Showing posts with label Apple. Show all posts
Showing posts with label Apple. Show all posts

Tuesday, 11 June 2013

Apple Inc Memperkenalkan OS X Mavericks Dan iOS 7 Secara Rasmi

OS X..MAVERICKS

  PENGUMUMAN RASMI OS X MAVERICKS OLEH APPLE INC| Assalamualaikum WBT.Kira-kira sejam yang lalu bertempat di WWDC (Worldwide Developer Conference) 2013,San Francisco,Apple Inc telahpun mengumumkan dan memperkenalkan sistem operasi komputer/desktop mereka yang terbaru yang diberi kodnama OS X Mavericks.Dan My! banyak penambahbaikan yang dilakukan Apple untuk Mavericks berbanding OS X sebelum ini,Mountain Lion.
Finder Tab

  Antara penambahbaikan/fungsi/aplikasi baru yang bakal datang untuk platform Mavericks ini termasuklah Finder Tab,Sokongan Tag Dokumen,Sokongan Paparan Berbilang.Sokongan Tag Dokumen yang didatangkan pada Mavericks ini dijangka akan memudahkan pengguna mencari dokumen mereka melalui Finder selepas mengetag dokumen mereka.Sokongan paparan berbilang pula akan menambahkan kecekapan sistem ini ketika digunakan pada lebih dari satu paparan.
Sokongan Paparan Berbilang

  Pada masa yang sama,OS X Mavericks juga memfokuskan kepada penjimatan tenaga kerana dikatakan Apple akan mengoptimasikan penggunaan bateri pada Macbook lantas meningkatkan prestasi MacBook itu sendiri harapnya.Selain itu,dikatakan sistem notifikasi pada Mavericks juga ditambah baik.Melalui sokongan notifikasi yang lebih baik ini,bakal pengguna Mavericks bukan sahaja dapat memberikan respon berbentuk sosial tetapi juga berbentuk produktiviti seperti membalas emel dan yang lebih awesome sokongan notifikasi ini mula berfungsi ketika pengguna masih di log screen lagi.
Notifikasi Pada Mavericks
Apple Maps Yang DiTambah Baik

  Aplikasi lain yang turut diumumkan akan hadir bersama-sam Mavericks ialah Apple Maps dan iBooks.Apple Maps yang didatangkan adalah versi terbaru sementara aplikasi iBooks akan membenarkan pengguna mengakses,membaca koleksi buku digital mereka at ease.Selain itu,jika pengguna Mavericks menggunakan beberapa produk Apple lain,mereka boleh sync digital books mengikut keselesaan mereka.
iBooks Didatang Ke OS X Terbaru
iOS 7..Unveiled

  Onto sistem operasi smartphone Apple yang terbaru: Behold iOS 7.Masih lagi mengekalkan ciri-ciri minimalis tetapi dengan rekabentuk yang dikatakan baru.Antara highlight untuk iOS 7 ini ialah dibahagian kamera.Membawakan 4 mod kamera berbeza: Video,Gambar,Square dan Panorama selain filter.Lain-lain yang ditambah baik termasuklah Siri,messaging,multi-tasking,Safari dan AppStore.Aplikasi-aplikasi baru yang turut didatangkan bersama iOS 7 ini pula termasuklah aplikasi cuaca,kalender yang baru,Sokongan Control Centre dan Photos.
Fungsi Kamera Pada iOS 7 Baru

Sumber dan gambar dari AMANZ.MY

Wednesday, 17 October 2012

Apple Mula Menghantar Undangan Untuk Acara Pelancaran iPad Mini?

  Assalamualaikum WBT.Its comfirmed then Apple akan mengadakan satu acara khas pada 23 Oktober (24 Oktober waktu Malaysia) di San Jose Theather,California.Ura-ura kuat mengatakan bahawa event itu adalah untuk memperkenalkan much-debated iPad Mini.Berikutan dengan itu,undangan khas untuk media antarabangsa telahpun di sampaikan oleh Apple Inc yang mana akhirnya nanti akan menjawab semua teka-teki berkenaan 'Smaller iPad' ini.

