko.Dzeko menjaringkan gol sulung City pada minit ke-69 iaitu kira-kira  5 minit selepas dia dimasukkan.Dia bermain hantaran pendek baik bersama Yaya Toure sebelum menyudahkan hantaran Toure kepadanya untuk memberikan gol pembukaan City.Pun begitu,pertahanan kental Real,Marcelo kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-76 perlawanan.

  Pada minit ke-85,Manchester City sekali lagi berada didepan kali ini menerusi   sepakan percuma menarik Aleksander Kolarov dari luar kotak penalti Real yang gagal diduga oleh Casillas.Malangnya,kelebihan itu tidak bertahan lama bagi City apabila kali ini Karim Benzema pula menyamakan kedudukan bagi Real 2 minit selepas gol Kolarov itu.Untuk seketika,perlawanan ini dilihat akan berakhir dengan keputusan seri,tetapi Cristiano Ronaldo tidak berfikir demikian.Dia membuktikan dia masih akan terus berkhidmat dengan Real Madrid apabila pada minit ke-90 minit perlawanan,hasil dari kekeliruan didepan pintu gol City,dia menghadiahkan gol kemenangan berharga kepada Real Madrid dan membuatkan pasukan pelawat berputih mata pulang dengan tangan kosong.
  

Monday, 10 September 2012

Highlight Pilihan Hari Ini - Indonesia U22 0-1 Malaysia U22 [SCTV CUP 2012]

SCTV CUP 2012

  Assalamualaikum WBT.Terlebih dahulu marilah kita sama-sama mengucapkan penghargaan dan tahniah kita kepada skuad muda,skuad B-22 tahun negara kita yang telah pun berjaya memenangi edisi sulung SCTV Cup 2012 semalam.Skuad Harimau Muda kita telah berjaya memenangi salah satu daripada 2 kategori iaitu kategori skuad pelapis/kategori bawah 22 tahun.Daus memang tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan  pasukan muda kita ini lebih-lebih lagi pasukan ini ditangani oleh jurulatih berkebolehan dan versatil, Ong Kim Swee.


  Walaupun baru edisi sulung,rakyat Malaysia tetap harus berbangga dan mengambil ikhtibar dari kejayaan pahlawan-pahlawam muda kita semalam yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan usaha berterusan.Ha bercakap pasal pahlawan,satu-satunya gol dan juga gol bertuah Malaysia semalam telah dijaringkan oleh K.Reuben, pemain ATM [Angkatan Tentera Malaysia] FC dalam liga perdana beberapa minit sebelum first half tamat.Walaupun sebenarnya banyak lagi peluang untuk menambahkan gol telah berjaya dicipta oleh pasukan pelapis kita ini,gol tambahan gagal dicari tetapi 1 gol dalam kotak penalti itu sudah lebih dari cukup untuk menjadikan skuad Malaysia U22 antara pemenang sulung Piala SCTV Cup ini..Kami sangat-sangat Bangga dengan anda.

Monday, 27 August 2012

Highlight Pilihan Hari Ini - Liverpool FC 2-2 Manchester City

  Assalamualaikum WBT..Bertemu lagi kita untuk segmen higlights pilihan hari ini,semestinya membawakan video highlights perlawanan bolasepak yang tuan tanah rasakan menarik..No questions there..thehehe.As for today,Daus akan kongsikan  video higlights yang Daus suka,melibatkan team fevret Daus LFC menentang Manchester City di Anfield.

  Mari!.Kita bakal menyaksikan video highlight untuk perlawanan yang melibatkan pasukan kegemaran Daus,LFC menentang Manchester City di Anfield semalam.Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.Agak mengecewakan sebenarnya bagi Daus kerana beberapa 'silly' mistakes terutamanya dari pemain2 pertahanan,LFC hanya mampu membawa pulang satu mata ketikamana tiga mana telah begitu hampir untuk dicapai..Hahaha ayat.LFC terlebih dahulu berada didepan pada minit ke 34 apabila sepakan sudut dari Gerrard ditanduk laju oleh Martin Skrtel untuk gol pembukaan LFC.Separuh masa pertama berakhir dengan LFC didepan 1-0.


