Showing posts with label Technology. Show all posts
Showing posts with label Technology. Show all posts

Tuesday, 11 June 2013

Apple Inc Memperkenalkan OS X Mavericks Dan iOS 7 Secara Rasmi

OS X..MAVERICKS

  PENGUMUMAN RASMI OS X MAVERICKS OLEH APPLE INC| Assalamualaikum WBT.Kira-kira sejam yang lalu bertempat di WWDC (Worldwide Developer Conference) 2013,San Francisco,Apple Inc telahpun mengumumkan dan memperkenalkan sistem operasi komputer/desktop mereka yang terbaru yang diberi kodnama OS X Mavericks.Dan My! banyak penambahbaikan yang dilakukan Apple untuk Mavericks berbanding OS X sebelum ini,Mountain Lion.
Finder Tab

  Antara penambahbaikan/fungsi/aplikasi baru yang bakal datang untuk platform Mavericks ini termasuklah Finder Tab,Sokongan Tag Dokumen,Sokongan Paparan Berbilang.Sokongan Tag Dokumen yang didatangkan pada Mavericks ini dijangka akan memudahkan pengguna mencari dokumen mereka melalui Finder selepas mengetag dokumen mereka.Sokongan paparan berbilang pula akan menambahkan kecekapan sistem ini ketika digunakan pada lebih dari satu paparan.
Sokongan Paparan Berbilang

  Pada masa yang sama,OS X Mavericks juga memfokuskan kepada penjimatan tenaga kerana dikatakan Apple akan mengoptimasikan penggunaan bateri pada Macbook lantas meningkatkan prestasi MacBook itu sendiri harapnya.Selain itu,dikatakan sistem notifikasi pada Mavericks juga ditambah baik.Melalui sokongan notifikasi yang lebih baik ini,bakal pengguna Mavericks bukan sahaja dapat memberikan respon berbentuk sosial tetapi juga berbentuk produktiviti seperti membalas emel dan yang lebih awesome sokongan notifikasi ini mula berfungsi ketika pengguna masih di log screen lagi.
Notifikasi Pada Mavericks
Apple Maps Yang DiTambah Baik

  Aplikasi lain yang turut diumumkan akan hadir bersama-sam Mavericks ialah Apple Maps dan iBooks.Apple Maps yang didatangkan adalah versi terbaru sementara aplikasi iBooks akan membenarkan pengguna mengakses,membaca koleksi buku digital mereka at ease.Selain itu,jika pengguna Mavericks menggunakan beberapa produk Apple lain,mereka boleh sync digital books mengikut keselesaan mereka.
iBooks Didatang Ke OS X Terbaru
iOS 7..Unveiled

  Onto sistem operasi smartphone Apple yang terbaru: Behold iOS 7.Masih lagi mengekalkan ciri-ciri minimalis tetapi dengan rekabentuk yang dikatakan baru.Antara highlight untuk iOS 7 ini ialah dibahagian kamera.Membawakan 4 mod kamera berbeza: Video,Gambar,Square dan Panorama selain filter.Lain-lain yang ditambah baik termasuklah Siri,messaging,multi-tasking,Safari dan AppStore.Aplikasi-aplikasi baru yang turut didatangkan bersama iOS 7 ini pula termasuklah aplikasi cuaca,kalender yang baru,Sokongan Control Centre dan Photos.
Fungsi Kamera Pada iOS 7 Baru

Sumber dan gambar dari AMANZ.MY

Saturday, 1 June 2013

HTC Mengumumkan HTC One Dengan 'Stock Android'

HTC One Google Edition
 PENGUMUMAN HTC ONE DENGAN STOCK ANDROID OLEH HTC| Assalamualaikum WBT.Jika sebelum ini Samsung telah mengumumkan Galaxy S4 dengan Stock Android dan baru semalam mengumumkan pula Galaxy S4 Mini,HTC jugak tidak mahu ketinggalan mempamerkan sesuatu yang baru semalam.Syarikat yang berpengkalan di Taiwan itu semalam turut akhirnya mengumumkan akan menawarkan model flagship mereka tahun ini,HTC ONE dengan pengalaman 'Nexus'.Pengumuman ini akhirnya mengesahkan beberapa rumours di internet yang mengatakan HTC bakal menawarkan model dengan Stock Android.