Undangan Acara Khas Apple

 Menurut Amanz.My,sepatutnya iPad Mini dilancarkan dalam minggu ini,tetapi kekurangan stok menyebabkan acara pengenalannya tertangguh.Yang diketahui setakat ini,iPad Mini kelak akan membawakan skrin bersaiz 7.85 Inch,didatangkan bersama Kabel Lightning dan menggunakan iOS 6 sebagai OSnya.Yang pasti juga,pelancaran/pengumuman iPad Mini ini nanti akan menghangatkan lagi 'Perang' tablet bersaiz 7 Inci antara Kindle Fire,Nexus 7 dan tidak dilupakan Microsoft Surface yang bakal dilancarkan nanti.

iPad Mini?

Sumber dan gambar dari Amanz.my

Friday, 21 September 2012

Seriously? Samsung Mocks Apple Fanboys Again

  Assalamualaikum WBT.As a natural user,Daus pun tak tahulah samada Samsung ni fikir mereka cukup bijak or cukup terdesak.Jika sebelum pelancaran iPhone 4s dulu,mereka telah mereleasekan ADS ini yang jelas memperlekehkan orang yang beratur panjang untuk membeli iPhone 4s.Kini selepas baru-baru ini Apple inc telah memperkenalkan iPhone 5,Samsung sekali lagi menggunakan taktik perniagaan yang Daus(secara peribadi) klasifikasikan sebagai terdesak dan kurang bijak.Hampir identikal kepada iklan dahulu,kali ini mereka dilihat cuba make fun of mereka-mereka yang sedang beratur dan berkira-kira untuk kali ini membeli iPhone 5 pula.PATHETIC



  Jika dahulu,taktik 'keji' yang mereka gunakan agak berjaya..Kita tunggu dan lihat pula kali ini.Antara yang dihighlightkan oleh Samsung dalam ads ini termasuklah "skrin iPhone 5 memang lebih besar tetapi tidak sebesar Samsung Galaxy SIII'.Kelihatannya Samsung cuba menyatakan bahawa pengguna iPhone adalah dumb people yang terlebih excited dengan perubahan design iPhone 5 yang sedikit berbanding iPhone 4S.Samsung juga semacam bertindak terlebih bijak apabila mengandaikan bahawa kebanyakan pengguna iPhone ialah golongan tua sementara golongan muda pula kebanyakannya menggunakan produk Samsung terutamanya SIII.BAD MOVES SAMSUNG,Very bad one.

P/S - Saya bukanlah pengguna Samsung nor Apple..Just nak bagi pendapat

Friday, 14 September 2012

Barisan Produk Baru Apple Secara Ringkas [Bahagian Akhir]

  Assalamualaikum WBT..Obvious isnt it? yea you got me there..hehehe.Yela2 ini merupakan sambungan kepada Bahagian 1 yang dipublishkan semalam.Agak funny sebenarnya sebab Daus rasa Daus bukanlah Apple Fanboy tetapi excited sangat nak ulas tentang produk-produk baru Apple ni.Not yet maybe.Jika semalam Daus berkongsi serba sedikit tentang Apple's iPhone 5 dan iPod Touch baru,hari ini Daus nak berkongsi dengan anda apakah pula fungsi-fungsi menarik yang terdapat pada iPod Nano baru serta perisian iTunes 11,versi terbaru yang akan tiba tidak lama lagi.


3-iPod Nano Baru

New iPod Nano

Sedikit tentang iPod Nano Baru :

-Dimensi : 76.5 X 39.6 X 5.4 mm dengan berat sekitar 31 g sahaja.

-Tambahan skrin yang lebih besar bersaiz 2.5 Inch widescreen Multi-touch Display [240 X 432 Pixels ~202 ppi]

-Pilihan storan 16 GB.Sokongan Bluetooth terbina dalaman dengan  sokongan FM Tuner [Radio]

-Aksesori lain yang menarik ialah Apple Earpods baru dan kabel Lightning.Fungsi/Apps Fitness+  dan Pedometer untuk kesihatan yang terkini juga terdapat pada iPod Nano baru ini.


4-Apple iTunes 11

iTunes 11..Akan Datang Oktober Ini

Apa yang menarik tentang iTunes 11 :

-Interface yang dikemaskini and my sangat menarik.

-Penambahbaikan untuk semua versi iaitu versi Mac,Windows,iPad,iPhone dan lain-lain.

-Integrasi Sokongan Facebook dengan iTunes

-Integrasi iCloud tersedia.Interactive content browsing.

-Better search box.


