Showing posts with label 2013 Super Sentai. Show all posts
Showing posts with label 2013 Super Sentai. Show all posts

Tuesday, 13 November 2012

Rumors Terbaru Berkenaan Jyuden Sentai Kyoryuger

 Assalamualaikum WBT.Setelah minggu lepas,lakaran imej yang dikatakan merupakan KyoryuRed tersebar di internet,beberapa lagi khabar angin/rumors terbaru berkaitan dengan siri super sentai tahun hadapan,siri yang ke-37,Jyuden Sentai Kyoryuger ini juga turut kedengaran.Dikatakan pasukan Jyuden Sentai ini merupakan penjelajah masa (time travelers) yang menjelajah masa untuk melindungi dinosaur (lame?) dari pelbagai zaman.

Another Time-Travelling Sentai,The TimeRanger

 Pasukan tersebut diketuai oleh Kiryuu Daito bersama-sama 2 lagi temannya dan mereka hanya dikenali dengan panggilan 'Dino Guardians'.Antara musuh mereka ialah 'Space-Time Guild Jugaraku' yang mana mereka juga muncul di pelbagai zaman untuk memburu dinosaur dan melelongnya kepada pembida yang tertinggi.Kyoryuger juga dikatakan bakal ditentang oleh direct rival yang disebut 'Asutorager' yang bermaksud 'Tiger Tomorrow'.Villains dalam siri ini juga terdiri dari 3 kumpulan/puak yang berbeza.Puak-puak villain ini dibezakan berdasarkan spesies/zaman dinosaur yang mereka wakili ; Triassic,Jurassic dan Creataceous.

*Sumber dari Orendsrange.

Wednesday, 7 November 2012

Lakaran Imej Awal Jyuden Sentai Kyoryuger?

Could This Be..KyoryuRed?

 Assalamualaikum WBT.Gambar diatas dikatakan merupakan imej pertama Jyuden Sentai Kyoryuger yang sekarang sedang bertebaran di internet.Gambar kabur ini menunjukkan imej yang dipercayai akan dikenali dengan nama KyoryuRed kelak.Oh untuk mereka yang tidak membaca entri terdahulu,Jyuden Sentai Kyoryuger adalah Siri Super Sentai akan datang tahun depan menggantikan Siri semasa,Tokumei Sentai Go-Busters sekaligus merupakan siri ke-37 Super Sentai.Seperti dalam rumors-rumors terdahulu,siri kali ini akan bertemakan samada binatang primitif atau dinosaur digital.

 Rumors tambahan berkenaan Kyoryuger menyatakan kemungkinan bahawa mereka (Kyoryuger) akan melakukan debut/kemunculan pertama mereka dalam filem Tokumei Sentai Go-Busters Vs Gokaiger dan bertarung bersama-sama senior mereka sehingga penghujung filem ini.Mereka dikatakan akan bertukar bersama-sama Joe dan Don dari Gokaiger.Filem ini dikatakan akan ditayangkan di Jepun pada Januari 2013.

Thursday, 11 October 2012

Kyoryuger Mecha/Zord Goes Digital?

Could This Be...KyoryuREd?
  
   Assalamualaikum WBT.Macam inilah Daus kalau musim bola lebih tepat lagi BPL cuti memang payah sikit nak up entri.Daripada terbiar sahaja baik Daus kongsikan sedikit update yang tidaklah berapa baru berkaitan dengan siri Super Sentai akan datang,JYUDEN SENTAI KYORYUGER.Jika rumors awal yang pernah Daus kongsikan dulu mengaitkan Kyoryuger dengan dinosaur/binatang purba,ini pula sedikit update berkaitan perkara itu.

  Dikatakan nanti,Yoshio Urasawa,ketua penulis skrip (Head Writers) untuk Gekisou Sentai CarRanger,Bakuryuu Sentai AbaRanger dan Digimon Adventures bakal sekali lagi mengetuai pasukan penulisan skrip untuk Jyuden Sentai Kyoryuger ini.Jadi besar kemungkinan teman/partner beast untuk Kyoryuger kelak adalah berbentuk Digital.Rumors lain pula memberikan sedikit gambaran tentang latar belakang siri ini kelak.Siri ini kelak secara kasarnya akan berkisar tentang bagaimana Dinosaur terbabit boleh menyelamatkan diri mereka disebuah pulau dan terdapat 3 organisasi yang ingin menggunakan/mendapatkan kuasa mereka.

  Jika tiada aral melintang,Jyuden Sentai akan ditayangkan pada bulan Feb/Mac tahun depan sejurus tamatnya siri Super Sentai semasa,Tokumei Sentai Go-Busters.Dan seperti biasa,imej atau konsep awal bagi upcoming Super Sentai team ini bakal muncul penghujung tahun nanti..Wait for it.Dan ini pula dikatakan barisan-barisan Dinosaur yang bakal muncul dalam siri ini beserta possible Kyoryuger Color:

RED - Tyrannosaurus

BLUE -Plesiosaurus

YELLOW -Brachiosaurus

BLACK -Triceratops

WHITE -Pteranodon

  
Hurm quite different from first rumors.Dah nama pun rumors kan..Stay tuned for additional updates/informations.Sumber dari JeFusion

Wednesday, 12 September 2012

Rumors Awal Mengenai Jyuden Sentai Kyoryuger

Another Dinosaur-Based Sentai Series,Bakuryuu Sentai Abaranger
 Assalamualaikum WBT..Selepas disahkan minggu lepas bahawa siri Super Sentai tahun hadapan akan dikenali dengan title Jyuden Sentai Kyoryuger,yang juga merupakan siri super sentai yang ke-37 pernah dihasilkan,kini khabar angin/rumors awal mengenai siri ini telah didedahkan.Walaubagaimanapun anda semua/penggemar tokusatsu khasnya diminta jangan mengambil serius mengenai rumors ini kerana buat masa sekarang ini,masih belum terdapat sebarang publishing atau imej jelas yang menunjukkan rupa sebenar team super sentai akan datang ini.