 Pun begitu,model HTC One 'dengan pengalaman Nexus' ini hanya di jual di laman Google Play Store dan akan dimulakan jualannya menerusi laman itu di US terlebih dahulu dikatakan pada 26 Jun akan datang.Seperti model-model Nexus lain (walaupun sebenarnya model ini bukanlah termasuk dalam keluarga Nexus),HTC One ini akan didatangkan dengan UI asas Android dan akan menerima kemaskini langsung dari pihak Google sendiri.Dan seperti kebiasaan juga,pengguna model ini nanti akan menerima kemaskini terbaru dari Google lebih cepat berbanding pengguna model HTC One antarabangsa.
Beauty..
 Dikatakan,ketika pelancaran dan penjualannya nanti,model ini akan menjalankan Android V 4.2.2 JellyBean tanpa gangguan Sense UI oleh HTC yang terkenal itu dan kemungkinan besar juga akan dilancarkan tanpa beberapa fungsi/aplikasi menarik yang terdapat pada model antarabangsa/global seperti BlinkFeed,HTC Zoe dan IR Blaster.I bet pengguna atau bekas pengguna HTC Nexus One mesti menyukai model ini nanti.

Friday, 31 May 2013

Samsung Mengumumkan Galaxy S4 Mini Secara Rasmi


Samsung Galaxy S4 Mini Courtesy Of GSMArena.com
 PENGUMUMAN SAMSUNG GALAXY S4 MINI SECARA RASMI| Assalamualaikum WBT.Setelah khabar angin yang agak lama berkaitannya telah beredar di internet,akhirnya adik kepada smartphone flagship Samsung bagi tahun iaitu Samsung Galaxy S4 telahpun diumumkan secara rasmi oleh pihak Samsung.Versi bajet bagi S4 ini seperti biasa akan dinamakan Samsung Galaxy S4 Mini which is awesome (dan strategi pemasaran yang bagus).

 Seperti namanya mencadangkan (Dafuq..direct translate..ha ha XD),bentuk badannya sangat identikal dengan S4 tetapi dengan saiz yang lebih kecil dan hardware yang agak direndahkan sudah pastinya.Didatangkan dengan skrin bersaiz 4.3 Inci jenis Super AMOLED dan akan menjalankan versi Android terlatest 4.2.2  JellyBean out of the box.Smartphone comel ini akan dikuasakan pemprosesan dua-teras 1.7 GHz dengan RAM sebanyak 1.5 GB.Versi LTE bagi model ini turut dikatakan akan dilancarkan kemudian dan mungkin akan diumumkan pada Event Samsung pada 20 Jun akan datang.



SPESIFIKASI KUNCI SAMSUNG GALAXY S4 MINI:

1-Setebal 8.94 mm dan seberat 107 g sahaja.

2-Paparan skrin Super AMOLED bersaiz 4.3 Inch dengan 256 ppi.

3-Memori 8 GB tersedia,1.5 GB RAM (Model 3G),2GB RAM (Model LTE) dengan slot memori tambahan sehingga 64 GB.

4-Kamera belakang 8 MP,kamera depan 1.9 MP.

5-Sistem Operasi (OS)- Android OS V4.2.2 JellyBean 

6-Fungsi menarik lain- IR Blaster,NFC bagi Model LTE.


 Verdict Peribadi: Serius kiut S4 mini ni,jauh lebih kiut dari SIII mini.Kalau harganya dalam range berpatutan,model ini akan berpotensi menjadi hit model di Malaysia.Tarikh bila model ni masuk pasaran Malaysia tidak diketahui lagi.Maybe hujung bulan 8 atau awal bulan 9..Just Maybe.Sumber dari Amanz.my dan SoyaCincau.Com

Wednesday, 17 October 2012

HTC J BUTTERFLY DIPERKENALKAN UNTUK PASARAN JEPUN

RED HTC J BUTTERFLY

 Assalamualaikum WBT.Rumors berkaitan peranti bersaiz 5 Inci dari HTC akhirnya menjadi kenyataan.KDDI hari ini akhirnya telah memperkenalkan/mempertontonkan (Unveils) HTC J BUTTERFLY.Dikatakan akan menjadi peranti pertama dengan skrin yang menyokong HD Penuh 1080P.Correct me if im wrong.Dengan PPI hampir mencapai 440,skrin HTC J ini jauh mengatasi skrin Retina pada iPhone 5.

 Walaupun saiz skrinnya tidaklah segedabak Samsung Galaxy Note II dengan 5.5 Inch,skrin HTC J yang bersaiz 'hanya' 5 Inci ini adalah dari jenis Super LCD 3 dengan resolusi 1920 X 1080 yang sangat memukau.Dengan dimensi peranti ini iaitu 143 X 71 X 9.1 mm dan seberat 140g,ianya lebih berat 10 g dan besar sedikit berbanding HTC One X.

 'MonsterPhone' ini akan dikuasakan oleh cip pemprosesan 4-Teras Qualcomm APQ8064 Snapdragon S4 menjadikannya antara ahli baru dalam keluarga peranti SnapDragon s4 Pro.Peranti ini nanti akan menjalankan Android V 4.1 JellyBean dengan 2 GB RAM,16 GB Memori dan pilihan slot kad tambahan.Satu-satunya kelemahan ketara yang dapat dikesan setakat ini pada HTC J ini ialah kapasiti baterinya yang hanya berkapasiti 2020 mAh yang mungkin tidak berapa sesuai digunakan pada peranti dengan skrin yang besar dan processor yang berkuasa agak tinggi.Badannya dust & Waterproof though.