Thursday, 13 September 2012

Barisan Produk Baru Apple Secara Ringkas [Bahagian 1]


 Assalamualaikum WBT..Selamat pagi semua..Hehehe.Wouldn't you just know it,syarikat gergasi teknologi dunia,Apple inc telahpun mengumumkan/melancarkan barisan produk terbaru mereka pada awal pagi semalam waktu Malaysia.Acara pelancaran besar-besaran serentak di San Francisco dan New York itu antara lainnya memperkenalkan much-anticipated iPhone 5 selain turut memperkenalkan iPod Nano,iPod Touch dan Apple iTunes versi terbaru.Kenyataannya Apple iPhone 5 is indeed an awesome gadget pada pandangan Daus yang bukan fanboy ni.Selepas pelancarannya semalam,pelbagai reaksi global telah disuarakan : nada positif kerana iPhone 5 akhirnya diumumkan dan nada negatif kerana pada dasarnya tidak banyak perubahan diantara iPhone 4s dengan iPhone 5 terbaru yang mana sebenarnya andaian awal tersebut adalah premature dan tidak benar sama sekali.YES design luarannya hampir sama tetapi binaan dalaman dan hardwarenya jauh lebih berkuasa berbanding iPhone 4s,terima kasih kepada chip A6 terbaru yang digunakan untuk iPhone 5 kali ini.

 Walaubagaimanapun,ianya masih terlalu awal untuk menilai kualiti/persembahan iPhone 5 dan produk-produk baru Apple yang lain kerana ianya masih belum diedarkan untuk pasaran umum lagi.To tell you the truth Daus,agak impress dengan aksesori-aksesori baru seperti earpods baru dan Lightning yang turut diperkenalkan Apple semalam kerana ianya sangat inovatif,sesuai dengan imej Apple yang sentiasa mahu menonjol [Speak like a true Fanboy..sighhh.]..Dah la mari kita lihat serba sedikit barisan produk-produk baru yang diumumkan semalam..Dimulakan dengan MAIN COURSE..


1-Apple iPhone 5

Gambar Dari Amanz.my

SPESIFIKASI KUNCI iPHONE 5:

-Dimensi 123.8 X 58.6 X 7.6 mm dengan berat sekitar 112 g sahaja.

-Menggunakan paparan retina baru Apple bersaiz 4 Inch dengan resolusi 640 X 1136 Pixels memberikan ppi sebanyak 326 ppi Pixel Density.

-Pilihan 16/32/64 GB memori dalaman dengan 1GB RAM TANPA slot kad tambahan.

-Kamera utama 8MP lensa Aperture f/24 yang turut mampu merakam video pada 1080P.Kamera kedua 1.2 MP untuk FaceTime.

-Sistem Operasi (OS) - Apple iOS 6 terbaru.Dijana oleh cip Apple A6 terbaru juga.

-Fungsi menarik lain -Sokongan HD untuk FaceTime,Lightning [Adapter/Charger] yang bersaiz lebih kecil untuk keselesaan pengguna,perisian iTunes 11 baru dan LTE/ultrafast Wireless bagi kawasan yang mempunyai coverage LTE.


2-Apple iPod Touch Baru

iPod Touch Baru Gambar Dari Engadget.com

SPESIFIKASI KUNCI iPOD TOUCH BARU:

-Dimensi -tebal 6.1 mm dengan berat 88 g sahaja

-Menggunakan display/skrin yang sama dengan iPhone 5,new 4-Inch Apple Retina Display dengan resolusi sama 640 X 1136 Pixels.

-Pilihan memori 32/64 GB.

-Kamera iSight 5MP dibahagian belakang yang dipertingkatkan.Juga berkemampuan merakam video pada 1080P.Kamera hadapan 720P untuk FaceTime.

-Menggunakan cip A5 dari Apple.Juga menjalankan iOS 6.

-Fungsi menarik lain -Fungsi Panorama untuk kameranya,Shared photo stream,iPod Touch Loop (iPod Strap),aksesori EarPods baru dan sokongan Siri terbina dalaman pertama untuk non-iPhone device.

Sumber dari Engadget dan Amanz.my

It's Finally Here - Apple iPhone 5 Officially Announced

 Assalamualaikum WBT.Finally phew,Apple inc baru sahaja kira-kira setengah jam yang lepas mengumumkan generasi keenam iPhone mereka yang dinamakan iPhone 5,sama seperti rumors yang banyak sebelum pengumumannya.Bentuk akhir iPhone 5 juga tidak jauh berbeza dengan 'Leaked Images' yang telah agak lama tersebar di internet lantas menimbulkan persoalan bagaimana Apple menyimpan rahsia produksi mereka sehinggakan boleh dileakskan sebegitu rupa.Dikatakan iPhone 5 ini merupakan iPhone yang paling banyak tertiris ke arena internet sebelum pelancarannya.

