Showing posts with label Neymar. Show all posts
Showing posts with label Neymar. Show all posts

Wednesday, 8 August 2012

Highlights Pilihan Hari Ini - Separuh Akhir Bolasepak Lelaki Olimpik London 2012

  Assalamulaikum WBT.So bertemu lagi kita..aktif betul Daus blogging sekarang..Keh3.So untuk kedua-dua game separuh akhir semalam,yang ini dan yang ini juga,ramalan dan harapan Daus tak ada satu pun yang dipenuhi..sob2..Jepun U-23 tewas kepada Mexico U-23 1-3 manakala Korea Selatan U-23 pula dibelasah Brazil U-23 0-3..Jadi Untuk final bolasepak olimpik lelaki nanti yang dijadualkan pada 11  ogos akan datang,Mexico U-23 akan menentang Brazil U-23 bagi menentukan siapa pemilik pingat emas untuk edisi kali ini.

Highlight separuh akhir 1 [ Mexico U-23 Vs Japan U-23 ]


m 3-1 j by footyroom


  Japan yang dijangka memberi saingan sengit dalam perlawanan ternyata tidak mampu mengekang kehebatan pasukan dari amerika tengah ini.Walaupun sebenarnya pada satu ketika Japan mendahului dengan 1-0 hasil jaringan Otsu seawal minit ke 12 permainan lagi,mereka tidak mampu mengekalkan fokus dan membenarkan lawan mereka mendapat 3 gol hasil jaringan M.Fabian (31'),O.Peralta (65') dan J.Coates pada minit akhir perlawanan.Mexico U-23 menang keatas Japan U-23 dengan keputusan 3-1.

Highlight separuh akhir 2 [ South Korea U-23 Vs Brazil U-23]


K-B footyroom.com by

  Kombinasi Neymar-Damiao-Oscar ternyata berada pada kelas tersendiri dan sukar digugat oleh pemain-pemain Korea Selatan walaupun to be fair pada awal permainan Korea lebih dahulu mengancam kubu Brazil dengan beberapa percubaan bahaya.Neymar dalam perlawanan ini lebih banyak bertindak sebagai playmaker dan feeder manakala Damiao akan menyudahkannya.3 gol Brazil dijaringkan oleh Romulo,38' dan damiao,57' dan 64'.Seandainya Brazil U-23 mampu mengekalkan corak permainan seperti mana yang telah ditunjukkan dalam perlawanan ini,mereka bolehlah dianggap firm favourite untuk memenangi pingat emas bolasepak olimpik buat pertama kalinya dalam sejarah penglibatan mereka dalam Olimpik.

[South Korea U-23 Vs Brazil U-23] Separuh Akhir 2 Bolasepak Lelaki Olimpik London 2012 - Preview Dan Link Live Streaming

  Assalamualaikum WBT.Kira-kira sejam selepas Separuh akhir pertama antara Mexico U-23 menentang Japan U-23 tamat (Tidak termasuk waktu tambahan),pertembungan antara Korea selatan U-23 menentang pasukan 'star-studded' Brazil U-23 pula akan berlangsung yang mana perlawanan ini merupakan perlawanan separuh akhir kedua acara bolasepak lelaki untuk kejohanan Olimpik kali ini.Perlawanan separuh akhir 2 ini dijadualkan sepakmulanya pada kira-kira jam 2:45 pagi waktu Malaysia yang akan mengambil tempat di Old Trafford,Manchester.Frankly speaking Daus sendiri prefer Korea untuk mara ke possible All-Asian Team final tapi who knows,Brazil bukanlah lawan mudah bagi Oppa2 ni :P..Oppa #GangnamStyle la Hahaha.Tak mahu sembang kencang,terus kita ke sedikit preview dan route to semifinal bagi kedua-dua semifinalist ini.Heh

Perjalanan skuad Korea Selatan U-23 ke peringkat separuh akhir:

Diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama Mexico,Gabon dan Switzerland,pasukan Korea ini berjaya mendapat 5 mata pada peringkat ini seterusnya menempatkan mereka di tempat kedua di belakang juara kumpulan,Mexico.Pada perlawanan pembukaan kump B,Korea seri 0-0 dengan Mexico begitu juga perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Gabon,mereka seri juga dengan skor 0-0.Satu-satunya kemenangan yang berjaya diperolehi oleh Korea ialah pada perlawanan keempat peringkat kumpulan menentang Switzerland yang mana mereka menang 2-1 dalam perlawanan tersebut.Ayat skema habis heh.Seterusnya mereka terpaksa berhempas pulas menewaskan pasukan tuan rumah iaitu pasukan Great Britain U-23 menerusi sepakan penanti 5-4 sebelum mara ke peringkat separuh akhir ini.Players to watch: Park Chu-Young,Ki Seung Yeung dan Ji Dong Woon.

Ki Seung Yeung..Hensem >.<

Perjalanan skuad Brazil U-23 ke peringkat separuh akhir :

Brazil,seperti dijangka mudah melepasi peringkat kumpulan dimana mereka memenangi kesemua tiga perlawanan dalam kumpulan C,mengumpul mata maksimum 9 mata dari 9 possible points.Hanya pada perlawanan pertama sahaja mereka mendapat tentangan sengit di mana mereka menang 3-2 menentang Egypt.Baki 2 perlawanan peringkat kumpulan,mereka menang mudah 3-1 keatas Belarus dan 3-0 keatas New Zealand seterusnya melayakkan mereka ke peringkat suku akhir menentang naib juara kumpulan D iaitu pasukan Honduras U-23.Pada peringkat suku akhir, 2 gol dari Leandro Damio dan 1 gol penalti Neymar sends Brazilians to semifinal selepas berjaya menewaskan 9-mens Honduras 3-2.Players to watch : Terlalu banyak seperti Neymar,Damio,Oscar dan Hulk to name afew.

Neymar (Kiri) dan Oscar

STREAMING LINKS [Kick-off jam 2:45 pagi waktu Malaysia] :

Link 1  Link 2  Link 3  Link 4  Link 5

Terbaik Dari Busuk