 Lagi Update dan spesifikasi kunci berkenaan HTC J BUTTERFLY ini akan ditambah kemudian..But allow me to say this first.DOUBLE LUCKY Japanese..Dulu Samsung Galaxy SIII Alpha,sekarang HTC J Butterfly ni pulak.Huhu..Oh Ya..Peranti ini hanya akan mula dijual di Jepun pada Disember nanti Oleh KDDI.Samada HTC J ini akan dipasarkan untuk pasaran Malaysia atau tidak masih belum diketahui setakat ini tetapi apa yang positifnya,selepas ini we can expect more phones with stunning screen like this one akan menjengah pasaran.




Sumber Dari Amanz.My

Apple Mula Menghantar Undangan Untuk Acara Pelancaran iPad Mini?

  Assalamualaikum WBT.Its comfirmed then Apple akan mengadakan satu acara khas pada 23 Oktober (24 Oktober waktu Malaysia) di San Jose Theather,California.Ura-ura kuat mengatakan bahawa event itu adalah untuk memperkenalkan much-debated iPad Mini.Berikutan dengan itu,undangan khas untuk media antarabangsa telahpun di sampaikan oleh Apple Inc yang mana akhirnya nanti akan menjawab semua teka-teki berkenaan 'Smaller iPad' ini.

Undangan Acara Khas Apple

 Menurut Amanz.My,sepatutnya iPad Mini dilancarkan dalam minggu ini,tetapi kekurangan stok menyebabkan acara pengenalannya tertangguh.Yang diketahui setakat ini,iPad Mini kelak akan membawakan skrin bersaiz 7.85 Inch,didatangkan bersama Kabel Lightning dan menggunakan iOS 6 sebagai OSnya.Yang pasti juga,pelancaran/pengumuman iPad Mini ini nanti akan menghangatkan lagi 'Perang' tablet bersaiz 7 Inci antara Kindle Fire,Nexus 7 dan tidak dilupakan Microsoft Surface yang bakal dilancarkan nanti.

iPad Mini?

Sumber dan gambar dari Amanz.my

Saturday, 13 October 2012

Samsung Galaxy SIII 'Alpha'

Samsung Galaxy SIII 'Alpha'
  
 Assalamualaikum WBT.Gambar diatas dikatakan versi untuk pasaran Jepun bagi Samsung Galaxy SIII.Selain perbezaan warna body peranti ini yang agak ketara,terdapat banyak lagi perbezaan antara versi untuk pasaran Jepun ini dengan versi untuk pasaran global sebelum ini.And believe me when i say,many current SIII owners agak upset dengan Samsung.Kerana? untuk Samsung Galaxy SIII yang dikenali sebagai Alpha ini,ianya telah didatangkan dengan cip pemprosesan Exynos 4412 1.6 GHz berbanding 1.4 GHz untuk versi global selain 2 GB RAM berbanding 1 GB RAM.Menariknya lagi,OS tersedia bagi versi Alpha ini ialah Android V 4.1 Jelly Bean berbanding Ice Cream Sandwich pada SIII versi global.Selebihnya tentang SIII Alpha ini masih sama dengan SIII global iaitu skrin Super Amoled HD bersaiz 4.8 Inci,NFC ,kamera belakang 8 MP dengan bateri berkapasiti 2100 mAh.Ia juga dikatakan akan turut membawakan sokongan kepada 1Seg TV.NTT Docomo akan melancarkan Samsung Galaxy SIII 'Alpha' ini pada bulan Disember nanti..Lucky Japanese..

Sumber dari SoyaCincau dan GSM Arena

Thursday, 11 October 2012

Samsung Galaxy Note II Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Galaxy Note II..Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

 Assalamualaikum WBT.Kira-kira 3 jam lepas,Amanz.my melaporkan bahawa Samsung Malaysia telahpun secara rasmi melancarkan peranti/phablet baru dari keluarga Note mereka iaitu Samsung Galaxy Note II untuk pasaran Malaysia.Peranti bersaiz gergasi ini bakal dijual pada 19 Oktober ini di pasaran tempatan dengan harga dikatakan RM 2299 seunit.3 gergasi utama telekomunikasi tempatan juga iaitu Celcom,Maxis dan DiGi dikatakan  turut akan menawarkan peranti terbaru ini bersama pelan masing-masing.