 Apa yang boleh dipastikan ketika ini ialah siri Jyuden Sentai ini akan mula ditayangkan di Jepun sekitar Februari/Mac tahun hadapan selepas berakhirnya siri sentai semasa ,Tokumei Sentai Go-Busters.Jika sebelum ini,rumors lain mengatakan siri ini akan bertemakan dinosaur,rumors terbaru menambah sedikit maklumat tersebut tetapi masih lagi bersangkutan antara satu sama lain.Mengikut rumors terbaru,siri ini akan bertemakan binatang/hidupan purba.

Perhatian Ini Hanya Rumors !

1-Skuad Jyuden Sentai Kyoryuger terdiri daripada 5 orang:

KyoryuRed - Mengawal 'Jyuden GigaKong' [Giant-Ape Type Mecha]

KyoryuBlue - Mengawal 'Jyuden Andrewsarchus' [Hyena-Type Mecha]

KyoryuGreen - Mengawal 'Jyuden Ootsunojika' [Deer-Type Mecha]

KyoryuYellow - Mengawal 'Jyuden Shisochou' [Archeopteryx-Type Mecha]

KroryuPink - Mengawal 'Jyuden Glyptodon [Armadillo-Type Mecha]

2-Robot utama/Mecha Jyuden Sentai akan dikenali sebagai 'Jyuden Genshijyu' [Beast Electric Atom Beast].'Genshijyu' bermaksud hidupan primitif (Primitive Beast) dan bukannya Dinosaur seperti dinyatakan disini.

3-'Transformation Device' bagi Jyuden Sentai Kyoryuger akan dikenali dengan 'Kroryuu Smaho' dikatakan merupakan smartphone.


 Lagi info/rumors tambahan mengenai siri super sentai akan datang ini akan diupdate kemudian.Expect pada bulan Disember nanti baru kita akan dapat melihat lakaran pertama /konsep awal karekter-karekter dalam siri ini.


Thursday, 6 September 2012

The 2013 Super Sentai Series Is JYUDEN SENTAI KYORYUGER

  Assamulaikum WBT.Mind you,Kepada penggemar siri Super Sentai di Malaysia khasnya dan seantero dunia amnya,trademark untuk upcoming super sentai series has been registered in Japan.Trademark untuk siri super sentai yang ke-37 yang akan datang ini telah didaftarkan dengan ID 2012-65209 dengan nama JYUDEN SENTAI KYORYUGER [Translated in English As Electrobeast Squadron Dinosaurger].Based on nama,dijangkakan siri super sentai akan datang ini akan kembali bertemakan dinosaur.Dah kekeringan idea agaknya mereka-mereka ini.


Registered Trademark for JYUDEN SENTAI KYORYUGER
  
  Oh untuk mereka yang tidak berapa tahu berapa tentang siri super sentai ini dan rasanya Daus rasa ramai yang tahu.Siri ini merupakan siri superhero 'task force/squadron' yang agak popular di Jepun dan tidak terkecuali di Malaysia yang diproducekan oleh TOEI dan disiarkan oleh TV ASAHI.Ha dan cerita Power Rangers yang duk ada kat TV tu based on siri inilah sebenarnya.Saban/BVS Entertainment dan SCG Power Rangers LLC just beli copyright untuk buat dalam versi English je.Untuk siri yang akan datang ini,tidak banyak yang sudah diketahui berkenaannya.Mungkin dalam beberapa bulan lagi kita akan dapat melihat konsep awal dan lakaran awal watak-watak.Wait for it.

  Apa yang pasti,siri JYUDEN SENTAI ini akan ditayangkan selepas berakhirnya siri Super Sentai semasa,Tokumei Sentai Go-Busters dan seperti biasa juga ditayangkan untuk slot 'Super Hero Time' bersama-sama siri Kamen Rider untuk TV Jepun.Seperti tradisi kebiasaan juga,JYUDEN SENTAI ini juga mungkin melakukan kemunculan pertama dalam filem untuk siri super sentai semasa.'JYUDEN' yang mempunyai 2 huruf kanji bermaksud beast dan electricity manakala Kyoryu bermaksud dinasour menjadikannya siri super sentai ketiga yang bertemakan dinosaur selepas Kyouryu Sentai Zyuranger dan Bakuryuu Sentai Abaranger.Teruskan bersama untuk lebih info =P.Kredit kepada Kyo Empty Space dan Jefusion

The Evolution Of Dinosaur-Based Super Sentai Series

Terbaik Dari Busuk