  Sejam perlawanan berlangsung barulah City mampu membalas apabila Yaya Toure menyudahkan peluang yang terhidang dikakinya untuk gol penyamaan city pada minit ke 63 perlawanan.3 minit kemudian,hasil satu sepakan percuma cantik yang melencong melepasi benteng,Luis Suarez kembali meletakkan LFC didepan.Ketika mana LFC dilihat bakal pulang dengan mata penuh,Martin Skrtel melakukan satu kesilapan mudah apabila back pass nya kepada penjaga gol terlalu lemah dan disambar Tevez untuk gol penyamaan kali kedua bagi City.Sudahnya perlawanan ini berkesudahan dengan seri dan kedua-dua pasukan membawa pulang satu mata sahaja.What a shame.Perlawanan seterusnya bagi LFC ialah menentang Arsenal.Harap dapatlah menang di sana..keh3

Monday, 20 August 2012

Highlights Pilihan Hari Ini - Man City 3 - 2 Southampton & Barcelona 5 - 1 Real Sociedad

  Assalamualaikum WBT..Bersua lagi kita di pagi raya kedua ini.Hehehe.Musim perayaan [Baca:aidilfitri] tahun ini sama rancak dengan musim bola sepak dunia.Bayangkan malam raya pertama sahaja pun BPL start dan semalam beberapa lagi perlawanan-perlawanan mendebarkan telah berlangsung seputar dunia di BPL,Spanish La Liga dan France Ligue 1 musim baru.Untuk lain2 match yang Daus tidak kongsikan highlightnya di sini,Chelsea menang 2-0 menentang Wigan ditempat lawan, Real Madrid seri 1-1 dengan Valencia dan kelab berbelanja besar France,Paris Saint Germain,PSG hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Ajjacio membenarkan teori bahawa duit semata-mata tidak mampu membuahkan kejayaan singkat.Berikut ialah video-video highlight pilihan Daus: 


m-s footyroom.com by footyroom


  Dalam perlawanan yang berlangsung di Etihad Stadium ini,pendatang baru BPL musim ini,Southampton atau dipanggil dengan 'the saints' memberikan saingan kepada penyandang juara sebelum tewas terhormat 2-3 kepada pasukan tuan rumah Man City.Perlawanan ini juga turut disaksikan oleh pengurus Liverpool Fc kerana selepas ini LFC akan bertemu Man City di Anfield.David Silva mensia-siakan peluang untuk meletakkan City didepan pada minit ke-17 perlawanan apabila dia gagal menyempurnakan penalti yang diberikan kepada pasukan City.Walaubagaimanapun City tetap berada didepan pada minit ke-40 apabila Carlos Tevez berjaya melepasi perangkap offside defender saint dan melepaskan low drive untuk gol pertama City.The saint membalas menjadikan kedudukan 1-1 menerusi penjaring utama mereka,Ricky Lambert pada minit ke-59.Southampton juga sempat mendahului perlawanan apabila pada minit ke-68,S.Davis meletakkan Southamton didepan selepas satu kombinasi play yang baik antara dia dengan teamatenya.4 Minit kemudian hasil satu sepakan sudut,Dzeko berjaya menghidu peluang untuk menyamakan kedudukan 2-2.Gol kemenangan City telah dijaringkan oleh Nasri yang tidak dikawal didalam kotak penalti dan meraikan jaringannya dengan memaparkan baju layer yang bertulisan Eid-Mubarak mungkin dia bermaksud mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh umat islam.


Barcelona - Real Sociedad footyroom.com by footyroom


  Tidak seperti seteru utama mereka,Real Madrid yang hanya mampu seri pada opening fixture La-Liga musim baru,FC Barcelona surely serious untuk memulakan kempen merampas kembali takhta La-Liga dari Madrid dengan melakarkan kemenangan selesa 5-1 keatas Real Sociedad.Perlawanan ini juga merupakan perlawanan kompetitif/liga pertama Barca dibawah kendalian jurulatih baru,Tito Vilanova.Dan judge from the match result,Tito somehow do it right malahan dengan bergaya.Pesta gol kecil-kecilan Barca dimulakan oleh kapten FCB yang baru pulih dari kecedaraan,Carles Puyol pada hasil dari satu sepakan sudut yang ditanduk kemas Puyol.Team Barca kaget seketika apabila pada minit ke-9 Real Sociedad membalas menerusi G.Castro.Come Messi,FC Barcelona berada didepan 3-1 dengan 2 gol Messi dalam masa hanya kira-kira 6 minit iaitu pada minit ke-11 dan ke-16.Bukanlah sesuatu yang pelik bagi Messi melakukan sedemikian kerana its is just his style of play and his prowess.4 minit sebelum separuh masa pertama tamat.Pedro Rodriguez juga tidak mahu terlepas untuk menyumbangkan gol kepada kelab Catalan ini menjadikan kedudukan 4-1 Barca selesa mendahului.David Villa,yang berehat panjang musim lalu mengakhiri pesta gol Barca pada minit ke-84 permainan sekaligus mengumumkan kepulangannya di La-Liga.