 Antara highlight untuk ahli terbaru note ialah saiz skrinnya yang amatlah besar.Bersaiz 5.5 Inci dengan 267 ppi.Selain itu,Note II juga turut didatangkan bersama bateri yang boleh dikatakan berkapasiti agak besar dengan kapasiti 3100 mAh dan dikuasakan oleh cip pemprosesan Cortex-A19 1.6 GHz.Dari segi sistem operasi pula,Galaxy Note II akan menggunakan Android V4.1 JellyBean,antara yang terbaru.Dari segi kamera,Galaxy Note II dilengkapi dengan kamera belakang 8MP dengan Led Flash dan kamera depan 1.9 MP.Fungsi-fungsi yang terdapat pada Galaxy III juga turut terdapat pada Galaxy Note II ini antara lainnya NFC,Samsung Beam dan fungsi 'Air View' baru untuk stylus.


[SAMSUNG GALAXY NOTE II INTRODUCTION VIDEO]



Untuk spesifikasi kunci 'gergasi' ini.KLIK SINI.Sumber dari Amanz.My

Saturday, 22 September 2012

Asus Google Nexus 7 Dilancarkan Di Malaysia Secara Rasmi

  Assalamualaikum WBT.Akhirnya,Asus Google Nexus 7,tablet yang dinantikan ramai ini (ye ye jer) telah sampai ke Malaysia's shores.Hari ini pengeluar,Asus bersama-sama Google Malaysia telah dengan bangga dan rasminya melancarkan ahli terbaru dalam keluarga Google Nexus itu.Unfortunately,Asus Malaysia dikhabarkan hanya akan memasarkan versi 16GB sahaja untuk pasaran Malaysia dan tidak akan membawa masuk versi 8GB,menjadikan pilihan agak terhad bagi pengguna di Malaysia.Harga jualan cadangan bagi Asus Google Nexus 7 versi 16GB ini di Malaysia ialah RM 999.

Asus Google Nexus 7

SPESIFIKASI KUNCI ASUS GOOGLE NEXUS 7

1-Berdimensi 198.5 X 120 X 10.5mm dengan berat kira-kira 340g.

2-Menggunakan paparan skrin bersaiz 7 inch dari jenis LED-backlit IPS Display [16M colors, 800 X 1280 Pixels ~216 ppi Pixel Density]

3-Pilihan memori terbina dalaman 8/16 GB dengan 1GB RAM TANPA slot kad tambahan.

4-Kamera hadapan 1.2MP untuk panggilan video.

5-Sistem Operasi (OS) -Google Android OS V4.1 (JellyBean).Dijana oleh cip pemprosesan empat-teras Tegra 3 1.3 GHz.

Friday, 21 September 2012

Seriously? Samsung Mocks Apple Fanboys Again

  Assalamualaikum WBT.As a natural user,Daus pun tak tahulah samada Samsung ni fikir mereka cukup bijak or cukup terdesak.Jika sebelum pelancaran iPhone 4s dulu,mereka telah mereleasekan ADS ini yang jelas memperlekehkan orang yang beratur panjang untuk membeli iPhone 4s.Kini selepas baru-baru ini Apple inc telah memperkenalkan iPhone 5,Samsung sekali lagi menggunakan taktik perniagaan yang Daus(secara peribadi) klasifikasikan sebagai terdesak dan kurang bijak.Hampir identikal kepada iklan dahulu,kali ini mereka dilihat cuba make fun of mereka-mereka yang sedang beratur dan berkira-kira untuk kali ini membeli iPhone 5 pula.PATHETIC



  Jika dahulu,taktik 'keji' yang mereka gunakan agak berjaya..Kita tunggu dan lihat pula kali ini.Antara yang dihighlightkan oleh Samsung dalam ads ini termasuklah "skrin iPhone 5 memang lebih besar tetapi tidak sebesar Samsung Galaxy SIII'.Kelihatannya Samsung cuba menyatakan bahawa pengguna iPhone adalah dumb people yang terlebih excited dengan perubahan design iPhone 5 yang sedikit berbanding iPhone 4S.Samsung juga semacam bertindak terlebih bijak apabila mengandaikan bahawa kebanyakan pengguna iPhone ialah golongan tua sementara golongan muda pula kebanyakannya menggunakan produk Samsung terutamanya SIII.BAD MOVES SAMSUNG,Very bad one.

P/S - Saya bukanlah pengguna Samsung nor Apple..Just nak bagi pendapat

Wednesday, 19 September 2012

Motorola RAZR-i Baru Secara Ringkas

  Assalamualaikum WBT.Seperti yang telah Daus kongsikan DISINI SEMALAM ,dikatakan syarikat Motorola semalam telah memperkanalkan their new Intel-Powered RAZR-i.Dan ini merupakan follow-up kepada entri pengenalan semalam lah.Hihihi.So hari ini mari kita lihat serba sedikit spesifikasi MOTOROLA RAZR-i yang baru dilancarkan ini.Dan model RAZR-i ini merupakan ahli terbaru dalam keluarga RAZR oleh Motorola yang mana baru-baru ini 3 model RAZR telah diperkenalkan secara serentak.

