Showing posts with label Kamen Rider Fourze. Show all posts
Showing posts with label Kamen Rider Fourze. Show all posts

Thursday, 1 November 2012

Trailer Penuh Kedua Movie War ULTIMATUM

 Assalamualaikum WBT.Setelah semalam Daus kongsikan trailer pendek kedua bagi Kamen Rider X Kamen Rider Wizard & Fourze: Movie War ULTIMATUM Disini,ini pula merupakan versi penuh bagi trailer kedua tersebut.Terdapat lagi preview babak tambahan dalam trailer  ini dan yang paling menariknya ialah babak 6 Kamen Rider bersama motor/bike masing-masing which is a badass scene iaitu Kamen Rider W,Fourze,Wizard,Meteor,OOO dan Birth.AWESOME

BADASS!




 Filem team up tradisi antara Kamen Rider ini dijadualkan menjengah pawagam Jepun pada 8 Disember 2012 nanti..Looking forward to it..ITS SHOWTIME

Wednesday, 31 October 2012

Trailer Kedua Kamen Rider Movie War ULTIMATUM

MOVIE WARS ULTIMATUM

 Assalamualaikum WBT.Setelah baru-baru ini,trailer penuh pertama bagi filem Kamen Rider  X Kamen Rider Wizard & Fourze: Movie War Ultimatum telah direleasekan,ini pula merupakan bahagian kedua/trailer kedua bagi filem tersebut.Trailer pendek kali ini features babak-babak baru melibatkan villains yang bakal menghuru-harakan filem ini iaitu Patrine dan Sannagiman.




 Babak-babak henshin Kamen Rider Nadeshiko,Fourze,Wizard dan Meteor juga turut dipreviewkan.Sedikit info tambahan,dikatakan tidak kurang dari 8 Kamen Rider kesemuanya yang bakal melakukan kemunculan dalam Movie Taisen Ultimatum.

Tuesday, 9 October 2012

KAMEN RIDER X SUPER SENTAI: SUPER HERO WARS RAW

Super Hero Taisen

 Assalamualaikum WBT.Setelah hampir 6 bulan lamanya menunggu,akhirnya kita dapat menyaksikan peperangan bukan antara negara-negara bergolak tetapi antara super hero.Filem ini merupakan filem cross-over antara siri super hero Jepun yang terkenal iaitu Kamen Rider dan Super Sentai.Ketika mula ditayangkan,Super Hero Taisen sempat mengungguli carta kutipan box-office di Jepun dengan kutipan sekitar 410038450 Yen dengan penonton berjumlah lebih kurang 355,985 orang penonton.




  Dalam filem ini,Kamen Rider Club [Kamen Rider Fourze] mendapat info bahawa angkatan Dai-Zangyack Baru sedang menuju ke bumi.Tetapi sekarang angkatan tersebut diketuai oleh Kapten Marvelous dari Gokaiger sebagai Great Emperornya.Dia sekarang berhasrat untuk mendapatkan kuasa hebat Kamen Rider dan harta karun terhebat di alam semesta.Twisted mind.

  Pada masa yang sama,Tsukasa Kodoya [Kamen Rider Decade] pula menjadi Great Leader bagi Dai-Shocker kembali merekrut musuh-musuh Kamen Rider yang lalu dengan tujuan untuk mengalahkan Team Super Sentai.Walaubagaimanapun,sesuatu yang diluar jangkaan telah berlaku dan menyebabkan bumi berada dalam keadaan bahaya..apakah yang berlaku seterusnya? apakah Team Kamen Rider dan Team Super Sentai akan kembali bersatu akhirnya..Sama-samalah kita saksikan.



*Terima kasih kepada WaiKit yang telah memuatnaik video ini.

