Showing posts with label New Apple iPhone 5. Show all posts
Showing posts with label New Apple iPhone 5. Show all posts

Friday, 21 September 2012

Seriously? Samsung Mocks Apple Fanboys Again

  Assalamualaikum WBT.As a natural user,Daus pun tak tahulah samada Samsung ni fikir mereka cukup bijak or cukup terdesak.Jika sebelum pelancaran iPhone 4s dulu,mereka telah mereleasekan ADS ini yang jelas memperlekehkan orang yang beratur panjang untuk membeli iPhone 4s.Kini selepas baru-baru ini Apple inc telah memperkenalkan iPhone 5,Samsung sekali lagi menggunakan taktik perniagaan yang Daus(secara peribadi) klasifikasikan sebagai terdesak dan kurang bijak.Hampir identikal kepada iklan dahulu,kali ini mereka dilihat cuba make fun of mereka-mereka yang sedang beratur dan berkira-kira untuk kali ini membeli iPhone 5 pula.PATHETIC



  Jika dahulu,taktik 'keji' yang mereka gunakan agak berjaya..Kita tunggu dan lihat pula kali ini.Antara yang dihighlightkan oleh Samsung dalam ads ini termasuklah "skrin iPhone 5 memang lebih besar tetapi tidak sebesar Samsung Galaxy SIII'.Kelihatannya Samsung cuba menyatakan bahawa pengguna iPhone adalah dumb people yang terlebih excited dengan perubahan design iPhone 5 yang sedikit berbanding iPhone 4S.Samsung juga semacam bertindak terlebih bijak apabila mengandaikan bahawa kebanyakan pengguna iPhone ialah golongan tua sementara golongan muda pula kebanyakannya menggunakan produk Samsung terutamanya SIII.BAD MOVES SAMSUNG,Very bad one.

P/S - Saya bukanlah pengguna Samsung nor Apple..Just nak bagi pendapat

Thursday, 13 September 2012

Barisan Produk Baru Apple Secara Ringkas [Bahagian 1]


 Assalamualaikum WBT..Selamat pagi semua..Hehehe.Wouldn't you just know it,syarikat gergasi teknologi dunia,Apple inc telahpun mengumumkan/melancarkan barisan produk terbaru mereka pada awal pagi semalam waktu Malaysia.Acara pelancaran besar-besaran serentak di San Francisco dan New York itu antara lainnya memperkenalkan much-anticipated iPhone 5 selain turut memperkenalkan iPod Nano,iPod Touch dan Apple iTunes versi terbaru.Kenyataannya Apple iPhone 5 is indeed an awesome gadget pada pandangan Daus yang bukan fanboy ni.Selepas pelancarannya semalam,pelbagai reaksi global telah disuarakan : nada positif kerana iPhone 5 akhirnya diumumkan dan nada negatif kerana pada dasarnya tidak banyak perubahan diantara iPhone 4s dengan iPhone 5 terbaru yang mana sebenarnya andaian awal tersebut adalah premature dan tidak benar sama sekali.YES design luarannya hampir sama tetapi binaan dalaman dan hardwarenya jauh lebih berkuasa berbanding iPhone 4s,terima kasih kepada chip A6 terbaru yang digunakan untuk iPhone 5 kali ini.

 Walaubagaimanapun,ianya masih terlalu awal untuk menilai kualiti/persembahan iPhone 5 dan produk-produk baru Apple yang lain kerana ianya masih belum diedarkan untuk pasaran umum lagi.To tell you the truth Daus,agak impress dengan aksesori-aksesori baru seperti earpods baru dan Lightning yang turut diperkenalkan Apple semalam kerana ianya sangat inovatif,sesuai dengan imej Apple yang sentiasa mahu menonjol [Speak like a true Fanboy..sighhh.]..Dah la mari kita lihat serba sedikit barisan produk-produk baru yang diumumkan semalam..Dimulakan dengan MAIN COURSE..