New..MOTOROLA RAZR-i

[SPESIFIKASI KUNCI MOTOROLA RAZR-i]

1-Dimensi telefon: 122.5 X 60.9 X 8.3 mm dengan berat 126 g.Splash resistant body.

2-Paparan skrin Super AMOLED bersaiz 4.3 Inch [16M colors,540 X 960 Pixels ~256 ppi Pixel Density]

3-Memori terbina dalam 8GB dengan 1GB RAM.DENGAN slot kad sehingga 32GB.

4-Kamera belakang utama 8MP,kamera hadapan VGA.

5-Sistem Operasi (OS): Android OS v4.0.4 Ice Cream Sandwich,boleh dinaiktaraf ke versi V4.1.Dijana oleh cip Intel Atom 1 teras 2GHz.

Tuesday, 18 September 2012

Terbaru: MOTOROLA RAZR-i Diumumkan Secara Rasmi

RAZR-i Unveiled

  Assalamualaikum WBT.Mengikut laporan dari Amanz.my,Syarikat Motorola telahpun memperkenalkan satu lagi model peranti baru dalam keluarga RAZR mereka dalam satu event di London hari ini.Model terbaru ini dinamakan RAZR-i dan 'i' pada nama model ini mungkin boleh dikaitkan dengan pengeluar processornya iaitu Intel.Ianya dijana oleh cip pemprosesan Intel Medfield terbaru.Believe it or not,walaupun cip yang digunakan dalam peranti ini hanyalah dari jeni satu teras/single core Intel Atom,ianya memberikan 2GHz kuasa kepada peranti ini kelak menjadikannya antara peranti paling berkuasa setakat ini.

  Untuk sistem operasi pula,RAZR baru ini masih lagi mengekalkan Android sebagai OSnya.Apa yang menarik lagi berkenaan dengan model terbaru RAZR ini ialah menurut Intel,cip yang digunakan dalam RAZR-i telah dioptimasikan sepenuhnya untuk kegunaan telefon pintar meaning that pemilik peranti ini tidak akan menghadapi sebarang masalah berkaitan Java dan turut dikatakan dioptimasikan sepenuhnya untuk internet browsing dan gaming.Seperti model-model RAZR terdahulu,model ini juga turut dilengkapi dengan KEVLAR pada bahagian belakangnya which is an awesome feature.Buat masa sekarang ini,masih tidak dapat dipastikan samada model ini akan dipasarkan di Malaysia atau tidak dan bilakah model ini akan memasuki pasaran tempatan kita.Spesifikasi kunci dan details berkenaan model RAZR-i ini akan ditambah kemudian [Speaking like a true tech blogger..sigh].Sumber dari Amanz.My

LAGI GAMBAR MOTOROLA RAZR-i

Stunning

MORE TO FOLLOW

Friday, 14 September 2012

Barisan Produk Baru Apple Secara Ringkas [Bahagian Akhir]

  Assalamualaikum WBT..Obvious isnt it? yea you got me there..hehehe.Yela2 ini merupakan sambungan kepada Bahagian 1 yang dipublishkan semalam.Agak funny sebenarnya sebab Daus rasa Daus bukanlah Apple Fanboy tetapi excited sangat nak ulas tentang produk-produk baru Apple ni.Not yet maybe.Jika semalam Daus berkongsi serba sedikit tentang Apple's iPhone 5 dan iPod Touch baru,hari ini Daus nak berkongsi dengan anda apakah pula fungsi-fungsi menarik yang terdapat pada iPod Nano baru serta perisian iTunes 11,versi terbaru yang akan tiba tidak lama lagi.


3-iPod Nano Baru

New iPod Nano

Sedikit tentang iPod Nano Baru :

-Dimensi : 76.5 X 39.6 X 5.4 mm dengan berat sekitar 31 g sahaja.

-Tambahan skrin yang lebih besar bersaiz 2.5 Inch widescreen Multi-touch Display [240 X 432 Pixels ~202 ppi]

-Pilihan storan 16 GB.Sokongan Bluetooth terbina dalaman dengan  sokongan FM Tuner [Radio]

-Aksesori lain yang menarik ialah Apple Earpods baru dan kabel Lightning.Fungsi/Apps Fitness+  dan Pedometer untuk kesihatan yang terkini juga terdapat pada iPod Nano baru ini.


4-Apple iTunes 11

iTunes 11..Akan Datang Oktober Ini

Apa yang menarik tentang iTunes 11 :

-Interface yang dikemaskini and my sangat menarik.

-Penambahbaikan untuk semua versi iaitu versi Mac,Windows,iPad,iPhone dan lain-lain.

-Integrasi Sokongan Facebook dengan iTunes

-Integrasi iCloud tersedia.Interactive content browsing.

-Better search box.