*Once versi filem ini yang telah siap disubkan direleasekan..Daus akan update lagi..hehe

Saturday, 6 October 2012

Trailer Penuh Kamen Rider Movie War ULTIMATUM

 Assalamualaikum WBT.Laman Web rasmi untuk filem kolaborasi Kamen Rider akan datang,Kamen Rider X Kamen Wizard & Fourze: Movie War ULTIMATUM telah mula menyiarkan full length trailer bagi filem berkenaan.Berbeza dengan trailer pertama yang agak kabur dan kurang jelas,trailer terkini ini lebih memuaskan dan mampu memberi gambaran kasar tentang filem ini nanti.
Movie War ULTIMATUM

[KAMEN RIDER MOVIE WAR ULTIMATUM FULL LENGTH TRAILER]



  Sekadar maklumat tambahan,Kamen Rider terdahulu seperti Kamen Rider OOO dan Kamen Rider W dikatakan akan turut muncul dalam filem ini nanti.Beserta Second Rider masing-masing Kamen Rider Birth dan Kamen Rider Accel menjadikan kesemua 8 Kamen Rider berlainan akan beraksi dalam filem team-up ini termasuklah 4 riders terdahulu : Wizard,Fourze,Meteor dan Nadeshiko.Selain itu juga,menurut JeFusion.Com,musuh yang pernah muncul dalam siri tokusatsu klasik iaitu Zatan,Iiru dan Gaara berdasarkan Akumaizer 3 turut akan membuat kemunculan mereka..Tetapi untuk filem ini mereka akan dikenali sebagai 'The Devil' untuk Great Monster Army.Dikatakan mereka dibangkitkan semula dan akan menggunakan kuasa underworld untuk membangkitkan kembali musuh-musuh yang telah dibinasakan oleh Kamen Riders.

Sunday, 30 September 2012

Trailer Pertama Kamen Rider Movie War ULTIMATUM

  Assalamualaikum WBT.Serentak dengan pengumuman KAMEN RIDER X KAMEN RIDER WIZARD & FOURZE: MOVIE WAR ULTIMATUM baru-baru ini,trailer awal pendek berkaitan filem team-up antara Kamen Rider Wizard dan Kamen Rider Fourze itu telahpun direleasekan..Tidak seperti Teaser di laman web rasmi movie-taisen sebelum ini,trailer ini menunjukkan sedikit sneak peak dari Filem yang dijangkakan tayangan di Jepun pada 8 Disember nanti.
Movie Taisen Kitaaa
[Trailer Pertama Movie War ULTIMATUM]



  Filem tradisi Kamen Rider yang akan datang ini akan diarahkan oleh Koichi Sakamoto (Kamen Rider Fourze) dengan screenplay akan disiapkan oleh Yoshio Urasawa (Kaizoku Sentai Gokaiger) dan Kazuki Nakashima (Kamen Rider Fourze).Seperti yang dipaparkan dalam trailer tersebut,tarikh tayangan bagi movie war ini adalah pada 8 Disember nanti.Untuk beberapa info awal dan gambaran awal mengenai filem ini..KLIK SINI

Thursday, 27 September 2012

Kamen Rider X Kamen Rider Wizard & Fourze: Movie Wars Ultimatum!

  Assalamualaikum WBT..Finally its here.Tajuk rasmi bagi filem cross-over antara Kamen Rider Wizard dan Kamen Rider Fourze telahpun didedahkan.Menurut edisi terbaru majalah Telebi-Kun,movie-taisen tahun ini akan di beri nama KAMEN RIDER X KAMEN RIDER WIZARD & FOURZE: MOVIE WARS ULTIMATUM dan dijangkakan tayangannya pada Disember nanti.Dalam edisi terbaru majalah tersebut juga,the very first detail tentang filem tersebut telah didedahkan.Tetapi sebenarnya teaser pendek mengenai filem ini telah  lama didedahkan di Official Website Movie Wars ketika penayangan filem musim panas KR Fourze baru-baru ini.