Wednesday, 8 August 2012

Highlights Pilihan Hari Ini - Separuh Akhir Bolasepak Lelaki Olimpik London 2012

  Assalamulaikum WBT.So bertemu lagi kita..aktif betul Daus blogging sekarang..Keh3.So untuk kedua-dua game separuh akhir semalam,yang ini dan yang ini juga,ramalan dan harapan Daus tak ada satu pun yang dipenuhi..sob2..Jepun U-23 tewas kepada Mexico U-23 1-3 manakala Korea Selatan U-23 pula dibelasah Brazil U-23 0-3..Jadi Untuk final bolasepak olimpik lelaki nanti yang dijadualkan pada 11  ogos akan datang,Mexico U-23 akan menentang Brazil U-23 bagi menentukan siapa pemilik pingat emas untuk edisi kali ini.

Highlight separuh akhir 1 [ Mexico U-23 Vs Japan U-23 ]


m 3-1 j by footyroom


  Japan yang dijangka memberi saingan sengit dalam perlawanan ternyata tidak mampu mengekang kehebatan pasukan dari amerika tengah ini.Walaupun sebenarnya pada satu ketika Japan mendahului dengan 1-0 hasil jaringan Otsu seawal minit ke 12 permainan lagi,mereka tidak mampu mengekalkan fokus dan membenarkan lawan mereka mendapat 3 gol hasil jaringan M.Fabian (31'),O.Peralta (65') dan J.Coates pada minit akhir perlawanan.Mexico U-23 menang keatas Japan U-23 dengan keputusan 3-1.

Highlight separuh akhir 2 [ South Korea U-23 Vs Brazil U-23]


K-B footyroom.com by

  Kombinasi Neymar-Damiao-Oscar ternyata berada pada kelas tersendiri dan sukar digugat oleh pemain-pemain Korea Selatan walaupun to be fair pada awal permainan Korea lebih dahulu mengancam kubu Brazil dengan beberapa percubaan bahaya.Neymar dalam perlawanan ini lebih banyak bertindak sebagai playmaker dan feeder manakala Damiao akan menyudahkannya.3 gol Brazil dijaringkan oleh Romulo,38' dan damiao,57' dan 64'.Seandainya Brazil U-23 mampu mengekalkan corak permainan seperti mana yang telah ditunjukkan dalam perlawanan ini,mereka bolehlah dianggap firm favourite untuk memenangi pingat emas bolasepak olimpik buat pertama kalinya dalam sejarah penglibatan mereka dalam Olimpik.

Wednesday, 1 August 2012

Highlight Pilihan Hari Ini - Team GB U-23 1-0 Uruguay U-23

 To be truth tak tgok pun game ni.Hahaha..Saje buat2 macam tengok..Boleh sambung melalut kat sini ha..keh3.Sebab letak highlight ni kat sini? ha sebab ada dua pemain Liverpool FC main untuk kedua-dua negara ni,Great Britain dan Uruguay dalam acara bolasepak Olimpik tahun ini.Graig Bellamy mewakili pasukan Team GB manakala forward LFC,Luis Suarez bermain dengan Uruguay Olympic Team.Kedua-duanya sama,mewakili pasukan masing2 sebagai salah seorang pemain lebih usia yang dibenarkan dalam pasukan dan yang pastinya Suarez lah lebih muda..Err.Buang masa jer..Jom layan video highlights game semalam..Meh..


в-у footyroom.com by 


  Fascinating sebenarnya melihat dua rakan sepasukan di Liverpool bertembung sesama sendiri dalam game antara negara seperi summer olimpik ni.Daus sendiri berharap kedua-dua team ni layak ke suku akhir dan pergi jauh tapi ternyata nasib lebih memihak kepada Graig Bellamy bersama Team GB..Poor Suarez.Banyak jugak percubaan menarik dari Suarez dan Uruguay cuma Team GB was the better team that night.Gol Team GB dijaringkan oleh Daniel Sturridge pada minit ke-45 yang melayakkan Team GB ke peringkat suku akhir dan dijangka akan bertemu pasukan Korea Selatan U-23 pada QF nanti.Satu lagi pasukan yang layak dari kumpulan A ini ialah Pasukan U-23 Senegal yang berjaya menduduki tempat kedua dalam kumpulan.Uruguay U-23 gagal mara setelah hanya setakat berpuas hati di tempat ketiga pada peringkat kumpulan.Ah dan ada pesta kad kuning semalam yang menyaksikan 7 kad kuning telah dilayangkan 2 untuk pemain Team GB dan 5 kepada pemain Uruguay.


Terbaik Dari Busuk