Thursday, 13 September 2012

Barisan Produk Baru Apple Secara Ringkas [Bahagian 1]


 Assalamualaikum WBT..Selamat pagi semua..Hehehe.Wouldn't you just know it,syarikat gergasi teknologi dunia,Apple inc telahpun mengumumkan/melancarkan barisan produk terbaru mereka pada awal pagi semalam waktu Malaysia.Acara pelancaran besar-besaran serentak di San Francisco dan New York itu antara lainnya memperkenalkan much-anticipated iPhone 5 selain turut memperkenalkan iPod Nano,iPod Touch dan Apple iTunes versi terbaru.Kenyataannya Apple iPhone 5 is indeed an awesome gadget pada pandangan Daus yang bukan fanboy ni.Selepas pelancarannya semalam,pelbagai reaksi global telah disuarakan : nada positif kerana iPhone 5 akhirnya diumumkan dan nada negatif kerana pada dasarnya tidak banyak perubahan diantara iPhone 4s dengan iPhone 5 terbaru yang mana sebenarnya andaian awal tersebut adalah premature dan tidak benar sama sekali.YES design luarannya hampir sama tetapi binaan dalaman dan hardwarenya jauh lebih berkuasa berbanding iPhone 4s,terima kasih kepada chip A6 terbaru yang digunakan untuk iPhone 5 kali ini.

 Walaubagaimanapun,ianya masih terlalu awal untuk menilai kualiti/persembahan iPhone 5 dan produk-produk baru Apple yang lain kerana ianya masih belum diedarkan untuk pasaran umum lagi.To tell you the truth Daus,agak impress dengan aksesori-aksesori baru seperti earpods baru dan Lightning yang turut diperkenalkan Apple semalam kerana ianya sangat inovatif,sesuai dengan imej Apple yang sentiasa mahu menonjol [Speak like a true Fanboy..sighhh.]..Dah la mari kita lihat serba sedikit barisan produk-produk baru yang diumumkan semalam..Dimulakan dengan MAIN COURSE..


1-Apple iPhone 5

Gambar Dari Amanz.my

SPESIFIKASI KUNCI iPHONE 5:

-Dimensi 123.8 X 58.6 X 7.6 mm dengan berat sekitar 112 g sahaja.

-Menggunakan paparan retina baru Apple bersaiz 4 Inch dengan resolusi 640 X 1136 Pixels memberikan ppi sebanyak 326 ppi Pixel Density.

-Pilihan 16/32/64 GB memori dalaman dengan 1GB RAM TANPA slot kad tambahan.

-Kamera utama 8MP lensa Aperture f/24 yang turut mampu merakam video pada 1080P.Kamera kedua 1.2 MP untuk FaceTime.

-Sistem Operasi (OS) - Apple iOS 6 terbaru.Dijana oleh cip Apple A6 terbaru juga.

-Fungsi menarik lain -Sokongan HD untuk FaceTime,Lightning [Adapter/Charger] yang bersaiz lebih kecil untuk keselesaan pengguna,perisian iTunes 11 baru dan LTE/ultrafast Wireless bagi kawasan yang mempunyai coverage LTE.


2-Apple iPod Touch Baru

iPod Touch Baru Gambar Dari Engadget.com

SPESIFIKASI KUNCI iPOD TOUCH BARU:

-Dimensi -tebal 6.1 mm dengan berat 88 g sahaja

-Menggunakan display/skrin yang sama dengan iPhone 5,new 4-Inch Apple Retina Display dengan resolusi sama 640 X 1136 Pixels.

-Pilihan memori 32/64 GB.

-Kamera iSight 5MP dibahagian belakang yang dipertingkatkan.Juga berkemampuan merakam video pada 1080P.Kamera hadapan 720P untuk FaceTime.

-Menggunakan cip A5 dari Apple.Juga menjalankan iOS 6.

-Fungsi menarik lain -Fungsi Panorama untuk kameranya,Shared photo stream,iPod Touch Loop (iPod Strap),aksesori EarPods baru dan sokongan Siri terbina dalaman pertama untuk non-iPhone device.

Sumber dari Engadget dan Amanz.my

It's Finally Here - Apple iPhone 5 Officially Announced

 Assalamualaikum WBT.Finally phew,Apple inc baru sahaja kira-kira setengah jam yang lepas mengumumkan generasi keenam iPhone mereka yang dinamakan iPhone 5,sama seperti rumors yang banyak sebelum pengumumannya.Bentuk akhir iPhone 5 juga tidak jauh berbeza dengan 'Leaked Images' yang telah agak lama tersebar di internet lantas menimbulkan persoalan bagaimana Apple menyimpan rahsia produksi mereka sehinggakan boleh dileakskan sebegitu rupa.Dikatakan iPhone 5 ini merupakan iPhone yang paling banyak tertiris ke arena internet sebelum pelancarannya.