2012 Movie Wars
 Bahagian pertama dalam movie-taisen akan datang ini ialah mengenai Kamen Rider Fourze.Bahagian ini akan mengambil tempat 5 tahun selepas siri Kamen Rider Fourze tamat.Anda pasti tidak percaya jika Daus katakan Kisaragi Gentaro kembali dalam movie ini sebagai seorang CIKGU..Yes you better believe it.Ahli-ahli Kamen Rider Club yang lain juga telah membawa haluan masing-masing: Yuuki berjaya juga menjadi angkasawan,Kengo menjadi Saintis dan Ryuusei pula telah menjadi egen Interpol FTW.Selain itu,Kamen Rider Nadeshiko juga dijangka akan turut muncul kembali dalam filem selain Inga Blink yang akan muncul membantu Ryuusei.Villain bagi bahagian Fourze ini ialah Sanagiman dari siri Inazunaman yang mempunyai kekuatan luar biasa dan badan yang keras dan kebal dari segala serangan.

Gentaro As A Teacher..Really?
  Untuk bahagian Kamen Rider Wizard pula,tidak banyak yang telah diketahui setakat ini.Apa yang diketahui setakat ini ialah Kamen Rider Wizard/Haruto akan dicabar oleh Patrine dari Pretty Mask Patrine untuk berlawan magik (Magikal Duel).Pasti menarik untuk ditonton.

Patrine Mencabar Wizard For A Magical Duel 
  Dan scan terakhir dari majalah tersebut juga menunjukkan kemungkinan kewujudan satu lagi Zodiarts yang dikenali sebagai Heracles Zodiarts.Apakah motif zodiarts ini dan siapakah pula individu disebalik Heracles Zodiarts ini masih menjadi tanda tanya buat masa sekarang.I Guess we have to watch that movie to know the truth huh?.Mungkin ini hanya rumors awal sahaja..So just wait for it..hehee

Heracles Zodiarts Bersama Sanagiman


Sunday, 9 September 2012

Kamen Rider Wizard : First Official Opening Video Streamed

Wizard's Title
  Assalamualaikum WBT.Jika sebelum ini Daus pernah postkan apa yang Daus fikir merupakan opening (OP) bagi siri Kamen Rider Wizard,turn to be video opening itu hanyalah untuk episod pengenalan siri baru Kamen Rider itu sahaja.Dan ini pula merupakan first official opening bagi Kamen Rider Wizard yang juga masih featured single berjudul "Life Is ShowTime" dari salah seorang ahli band rock Jepun,Golden Bomber yang bernama Shou Kiryuuin itu.Seperti yang Daus telah nyatakan sebelum ini,full version untuk single tersebut hanya akan direleasekan di Jepun pada 17 Oktober nanti mengikut perancangannya.Dan sepertinya harapan Daus untuk melihat opening yang lagi awesome dari opening episod pertama di entri ini dahulu telah tercapai.Its indeed lebih awesome..ITS SHOWTIME!.Credit goes to Jefusion.com



Monday, 3 September 2012

Kamen Rider Wizard : First Episode Opening Video Released

  Assalamualaikum WBT.Kemain rajin yer Daus update blog sekankang kera ni sekarang.Heh.Yela skop tengah banyak and nanti takut2 line buat problem lagi.GRR.Berikutan tayangan perdana episod 1 Kamen Rider Wizard yang awesome itu,disini merupakan opening video/opening sequence bagi siri Kamen Rider ini(Bagi episod 1 sahaja).Lagu tema untuk siri Kamen Rider 2012-13 ini ialah single yang berjudul "Life Is Show Time' telah disumbangkan oleh Shou Kiryuuin,salah seorang ahli kumpulan Rock terkenal Jepun,Golden Bomber.Walaubagaimanapun full edition untuk single ini masih belum direleasekan dan hanya dijadualkan releasenya pada 17 Oktober nanti di Jepun sana.



  Walaupun sebenarnya opening bagi siri Kamen Rider terbaharu ini tidaklah sehappening opening Kamen Rider Fourze sebelumnya,ianya tetap memberikan that 'Epic' feel,sesuai dengan tema siri KR kali ini iaitu Magik.Lagi pula,masih terlalu awal untuk menilainya,manalah tahu nanti akan ada opening lain yang lagi awesome dari OP KR Fourze.I hope so =).Untuk official opening boleh klik DISINI Credit goes to JeFusion.com

Kamen Rider Wizard : Episode 2 Preview

  Assalamualaikum WBT.Berikutan penyiaran episod sulung siri baru kamen rider,Kamen Rider Wizard semalam.Preview untuk episod 2 telah ditayangkan.Episod 2 Kamen Rider Wizard ini berjudul 'I Want To Be A Wizard'.Untuk episod ini,ketika Haruto/KR Wizard sedang deal dengan Hellhound Phantom,seorang orang awam,Shunpei Nara melihat Wizard beraksi dan terus ingin menjadi anak didik Haruto seterusnya berhasrat menjadi Wizard juga.Episod 2 ini dijadualkan tayangannya di Jepun pada ahad depan,9 September.