1-Apple iPhone 5

Gambar Dari Amanz.my

SPESIFIKASI KUNCI iPHONE 5:

-Dimensi 123.8 X 58.6 X 7.6 mm dengan berat sekitar 112 g sahaja.

-Menggunakan paparan retina baru Apple bersaiz 4 Inch dengan resolusi 640 X 1136 Pixels memberikan ppi sebanyak 326 ppi Pixel Density.

-Pilihan 16/32/64 GB memori dalaman dengan 1GB RAM TANPA slot kad tambahan.

-Kamera utama 8MP lensa Aperture f/24 yang turut mampu merakam video pada 1080P.Kamera kedua 1.2 MP untuk FaceTime.

-Sistem Operasi (OS) - Apple iOS 6 terbaru.Dijana oleh cip Apple A6 terbaru juga.

-Fungsi menarik lain -Sokongan HD untuk FaceTime,Lightning [Adapter/Charger] yang bersaiz lebih kecil untuk keselesaan pengguna,perisian iTunes 11 baru dan LTE/ultrafast Wireless bagi kawasan yang mempunyai coverage LTE.


2-Apple iPod Touch Baru

iPod Touch Baru Gambar Dari Engadget.com

SPESIFIKASI KUNCI iPOD TOUCH BARU:

-Dimensi -tebal 6.1 mm dengan berat 88 g sahaja

-Menggunakan display/skrin yang sama dengan iPhone 5,new 4-Inch Apple Retina Display dengan resolusi sama 640 X 1136 Pixels.

-Pilihan memori 32/64 GB.

-Kamera iSight 5MP dibahagian belakang yang dipertingkatkan.Juga berkemampuan merakam video pada 1080P.Kamera hadapan 720P untuk FaceTime.

-Menggunakan cip A5 dari Apple.Juga menjalankan iOS 6.

-Fungsi menarik lain -Fungsi Panorama untuk kameranya,Shared photo stream,iPod Touch Loop (iPod Strap),aksesori EarPods baru dan sokongan Siri terbina dalaman pertama untuk non-iPhone device.

Sumber dari Engadget dan Amanz.my

It's Finally Here - Apple iPhone 5 Officially Announced

 Assalamualaikum WBT.Finally phew,Apple inc baru sahaja kira-kira setengah jam yang lepas mengumumkan generasi keenam iPhone mereka yang dinamakan iPhone 5,sama seperti rumors yang banyak sebelum pengumumannya.Bentuk akhir iPhone 5 juga tidak jauh berbeza dengan 'Leaked Images' yang telah agak lama tersebar di internet lantas menimbulkan persoalan bagaimana Apple menyimpan rahsia produksi mereka sehinggakan boleh dileakskan sebegitu rupa.Dikatakan iPhone 5 ini merupakan iPhone yang paling banyak tertiris ke arena internet sebelum pelancarannya.

Apple iPhone 5 Officially Unveiled
 Berbanding model terdahulu,iPhone 4s,iPhone 5 terbaru ini 18% lebih nipis dan 20% lebih ringan berkemungkinan kerana binaan badannya yang terdiri daripada aluminium dan kaca sepenuhnya.Menurut Apple juga,iPhone ini merupakan iPhone paling nipis yang pernah dipasarkan mereka dengan paparan skrin baru retina Apple yang bersaiz 4 Inci dengan resolusi 1136 X 640.Skrin iPhone 5 yang lebih 'panjang' ini membolehkan lebih banyak ikon dipaparkan pada homescreen dan antara spesifikasi menarik lain yang turut terdapat pada iPhone generasi terbaru ini ialah fungsi radio yang katanya diperbaharui.Dan yang paling mencuri tumpuan pastinya chip A6 baru yang terdapat dalam iPhone ini yang katanya 2 kali ganda lebih pantas/lebih berkuasa berbanding chip A5 yang terdapat pada 4s.iPhone 5 juga didatangkan bagi versi LTE untuk negara-negara yang menyokong signal ini.Kredit kepada Amanz.my dan engadget.com

MORE TO FOLLOW..

Terbaik Dari Busuk