Apple iPhone 5 Officially Unveiled
 Berbanding model terdahulu,iPhone 4s,iPhone 5 terbaru ini 18% lebih nipis dan 20% lebih ringan berkemungkinan kerana binaan badannya yang terdiri daripada aluminium dan kaca sepenuhnya.Menurut Apple juga,iPhone ini merupakan iPhone paling nipis yang pernah dipasarkan mereka dengan paparan skrin baru retina Apple yang bersaiz 4 Inci dengan resolusi 1136 X 640.Skrin iPhone 5 yang lebih 'panjang' ini membolehkan lebih banyak ikon dipaparkan pada homescreen dan antara spesifikasi menarik lain yang turut terdapat pada iPhone generasi terbaru ini ialah fungsi radio yang katanya diperbaharui.Dan yang paling mencuri tumpuan pastinya chip A6 baru yang terdapat dalam iPhone ini yang katanya 2 kali ganda lebih pantas/lebih berkuasa berbanding chip A5 yang terdapat pada 4s.iPhone 5 juga didatangkan bagi versi LTE untuk negara-negara yang menyokong signal ini.Kredit kepada Amanz.my dan engadget.com

MORE TO FOLLOW..

iPhone 5 Media Event Live Streaming

The Stage Is Set For..iPhone 5
  Assalamualaikum WBT..Tinggal lebih kurang sejam lagi sebelum bermulanya acara yang Daus percaya dinantikan ramai orang,iaitu acara memperkenalkan generasi keenam iPhone, Apple iPhone 5 baru yang dijadualkan berlangsung di San Francisco.Pastinya awal pagi nanti, jutaan mata umat manusia akan menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada acara tersebut terutamanya penggemar tegar produk-produk Apple.Daus yakin 'Apple Fanboys dan Fangirls' akan sanggup bersengkang mata menyaksikan acara bersejarah ini kerana dikatakan acara ini bukan sahaja untuk memperkenalkan generasi baru tetapi juga untuk memperkenalkan iPod Touch baru dan juga tidak ketinggalan iTunes baru.DAN Daus dengan ini berbesar hati ingin mengongsikan live streaming bagi  anda yang ingin menyaksikan acara tumpuan ini.Daus jumpa Stream ni dekat satu site dan Daus just embed jer dekat blog Daus ini.KHAS untuk anda ..

IPHONE 5 MEDIA EVENT LIVE STREAMING [MULA 1 A.M MYT]



Live video by Ustream

Tuesday, 11 September 2012

Samsung Galaxy Note II - First Official Hands-On Video

 Assalamualaikum WBT.Baru-baru ini gergasi teknologi Korea,Samsung telahpun memperkenalkan keluarga baru peranti bersaiz mega mereka,Samsung Galaxy NOTE II.Galaxy Note II ini dikatakan bakal menjadi generasi kedua Phablet yang dikeluarkan oleh Samsung dan bolehlah dianggap sebagai penaiktarafan mini kepada model Galaxy Note Terdahulu.Apa yang pasti nanti,Galaxy Note II ini bakal menjalankan versi terbaru android iaitu V4.1 JellyBean disamping didatangkan dengan skrin yang bersaiz jauh lebih besar dari 'abang sulungnya'.5.5 Inch untuk Galaxy Note II dan 4.8 Inch untuk Galaxy Note asal.'Monster' ini bakal dijana oleh cip pemprosesan 4-teras (Quad-Core) 1.6Ghz Cortex-A9.

Samsung Galaxy Note II From GSMARENA.Com

SPESIFIKASI KUNCI SAMSUNG GALAXY NOTE II :

1-Berdimensi 151.1 X 80.5 X 9.4 mm dengan berat sekitar 180 g.

2-Paparan skrin Super AMOLED Capacitive Touchscreen bersaiz 5.5 Inch [16M colors,720 X 1280 Pixels,267 ppi Pixel Density] dengan sokongan multitouch.Corning Gorilla Glass 2 untuk protection.

3-Pilihan 16/32/64 GB memori dalaman dengan slot kad tambahan micro SD sehingga 64 GB berserta 2GB RAM.

4-Kamera utama 8 MP dengan LED flash.Berkemampuan merakam video pada 1080P.Kamera kedua 1.9 MP.

5-Sistem Operasi (OS) - Google Android OS v4.1 Jelly Bean.Dikuasakan oleh cip pemprosesan empat-teras Cortex-A9 1.6 GHz.

6-Spesifikasi menarik lain - Bateri 3100 mAh,S-Pen yang lebih panjang dan tebal untuk keselesaan,Fungsi baru 'Air view' untuk stylus S-Pen tersebut.


VIDEO HANDS-ON RASMI DARI SAMSUNG :



 Sangat menarik kan telefon pintar 'raksasa' dari Samsung ini?.Penggemar telefon pintar diseluruh dunia pasti mendambakannya..Di Malaysia pun semestinya tidak terkecuali.Sama-samalah kita nantikan ketibaannya ke Malaysia dalam sebulan dua lagi.Daus? mampu tengok sahaja..kih3 =P.