Monday, 27 August 2012

Kamen Rider Fourze Final Episode English Subbed

  Assalamualaikum WBT.Ada penggemar siri Kamen Rider/Masked Rider tak kat sini? ada? bagus-bagus.Dah tengok dah episod akhirnya? belum? bagus jugak..Meh-meh tengok sini,siap dengan english sub dari Over-time.Dalam episod akhir ini,Kengo menyerahkan sepucuk surat kepada Yuuki untuk melancarkan perang habis-habisan kepada Saggitarius Horoscopes yang telah mencapai bentuk Nova.Surat dari Kengo ini telah menyebabkan Gentaro/Fourze dan Kamen Rider Club bersemangat untuk bertarung dalam perlawanan terakhir dengan Saggitarius Nova.

 Dalam episod ini juga,nasib/kesudahan Leo Zodiarts juga turut diketahui selepas pertarungannya dengan Kamen Rider Meteor.Selebihnya,Gentaro sangat bersedia untuk menentang Saggitarius Nova sekaligus membalas dendam keatas kematian Kengo.Apakah kesudahan siri ini? adakah akhirnya Gentaro dapat menghapuskan Horoscopes dan Zodiarts,ketahuinya dibawah ini =P



Sunday, 26 August 2012

Kamen Rider Wizard : Episode 1 Preview

  Assalamualaikum..Dengan berakhirnya siri kamen rider semasa,Kamen Rider Fourze pada hari ini,preview episod sulung untuk siri baru kamen rider iaitu Kamen Rider Wizard telahpun ditayangkan pada ending credit kamen rider Fourze episod akhir hari ini.Episod sulung Kamen Rider Wizard ini akan ditayangkan Ahad depan [2/9/2012] di Jepun dengan tajuk viz englishnya 'The Ringed Wizard'.

Sedikit Preview episod 1 Kamen Rider Wizard :

"Apabila makhluk2 pelik mula menyerang Toriizaka,makhluk2 tersebut telah berhadapan dengan seorang lelaki yang mempunyai cincin dan tali pinggang yang pelik yang menyebut dirinya sebagai 'Wizard'.Souma Haruto menerima tali pinggang 'WizarDriver' daripada seorang 'white sorcerer' yang tidak dikenali dan Haruto ditugaskan menjadi Wizard dan menghapuskan 'phantoms' yang lahir dari satu acara ritual gerhana matahari.

Dan berikut merupakan video preview awal episod 1 Kamen Rider Wizard.Enjoy..ITS SHOWTIME :)



Psst..Can't wait for this series..Look awesome already.=)

Monday, 20 August 2012

Kamen Rider Wizard : 2nd HD TV Promo Streamed [English Subbed]

  Assalamualaikum WBT..kalau lebih kurang seminggu yang lepas,trailer/tv promo pertama untuk siri baru kamen rider yang akan datang.Kamen Rider Wizard telah direleasekan,Kini menyusul pula TV promo kedua yang berdurasi hanya sekitar 16 saat sahaja.Semakin hampir dengan tayangan perdananya pada 2 september ini,ada baiknya,kita (penggemar siri kamen rider =P) melihat/menikmati sedikit sneak peak aksi hero kita yang akan datang ini.Kali ini dengan English Sub..Enjoy Yaw =)

ITS SHOWTIME: 



  Menarik bukan? semakin tidak sabar menantikannya dan tidak sabar jugak menantikan finale siri kamen rider semasa,Kamen Rider Fourze pada ahad minggu depan.Gyeah =P

Terbaik Dari Busuk