Apple iPhone 5 Officially Unveiled
 Berbanding model terdahulu,iPhone 4s,iPhone 5 terbaru ini 18% lebih nipis dan 20% lebih ringan berkemungkinan kerana binaan badannya yang terdiri daripada aluminium dan kaca sepenuhnya.Menurut Apple juga,iPhone ini merupakan iPhone paling nipis yang pernah dipasarkan mereka dengan paparan skrin baru retina Apple yang bersaiz 4 Inci dengan resolusi 1136 X 640.Skrin iPhone 5 yang lebih 'panjang' ini membolehkan lebih banyak ikon dipaparkan pada homescreen dan antara spesifikasi menarik lain yang turut terdapat pada iPhone generasi terbaru ini ialah fungsi radio yang katanya diperbaharui.Dan yang paling mencuri tumpuan pastinya chip A6 baru yang terdapat dalam iPhone ini yang katanya 2 kali ganda lebih pantas/lebih berkuasa berbanding chip A5 yang terdapat pada 4s.iPhone 5 juga didatangkan bagi versi LTE untuk negara-negara yang menyokong signal ini.Kredit kepada Amanz.my dan engadget.com

MORE TO FOLLOW..

iPhone 5 Media Event Live Streaming

The Stage Is Set For..iPhone 5
  Assalamualaikum WBT..Tinggal lebih kurang sejam lagi sebelum bermulanya acara yang Daus percaya dinantikan ramai orang,iaitu acara memperkenalkan generasi keenam iPhone, Apple iPhone 5 baru yang dijadualkan berlangsung di San Francisco.Pastinya awal pagi nanti, jutaan mata umat manusia akan menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada acara tersebut terutamanya penggemar tegar produk-produk Apple.Daus yakin 'Apple Fanboys dan Fangirls' akan sanggup bersengkang mata menyaksikan acara bersejarah ini kerana dikatakan acara ini bukan sahaja untuk memperkenalkan generasi baru tetapi juga untuk memperkenalkan iPod Touch baru dan juga tidak ketinggalan iTunes baru.DAN Daus dengan ini berbesar hati ingin mengongsikan live streaming bagi  anda yang ingin menyaksikan acara tumpuan ini.Daus jumpa Stream ni dekat satu site dan Daus just embed jer dekat blog Daus ini.KHAS untuk anda ..

IPHONE 5 MEDIA EVENT LIVE STREAMING [MULA 1 A.M MYT]



Live video by Ustream

Thursday, 6 September 2012

It's Almost Here - Apple iPhone 5 Teaser

  Assalamualaikum WBT.Yet another so-called informative entri by me.Duh.Angka 12 atau lebih tepat lagi tarikh 12 september ini dinantikan penuh minat dan sabar oleh sebahagian besar umat manusia di seluruh dunia terutamanya pengikut tegar teknologi.Sebab? pada tarikh keramat tersebut telah disahkan bahawa much-awaited iPhone 5 akan dilancarkan di sebuah event di San Francisco.Tarikh pelancaran iPhone generasi baru ini sebenarnya telah lama di bincangkan dan ianya telah disahkan dengan jemputan rasmi oleh Apple inc kepada pihak media.

iPhone 5 Media Invitation

  Jemputan rasmi melalui email tersebut hanya menyatakan mesej 'Its Almost Here' dengan angka 12 dibawahnya.Membayangi angka 12 itu ialah nombor '5' yang bersaiz besar menguatkan lagi andaian yang mengatakan event tersebut diadakan untuk unveil next-gen iPhone yang telah lama dinantikan terutamanya oleh penggemar produk berkualiti dari Apple.Penggemar produk apple usah lagi khuatir kerana iPhone generasi baru ini indeed dinamakan iPhone 5 dan bukan lagi another 'the new' seperti 'the new ipad' yang telahpun dilancarkan baru-baru ini.Dengan pelancaran iPhone ini dijangkakan unit penjualan produk akan meningkat lantas menghangatkan perang teknologi/telefon antara Apple dan Samsung.Ha apa lagi,kepada mereka yang bercadang-cadang nak beli iPhone 4s tu baik tunggu dulu nanti gigit jari..Just saying =)

Sumber dari Tech Watch dan Yahoo News

Terbaik Dari Busuk