Kredit kepada Amanz.my

Friday, 7 September 2012

The New Lumias - Nokia Lumia 920 & Lumia 820

  Assalamualaikum WBT.You all think NOKIA is dead huh? Nope NOKIA is certainly not dead.Not just yet.Korang sume pun kebanyakannya dah tahu tentang pelancaran 2 model baru serentak oleh Nokia bebaru ini kan? lebih tepat lagi 5 Spetember.Talak percaya? tengok disini dan disini jua.2 model peranti yang diumumkan serentak ini adalah entri/instalment baru bagi keluarga windows phone oleh nokia.Mungkin untuk mengantikan model windows phone terdahulu,flagship model Lumia 900.Tidak banyak sebenarnya perbezaan ketara antara kedua-dua model ini hanya saiz skrin sahaja yang membezakan mereka.


NOKIA LUMIA 920

THE 'ABANG BESAR' NOKIA LUMIA 920

SPESIFIKASI KUNCI NOKIA LUMIA 920 :

1-Berdimensi 130.3 X70.8 X10.7 mm dengan berat sekitar 185g

2-Paparan bersaiz 4.5 inch jenis IPF TFT Capacitive touchscreen 16M colours.[768x1280 pixels & 332 ppi pixel density]

3-Memori dalaman 32GB dengan 1GB RAM tanpa slot kad tambahan.

4-Kamera utama 8 MP,Carl Zeiss optics yang berkemampuan merakam video dengan resolusi 1080P.Kamera kedua 1.3MP.

5-Sistem Operasi (OS)-Microsoft Windows Phone 8 ,menggunakan cip  pemprosesan 1.5Ghz Snapdragon S4.

6-Fungsi menarik lain -Teknologi PureView untuk kamera,fungsi pengecasan tanpa wayar (wireless charging),Sokongan NFC (Near Field Communication),Corning Gorilla Glass untuk skrin dengan teknologi PureMotion HD+,Nokia Drive dan Nokia City Lens.


NOKIA LUMIA 820

THE 'ADIK' NOKIA LUMIA 820

SPESIFIKASI KUNCI NOKIA LUMIA 820 :

1-Berdimensi 123.8 X68.5 X9.9 mm,berat 160g.

2-Paparan dari jenis AMOLED Capacitive touchscreen dengan saiz 4.3 inch.[16M colors,480 X800 Pixels,217 ppi Pixel Density dengan teknologi Nokia ClearBlack Display]

3-Memori terbina dalaman 8GB dengan 1GB RAM.ADA slot kad tambahan sehingga 32GB.

4-Kamera utama 8MP,Carl Zeiss Tessar Lens yang juga berkemampuan merakam video pada 1080P.Kamera kedua VGA.

5-Sistem Operasi (OS)-Microsoft Windows Phone 8,Chipset SnapDragon S4 1.5GHz.

6-Fungsi/Specs menarik lain - Wireless charging,Sokongan NFC,Kerangka luaran yang boleh diubah,Nokia Drive dan Nokia City Lens.

Kredit kepada Amanz.my

Thursday, 6 September 2012

It's Almost Here - Apple iPhone 5 Teaser

  Assalamualaikum WBT.Yet another so-called informative entri by me.Duh.Angka 12 atau lebih tepat lagi tarikh 12 september ini dinantikan penuh minat dan sabar oleh sebahagian besar umat manusia di seluruh dunia terutamanya pengikut tegar teknologi.Sebab? pada tarikh keramat tersebut telah disahkan bahawa much-awaited iPhone 5 akan dilancarkan di sebuah event di San Francisco.Tarikh pelancaran iPhone generasi baru ini sebenarnya telah lama di bincangkan dan ianya telah disahkan dengan jemputan rasmi oleh Apple inc kepada pihak media.

iPhone 5 Media Invitation

  Jemputan rasmi melalui email tersebut hanya menyatakan mesej 'Its Almost Here' dengan angka 12 dibawahnya.Membayangi angka 12 itu ialah nombor '5' yang bersaiz besar menguatkan lagi andaian yang mengatakan event tersebut diadakan untuk unveil next-gen iPhone yang telah lama dinantikan terutamanya oleh penggemar produk berkualiti dari Apple.Penggemar produk apple usah lagi khuatir kerana iPhone generasi baru ini indeed dinamakan iPhone 5 dan bukan lagi another 'the new' seperti 'the new ipad' yang telahpun dilancarkan baru-baru ini.Dengan pelancaran iPhone ini dijangkakan unit penjualan produk akan meningkat lantas menghangatkan perang teknologi/telefon antara Apple dan Samsung.Ha apa lagi,kepada mereka yang bercadang-cadang nak beli iPhone 4s tu baik tunggu dulu nanti gigit jari..Just saying =)

Sumber dari Tech Watch dan Yahoo News

Terbaik Dari Busuk