Showing posts with label JYUDEN SENTAI KYORYUGER FIRST RUMORS. Show all posts
Showing posts with label JYUDEN SENTAI KYORYUGER FIRST RUMORS. Show all posts

Thursday, 11 October 2012

Kyoryuger Mecha/Zord Goes Digital?

Could This Be...KyoryuREd?
  
   Assalamualaikum WBT.Macam inilah Daus kalau musim bola lebih tepat lagi BPL cuti memang payah sikit nak up entri.Daripada terbiar sahaja baik Daus kongsikan sedikit update yang tidaklah berapa baru berkaitan dengan siri Super Sentai akan datang,JYUDEN SENTAI KYORYUGER.Jika rumors awal yang pernah Daus kongsikan dulu mengaitkan Kyoryuger dengan dinosaur/binatang purba,ini pula sedikit update berkaitan perkara itu.

  Dikatakan nanti,Yoshio Urasawa,ketua penulis skrip (Head Writers) untuk Gekisou Sentai CarRanger,Bakuryuu Sentai AbaRanger dan Digimon Adventures bakal sekali lagi mengetuai pasukan penulisan skrip untuk Jyuden Sentai Kyoryuger ini.Jadi besar kemungkinan teman/partner beast untuk Kyoryuger kelak adalah berbentuk Digital.Rumors lain pula memberikan sedikit gambaran tentang latar belakang siri ini kelak.Siri ini kelak secara kasarnya akan berkisar tentang bagaimana Dinosaur terbabit boleh menyelamatkan diri mereka disebuah pulau dan terdapat 3 organisasi yang ingin menggunakan/mendapatkan kuasa mereka.

  Jika tiada aral melintang,Jyuden Sentai akan ditayangkan pada bulan Feb/Mac tahun depan sejurus tamatnya siri Super Sentai semasa,Tokumei Sentai Go-Busters.Dan seperti biasa,imej atau konsep awal bagi upcoming Super Sentai team ini bakal muncul penghujung tahun nanti..Wait for it.Dan ini pula dikatakan barisan-barisan Dinosaur yang bakal muncul dalam siri ini beserta possible Kyoryuger Color:

RED - Tyrannosaurus

BLUE -Plesiosaurus

YELLOW -Brachiosaurus

BLACK -Triceratops

WHITE -Pteranodon

  
Hurm quite different from first rumors.Dah nama pun rumors kan..Stay tuned for additional updates/informations.Sumber dari JeFusion

Wednesday, 12 September 2012

Rumors Awal Mengenai Jyuden Sentai Kyoryuger

Another Dinosaur-Based Sentai Series,Bakuryuu Sentai Abaranger
 Assalamualaikum WBT..Selepas disahkan minggu lepas bahawa siri Super Sentai tahun hadapan akan dikenali dengan title Jyuden Sentai Kyoryuger,yang juga merupakan siri super sentai yang ke-37 pernah dihasilkan,kini khabar angin/rumors awal mengenai siri ini telah didedahkan.Walaubagaimanapun anda semua/penggemar tokusatsu khasnya diminta jangan mengambil serius mengenai rumors ini kerana buat masa sekarang ini,masih belum terdapat sebarang publishing atau imej jelas yang menunjukkan rupa sebenar team super sentai akan datang ini.

 Apa yang boleh dipastikan ketika ini ialah siri Jyuden Sentai ini akan mula ditayangkan di Jepun sekitar Februari/Mac tahun hadapan selepas berakhirnya siri sentai semasa ,Tokumei Sentai Go-Busters.Jika sebelum ini,rumors lain mengatakan siri ini akan bertemakan dinosaur,rumors terbaru menambah sedikit maklumat tersebut tetapi masih lagi bersangkutan antara satu sama lain.Mengikut rumors terbaru,siri ini akan bertemakan binatang/hidupan purba.

Perhatian Ini Hanya Rumors !

1-Skuad Jyuden Sentai Kyoryuger terdiri daripada 5 orang:

KyoryuRed - Mengawal 'Jyuden GigaKong' [Giant-Ape Type Mecha]

KyoryuBlue - Mengawal 'Jyuden Andrewsarchus' [Hyena-Type Mecha]

KyoryuGreen - Mengawal 'Jyuden Ootsunojika' [Deer-Type Mecha]

KyoryuYellow - Mengawal 'Jyuden Shisochou' [Archeopteryx-Type Mecha]

KroryuPink - Mengawal 'Jyuden Glyptodon [Armadillo-Type Mecha]

2-Robot utama/Mecha Jyuden Sentai akan dikenali sebagai 'Jyuden Genshijyu' [Beast Electric Atom Beast].'Genshijyu' bermaksud hidupan primitif (Primitive Beast) dan bukannya Dinosaur seperti dinyatakan disini.

3-'Transformation Device' bagi Jyuden Sentai Kyoryuger akan dikenali dengan 'Kroryuu Smaho' dikatakan merupakan smartphone.


 Lagi info/rumors tambahan mengenai siri super sentai akan datang ini akan diupdate kemudian.Expect pada bulan Disember nanti baru kita akan dapat melihat lakaran pertama /konsep awal karekter-karekter dalam siri ini.


Terbaik Dari Busuk